Viral di media sosial semalam, beberapa gambar Menteri Pertahanan Mohammad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dijemput  dengan kenderaan rasmi kerajaan bersama dengan pengawal peribadi dan polis pengiring yang menunggunya di luar sebuah rumah teres di Shah Alam, dipercayai kediamannya.

Gambar yang dirakam pada jam 7.55 pagi itu dikongsi Ahmad Sayuti Bashiron menunjukkan Mat Sabu yang sebelum ini hidup sebagai orang biasa berubah apabila beliau dilantik menjawat jawatan penting itu.

Juga viral di media sosial satu sumber yang mendakwa Mat Sabu tidak mahu beliau dijemput dengan kereta ‘Roti John’. Sebaliknya beliau boleh memandu sendiri ke pejabat.

“Ada sumber beritahu, rumah Abang Mat jauh. Jadi, driver datang rumah untuk jemput ke office. Dia kata,

“Selepas ini, esok boleh tak kalau saya pergi office sendiri? Tak payahlah datang ambil, segan saya. Dengan escort polis, tentera lagi, dengan siren polis lagi. 

“Lagi pun saya seorang saja yang naik kereta panjang ini. Campur dengan driver, jadi dua orang. Itu pun bukannya boleh berbual. Saya di belakang, driver di nun depan.” 

“Jadi, tentera pun tanya, “YB nak datang ke MINDEF naik apa?” 

“Abang Mat selamba jawab, “Eh, saya bawalah kereta Viva saya ini. Laju Viva ni. Sampai MINDEF, kalau ada urusan kerajaan, barulah saya naik kereta kerajaan.” 

“Tentera jawab, “Mana boleh macam tu YB, malulah MINDEF. Lagi pun YB orang penting.” 

“Abang Mat jawab, “Jadi saya kena naik jugalah kereta Roti John ini? Tapi jangan ada bunyi siren, bising.”cerita sumber.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan cerita tersebut. Tetapi sekiranya benar, ia wajar menjadi contoh kepada masyarakat dan pemimpin agar sentiasa mengamalkan hidup bersederhana.

Mat Sabu merupakan Presiden parti Amanah (AMANAH) dan juga Ahli Parlimen Kota Raja setelah menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu. Beliau dilahirkan pada 14 Oktober 1954, pernah bersekolah di Pulau Pinang sebelum menyambung pengajiannya dalam bidang kulinari di Institut Teknologi Mara (Universiti Teknologi Mara).

Sumber: Thereporter via beritasteady

Berita Lain

(Video) Gempar; Syarikat Asing Mckip, Kuantan Curi Air Rm 500k, Dipayungi Oleh Pejabat Suk?

Untuk warga Kuantan dan Pahang, sila share. Dah melampau ni.

SAYA SAYANG MALAYSIA

Curi Air 1.0 dan 2.0

Sebagai warga Kuantan, saya terkejut dengan apa yang berlaku. Di saat kami dihimpit dengan masalah tekanan air rendah, ada kawasan yang kualiti airnya payau kerana penyusutan air di empangan akibat kemarau, tiba tiba kita dikejutkan dengan berita kecurian air pada skala yg sangat besar, dari satu syarikat asing yg beroperasi di MCKIP. Saya perincikan kronologinya.

Image may contain: one or more people and people standing

2 Mac 2018
SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara) telah menerima aduan kes kecurian air di MCKIP.

14 Mac 2018
SPAN membuat serbuan namun menerima pangilan dari Pejabat SUK negeri utk membatalkan sebuan.
**Rakyat nak tahu pegawai mana yg khianati amanah rakyat dan adakah arahan ini datang dari org politik.

16 Mei 2018 – Selepas PRU 14.
(MB Pahang angkat Sumpah pada 15 Mei)
SPAN sekali lagi membuat sebuan dan membuat pemotongan pada paip sambungan. Notis dikeluarkan dan syarikat tersebut yg telah mencuri air sebanyak 327 Juta meter padu dalam tempoh 3 bulan diminta membayar RM500,000. (CURI AIR 1.0)

No automatic alt text available.

22 Mei 2018,
Syarikat tersebut masih gagal menjelaskan bayaran RM 500,000, pihak media dipanggil ketapak lokasi paip yg disita bagi membuat liputan bersama pegawai SPAN DAN YB Fuziah Salleh. Mereka terkejut kerana, paip yg dipotong dan disita disambung semula oleh syarikat asing ini. (CURI AIR 2.0)

Apa dah berlaku ni? kenapa syarikat ini seberani itu? Kami sebagai warga Kuantan mahukan jawapan dan tindakan segera dari kerajaan negeri. Syarikat yg biadap ini mesti diambil tindakan.

No automatic alt text available.

Kami warga Kuantan berterima kasih pada YB Fuziah Salleh (MP Kuantan) dan YB Sim Chon Siang (ADUN Teruntum), Pegawai SPAN dan Media yg membuat liputan.

Sumber; Suhaimi Md Saad via sepatuputih and beritasteady

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *