Polis merampas beberapa barang dan dokumen dipercayai dari kediaman peribadi Datuk Seri Najib Razak di Pavilion Residence di sini, sebentar tadi.Barangan terbabit dipercayai hasil penggeledahan yang dilakukan polis sejak jam 10 malam tadi berkaitan siasatan ke atas bekas Perdana Menteri itu.

 

Setakat jam 3 pagi tadi, anggota polis dilihat meninggalkan perkarangan Pavilion Residence bersama barangan yang dirampas.Terdahulu, lebih 15 kenderaan dan trak polis turut dilihat memasuki pekarangan rumah Najib di Taman Duta di sini, jam 10.15 malam tadi.

 

Kumpulan pegawai dan anggota polis dipercayai melakukan serbuan serentak, dipercayai bagi mendapatkan bukti membantu siasatan yang sedang dijalankan.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, ketika dihubungi mengesahkan serbuan ke atas rumah bekas Perdana Menteri, malam tadi.

 

Beliau memaklumkan serbuan berkenaan dilakukan untuk tujuan penggeledahan tetapi enggan mengulas lanjut.Sumber rapat dengan najib mengkritik tindakan itu dan mengatakan tindakan itu tidak wajar kerana esok umat islam akan menyabut ramadhan.

sumber:fb via lanunselatan

 

Peguam Najib Akhirnya Dedah Isi Kandungan Kotak Yang Di Rampas Pihak polis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *