NYAWA BEKAS PERDANA MENTERI DAN KELUARGA TERANCAM

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membuat laporan polis mengatakan nyawa beliau dan keluarganya terancam, lapor media tempatan.

Najib turut meminta diletakkan di bawah program perlindungan saksi berhubung siasatan skandal berkaitan skandal 1MDB, petik laporan Malay Mail.

“Najib membuat laporan polis semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul semalam kira-kira pada jam 5 petang,” petik laporan itu lagi.

Dalam laporan polis yang dilihat Malay Mail itu, Najib berkata terdapat ancaman jelas terhadap nyawa beliau dan anggota keluarganya serta telah membuat permohonan rasmi untuk diletakkan di bawah program perlindungan saksi.

Laporan itu juga menyebut dakwaan Najib yang memetik sumbernya berkata ancaman itu bukan sahaja datang dari dalam negeri tetapi dari luar negara juga.

Malay Mail turut memetik Najib yang menceritakan mengenai serbuan polis terhadapnya baru-baru ini.

“Dalam laporan polisnya, beliau (Najib) berkata pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman tiba di kediamannya pada malam 10 Mei, sehari selepas PRU14.

“Beliau berkata pegawai polis itu berada di kediamannya selama 18 jam dan merampas barangan milik beliau dan anak lelakinya yang tiada kena-mengena dengan 1MDB.

Dalam laporan polis itu juga, Najib mendakwa barang kemas dan barangan peribadi lain yang dirampas polis di Pavillion Tower itu merupakan hadiah daripada kawan-kawannya.

“Beliau juga mengatakan wang tunai (yang dirampas) itu sebenarnya untuk digunakan dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional,” petik laporan itu.

Najib juga dipetik laporan itu sebagai berkata para penyiasat yang menyerbu kediaman berkaitannya gagal memberikan beliau senarai barangan yang diambil.

Selain itu, laporan itu juga memetik Najib yang berkata hanya memainkan peranan penasihat dalam syarikat 1MDB dan tidak terlibat dalam proses pembuatan keputusan.

“Beliau berkata keputusan urus niaga 1MDB dibuat lembaga pengarah dan pihak pengurusan.

“Dalam laporan polis (Najib) itu, beliau mendakwa RM2.6 bilion yang diterimanya itu hanyalah derma daripada keluagra diraja Arab Saudi,” lapor Malay Mail.

SUMBER : MKINI

Isu Anggota Polis Makan Coklat Dalam Rumah Najib Razak. Ini Respond Amar Singh Yang Memang Tegas

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh meminta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengemukakan bukti selain mengenalpasti anggota polis yang didakwa memakan coklat dan meminta makanan disediakan ketika pemeriksaan di kediamannya pada 16 dan 17 Mei lalu.

Amar Singh berkata, pihaknya tidak akan bertoleransi dengan kelakuan tidak profesional anggota yang terbabit.

“Tindakan tegas akan diambil ke atas anggota yang terbabit melanggar prosedur dan arahan yang sudah diberikan sekiranya dakwaan berkenaan didapati benar.

“Merujuk kepada dakwaan penularan gambar ketika pemeriksaan di media sosial, tiada pegawai dan anggota yang dibenarkan untuk membawa telefon bimbit kecuali komander dan timbalan komander lapangan.

“Gambar dan video di lokasi hanya dirakam oleh jurugambar rasmi polis, sekiranya pihak berkenaan dapat tampil dengan bukti gambar yang tular, siasatan akan dijalankan bagi mengesan punca penyebaran gambar berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Amar Singh berkata pihaknya menjalankan serbuan di enam buah premis bagi membantu siasatan berkaitan kes 1MDB.

Katanya, enam pegawai polis kanan dilantik sebagai komander lapangan untuk menyelia keseluruhan operasi.

“Mereka juga diberi tanggungjawab untuk memastikan anggota di bawah seliaan mereka bertindak secara profesional dan menghormati penghuni kediaman iaitu bekas Perdana Menteri dan ahli keluarganya,” katanya.

Sebelum ini, peguam kepada Najib, Datuk Harpal Singh Grewal menerusi kenyataan mendakwa ada anggota polis yang mengambil coklat daripada peti sejuk selain meminta makanan disediakan kepada mereka ketika pemeriksaan dijalankan.

Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor melalui firma guaman Valen, Oh And Partners mendakwa ada butiran ketika operasi yang tersebar di media sosial.

SUMBER : BHARIAN ONLINE

Kredit: krengkukeng

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *