PENYANYI kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza menunaikan janji dengan memaparkan wajah puterinya di Instagram milik beliau sebentar tadi.

Malam ini Siti dan suami akan mengumumkan nama sebenar Fatimah Az Zahra yang digunakan dalam seminggu ini.

Bismillahirrohmanirrohim dan Assalamualaikum,
Saya dan suami ingin memperkenalkan anakanda kami kepada semua yang menanti-nantikan detik ini.

Hari ini merupakan hari ketujuh usia kelahiran anakanda kami yang kami namakan dengan gelaran Fatimah Az-Zahra selama seminggu ini.

Inilah penyejuk hati, anugerah ilahi, anakanda yang melengkapkan kehidupan kami.

InshaAllah, pada malam ini, suami saya akan mengumumkan nama sebenar anakanda kami dan boleh ditonton secara langsung menerusi akaun youtube Siti Official Video bermula jam 9 malam. Kami akan mengadakan majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik pada malam ini. .
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami selama ini dan hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik kalian. Semoga Allah merahmati kita semua.
#usia7hari #babyCTDK

Bismillahirrohmanirrohim dan Assalamualaikum, Saya dan suami ingin memperkenalkan anakanda kami kepada semua yang menanti-nantikan detik ini. . Hari ini merupakan hari ketujuh usia kelahiran anakanda kami yang kami namakan dengan gelaran Fatimah Az-Zahra selama seminggu ini. . Inilah penyejuk hati, anugerah ilahi, anakanda yang melengkapkan kehidupan kami. . InshaAllah, pada malam ini, suami saya akan mengumumkan nama sebenar anakanda kami dan boleh ditonton secara langsung menerusi akaun youtube Siti Official Video bermula jam 9 malam. Kami akan mengadakan majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik pada malam ini. . Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami selama ini dan hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik kalian. Semoga Allah merahmati kita semua. #usia7hari #babyCTDK

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Siti Aafiyah nama anak Siti

HULU KLANG: Genap usianya tujuh hari, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengumumkan nama puteri kesayangan mereka, Siti Aafiyah.

Siti, 39, memberitahu, Siti Aafiyah dipilih kerana nama itu cukup indah daripada segi maknanya.

“Nama ini saya dapat ketika menunaikan umrah. Saya dapati nama itu sering disebut dalam doa dan maknanya adalah yang baik-baik saja,” katanya pada pada majlis Maulid Nabi, aqiqah dan tahnik di kediamannya di Bukit Antarabangsa di sini, malam ini.

Sementara itu, Khalid, 59, berkata, selain membawa maksud yang indah, nama Siti Aafiyah mudah diingati.

“Nama ini dipilih berdasarkan doa diajar Rasulullah kepada bapa saudaranya, Abbas yang bertanya apakah doa terbaik untuk dibaca.

Siti dan puteri kesayangan, Siti Aafiyah yang genap tujuh hari, pada majlis pengumuman nama, Maulid Nabi, aqiqah dan tahnik di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, malam ini. – Foto Zaidi Mohamad

“Dalam doa itu ada menyebut perkataan ‘Aafiyah’ yang membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, menjadi sihat dan mempunyai wang yang cukup.

“Berpandukan itu, saya namakan anak saya Siti Aafiyah,” katanya.

Beberapa jam lalu, buat pertama kalinya, wajah Siti Aafiyah yang dilahirkan seberat 3.55 kilogram dikongsi secara rasmi melalui video yang dimuat naik di Instagram, seperti yang dijanjikan pasangan itu.

Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa berkongsi wajah puteri sulung mereka selepas tujuh hari kelahiran di laman Facebook dan Instagam miliknya. – Foto Ihsan SNP

Sejak dilahirkan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, Isnin lalu, puteri sulung penyanyi yang baru muncul dengan single Comel Pipi Merah itu dipanggil ‘Fatimah Az-Zahra’, sempena nama anakanda Nabi Muhammad.

Selepas menanti 11 tahun, Siti melahirkan bayi sulung secara pembedahan pada jam 8.17 pagi, Isnin lalu. Berita kelahiran si ‘Comel Pipi Merah’ itu disambut riang peminat yang menanti detik bersejarah itu.

Ketika ini, Siti menjalani tempoh berpantang sebelum kembali aktif menjelang akhir tahun ini.

Sumber: bharian

Siti Aafiyah Khalid, nama anak Siti Nurhaliza

Siti Aafiyah Khalid, nama anak Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Khalid, bersama bayi sulung mereka, Siti Aafiyah pada majlis malam ini. Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Siti Aafiyah Khalid.

Itulah nama cahaya mata sulung penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Dalam ucapannya, Siti memaklumkan, perkataan ‘Aafiyah’ di dalam Bahasa Arab bermaksud “segala yang baik-baik.”

Majlis pengumuman diadakan sempena tujuh hari usia bayi yang mula dipanggil dengan nama Fatimah Az-Zahra itu di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa, malam ini.

Majlis tahnik bayi sulung Siti Nurhaliza. Astro AWANI
Majlis tahnik bayi sulung Siti Nurhaliza. Astro AWANI

Pengumuman nama bayi sulung itu disempurnakan oleh Khalid dan Siti sendiri.

Pada majlis Maulid Nabi, Akikah dan Tahnik itu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut menyampaikan tazkirah sejurus selepas upacara Marhaban, Tahnik dan cukur jambul selamat disempurnakan.

Sumber: Astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *