Seperti yang sedia maklum, nyamuk Aedes adalah sejenis haiwan yang membawa penyakit demam denggi. Penyakit demam denggi ini juga sangat merbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian.

Walaupun dah pelbagai cara kita gunakan, masih ada lagi nyamuk yang berkeliaran didalam rumah kita. Segala langkah pencegahan yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan Pahang juga telah diikuti tetapi masih tidak berjaya.

Ini kerana jika rumah kita sahaja yang menyambut seruan membasmi eades ini tetapi peranan jiran tertangga juga sangat penting. Persekitaran diseluruh kawasan perumahan anda yang perlu turut sama membasmi penyakit merbahaya ini.

Tahukah anda, menurut Datuk Norol Azali Sulaiman iaitu selaku Exco Kesihatan, Sumber Mausia & Tugas-Tugas Khas Pahang, pokok bunga tahi ayam sangat bagus untuk menghalau nyamuk.

Tumbuhan yang turut dikenali dengan nama jeremin atau disebut juga pokok jari lima ini elok ditanam disekeliling rumah. Bukan sahaja mampu jadikan pokok hiasan malah boleh menghalau nyamuk juga.

Beliau berharap agar orang ramai dapat mengambil inisiatif untuk menanam pokok bunga tahi ayam ini dirumah atau dipersekitaran perumahan mereka berikutan pokok ini tidak begitu rumit penjagaannya. Selain gotong-royong, aktiviti menanam pokok ini juga boleh mencegah dan membasmi denggi di kawasan mereka.

Sumber: utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *