Assalamualaikum..
Madrasah Tahfiz Al Yamani Cawangan Gombak bercadang untuk membina telaga tiub untuk kegunaan madrasah. Tekanan air sedia ada tidak kuat untuk sampai ke tangki besar dan menyebabkan selalu ada gangguan air untuk tujuan pelajar- pelajar mandi, basuh baju dan memasak . Pihak pengurusan madrasah bercadang untuk membina telaga tiub ini secepat mungkin sebelum bulan ramadhan ini dgn tujuan untuk keselesaan pelajar-pelajar dan dapat menjimatkan bayaran bil air bulanan yang berjumlah RM500 setiap bulan.

Kos utk membina telaga tiub, pam letrik dan pemasangan saluran paip adalah RM4,000 sahaja.

Dengan ini, pihak kami ingin membuka peluang kepada semua untuk sama sama berinfaq untuk pembinaan telaga tiub ini. Kita hanya memerlukan 80 orang sahaja yg berinfaq sekurang-kurangnya RM50 untuk menjayakan projek ini.
Moga2 setiap titis air yg menjadi darah daging pelajar-pelajar dan setiap titis air wuduk mereka akan menjadi saham akhirat yang lumayan untuk kita sehingga hari kiamat..

Tuan / puan boleh menderma sebarang jumlah wang dan pahala sumbangan tersebut boleh diniatkan hadiah kepada ibu bapa, kaum keluarga atau sesiapa yg telah meninggal dunia agar pahalanya tetap mengalir hingga akhirat nanti..Insyaallah..

Sumbangan boleh di bank in terus ke akaun madrasah seperti di bawah :
Nama : Tahfiz Alyamani Gombak
No. akaun Maybank : 562405620653

Selepas bank in minta whatsapp jumlah dan nama penderma ke bendahari madrasah iaitu Tuan Haji Ismail – 019-2627717 (http://wasap.my/60192627717 ) utk tujuan rekod.

Moga2 Allah memilih kita dengan melembutkan hati kita untuk kita sama2 menderma untuk projek ini demi untuk memberi keselesaan kepada pelajar tahfiz kita belajar dan mereka menjadi pendakwah yang dapat menolong menyebarkan lagi syiar Islam di atas muka bumi ini.
Moga-moga sedikit usaha kita ini dipandang oleh Allah Taala dan diberi Rahmat olehNya..
Aamiin..

Sekian, terima kasih

Daripada,
Hj. Abdul Wahid bin hj Mat Radzi
Pengerusi Madrasah
013-2876428

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
(surah al baqarah 261)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *