Pasti anda tertanya-tanya apakah hukum memakan telur masin yang diperap hitam yang banyak dijual di pasaran dan hukum memakan ikan masin yang diperap tanpa dibuang isi perutnya terlebih dahulu. ‎Dalam Bulan Ramadhan, selalunya kita akan mencari ikan masin masam, telur masin…. selalu makan time sahur, memang sedap sangat hmm…

Tapi, TAHUKAH KITA?

“HARAM” kita makan ikan masin yang diperap, tanpa dibuang isi perutnya terlebih dahulu. Sebab ikan ini, jika kita tak buang isi perutnya terlebih dahulu… ikan itu dikira Najis. Tak boleh makan! Begitu juga dengan, Telur Masin yang salut hitam-hitam tu…. Ia diperap tanpa dibasuh terlebih dahulu. Sebab itulah… ustaz-ustaz melarang kita, dari memakan telur masin yang jenis itu…. Kerana, cara perapan seperti itu.. adalah sebati dengan Najis, HARAM kita memakannya. Tapi, kalau nak makan telur masin juga, cari yang diperap dengan air garam. Yang itu, insyaAllah bersih…. sebab ianya dibasuh terlebih dahulu, sebelum ia diperap dengan air garam.

DUA PERKARA YANG MENJADI HARAM

1) “Di GARAMNYA.”

Contohnya: Ikan Tenggiri Masam. Diperap ikan tersebut tanpa dibuang perutnya, dan dicampur dengan garam, dan ia menjadi sebati dengan sekali najis-najisnya. Walaupun kita bawa balik dan membuang tahinya… tetap tak Boleh Makan.

2) “DIMASAK.”

Contohnya: Ikan Temenung Lengat. Ikan temenung lengat ini, dilengat sekali dangan isi perutnya. Kalau sebelum masak itu, dicuci terlebih dahulu… tak apalah, kalau macam tu. Berikut adalah penjelasan daripada Ustaz Fawwaz Mat Jan

Sumber: suaramedia.org melalui kekurebiru.com

_______________________________________________________________

Sabar ye tuan puan, cuba kita dengar pula pendapat ustaz2 yang lain.

Viral HARAM Makan Telur Asin. Ini Pula Jawapan Ustaz Rozaimi Yg Buat Ramai LEGA !!! |

Baru-baru ni viral di laman sosial tentang pendapat seorang ustaz yang mengatakan haram makan telur asin. Ketika ramai mula komfius dan berkecamuk, Ustaz Rozaimi tampil dengan jawapan yang lebih bernas dan berdalil.

Adakah Telur Asin Yang Tidak Dibasuh Sewaktu Penyediaannya Haram Dimakan?

Saya ditanya oleh ramai orang berkaitan dengan isu ini. Mungkin kerana ada sebahagian ilmuwan yang membangkitkan isu ini dalam kuliah mereka. Bahkan ada juga yang menyatakan haram memakan telur yang tidak dibasuh dahulu sebelum memasaknya. Untuk menjawab persoalan ini, ingin saya nyatakan bahawa isu halal atau haram ini berkait dengan isu adakah lendiran di kemaluan haiwan (ayam atau itik) yang bertelur itu najis atau tidak sehinggakan wajib untuk kita cucinya sebelum memasak? Dalam isu ini, ulama berbeza pandangan berkaitan hukum kenajisannya. Sekadar pembacaan saya yang tehad, berikut pandangan ulama:

1. Majoriti ulama berpandangan bahawa lendiran di kemaluan haiwan tidak najis. Ini bermakna telur yang terhasil tidak wajib untuk dibasuh selagi mana ia tidak terkena najis. Namun begitu, sebahagian ulama menggalakkan untuk ia dibasuh sekadar untuk membersihkannya. Namun, jika tidak dibasuh ia tidak menjadikan telur itu haram dimakan. Ini adalah pandangan ulama mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dan padangan yang paling sahih dalam mazhab Syafie menurut Imam Nawawi. (Lihat: Radd al-Muhtar, jil. 1, hal. 377, al-Majmu’, jil. Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hal. 81, al-Hawi lil Fatawi, jil. 1, hal 12-13)

Bahkan sebahagian ulama mazhab Maliki beranggapan bahawa adanya tahi haiwan pada telur tersebut tidak menjadikannya haram jika kulitnya tidak dibasuh. Ini kerana mazhab Maliki beranggapan tahi haiwan yang dagingnya halal untuk manusia makan adalah tidak najis. (Lihat: Mawahib al-Jalil, jil. 1, hal. 302) Ia juga pandangan ulama mazhab Hanbali. Namun, mazhab Syafie menganggap tahi haiwan adalah najis.

Dalil bagi pandangan ini ialah mereka qiyaskan dengan janin yang keluar dari laluan qubul haiwan. Ia tidak wajib dibasuh secara ijmak ulama.

Begitu juga ulama mengqiyaskan lendiran di kemaluan haiwan ini dengan air peluh. Air peluh haiwan tidak najis.

2. Sebahagian ulama mazhab mazhab Syafie menganggap kulit telur bernajis dan wajib dibasuh. Ini kerana lendiran di kemaluan haiwan dianggap najis dan wajib dibasuh. Mereka mengatakan lendiran ini bernajis kerana ia terbit dari tempat najis.

Saya cenderung kepada pendapat pertama yang mengatakan kulit telur tidak wajib dibasuh terlebih dahulu kerana:
1. Susu haiwan suci walaupun Allah berfirman menyatakan ia terbit antara celah yang bernajis. (Lihat: al-Umm, jil. 1, hal. 75)
2. Jika tempat keluar telur itu menjadi penyebab kenajisan telur ia di bahagian dalam yang tidak dihukumkan najis apabila ia masih berada di dalam jasad dan tersembunyi. (Lihat: al-Umm, jil. 1, hal. 75)
3. Pandangan ini memudahkan urusan manusia tambahan pula tiada nas dari Syara’ yang jelas dalam masalah ini. Jika benar kulit telur wajib dibasuh sudah pasti akan ada nas jelas kerana ia perkara yang dianggap ‘umum al-Balwa.

Namun, jika dibasuh ia lebih bagus namun tidaklah haram memakan telur jika tidak dibasuh selagi tidak terzahir padanya najis.

Moga Allah menunjukkan kita jalan yang lurus. Wallahua’lam.

Sumber KREDIT : Dr Rozaimi Ramle melalui cerpenvirall.com

______________________________________________________________

Pendapat Ustaz Azhar Idrus mengenai Basuh Telur dan Najis ikan bilis

 

 

Wallahu a’alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *