Setelah mendapat pengampunan diraja tanpa sebarang syarat dan dibebaskan dari penjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru malam tadi.

Menurut laporan BH Online, pertemuan yang membincangkan pelbagai perkara telah berlangsung selama beberapa jam itu dimaklumkan menerusi laman Instagram rasmi Sultan Ibrahim.

Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) itu turut memuat naik kenyataan mengenai undangan pertemuan tersebut melalui laman Instagram rasmi miliknya.

Turut serta pada pertemuan itu adalah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Anwar pula ditemani anaknya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah.

Selesai pertemuan itu, beliau mengiringi Sultan Ibrahim dan Tunku Ismail ke majlis santapan sebelum pulang.

Terdahulu, Malay Mail pula melaporkan, Anwar tiba malam tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dengan jet peribadi milik pemerintah Johor.

Sumber: ohmymedia via sembangsaja.com

Berita Lain

“Pernah Diugut Untuk Dipecat Dan Diintip Sampai Washington” – DS Shukri kongsi pengalaman beliau ketika menyiasat kes 1MDB

Dakwa Pernah Diugut Untuk Dipecat Dan Diintip Sampai Washington, Shukri Abdul Kongsi Pengalaman Perit Ketika Siasat Kes 1MDB
Ditulis Oleh Seventeen Century, 22 Mei 2018

22 Mei – Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia yang baharu, Dato’ Sri Haji Mohd Shukri Abdul telah mengadakan satu sidang media di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Beliau tampil dalam sidang media tersebut dan menceritakan pengalaman beliau ketika menyiasat kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum beliau dikatakan bersara awal sebelum sempat menyelesaikan kes tersebut.

Mohd Shukri mengaku menerima pelbagai ugutan dan ancaman daripada pihak-pihak yang terlibat dalam kes tersebut ketika siasatan sedang dijalankan. Beliau juga dikatakan diugut dipecat dan dipaksa bersara awal.

Atas faktor keselamatan diri dan keluarga, beliau mengambil keputusan untuk bersara dan berpindah ke Amerika Syarikat bersama keluarga. Shukri juga mengatakan sehingga ke Amerika Syarikat juga masih ada orang-orang mengintip dan mengambil gambar beliau.

Ketika beliau berada di AS, kakitangan SPRM yang bertugas dibawah beliau dalam siasatan tersebut ada yang telah diberhentikan dan 2 anggotanya dipindahkan serta-merta. Tidak dapat menahan sebak, beliau menitiskan air mata ketika berkongsi pengalaman itu.

Beliau juga berani mengaku ketika sidang media tersebut bahawa ketika siasatan sedang dijalankan hanya beberapa menteri sahaja yang berani bersuara ketika itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhiyidin Yassin dan Datuk Seri Shapie Apdal.

Sumber: Siakapkeli via sembangsaja.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *