RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail murka dengan tindakan sembilan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) tidak hadir pada majlis istiadat dan angkat sumpah Menteri Besar Perlis, hari ini.

Baginda nyata kecewa kerana semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit berada di Perlis ketika jemputan dihantar kepada mereka, dua hari lalu.

“Ini adalah kepentingan sesetengah puak, segan untuk saya sebut nama, tetapi tuan-tuan pun tahu siapa.

“Hari ini sebilangan besar mereka tidak hadir..sebab apa (tidak hadir) saya pun tidak tahu, sedangkan jemputan dibuat dua hari lalu dan mereka masih berada di Perlis ketika itu.

“Sekarang mereka berada di Kuala Lumpur, semalam mereka pergi menaiki kapal terbang.. ini berdasarkan laporan saya terima,” titah baginda pada majlis istiadat dan angkat sumpah Menteri Besar di Istana Arau, Arau, hari ini.

Raja Perlis bertitah, sehingga malam tadi baginda masih memikirkan siapa bakal menjadi Menteri Besar susulan terdapat dua nama di fikiran baginda.

“Seorang (calon) yang menjadi Menteri Besar sebelum ini kerana saya (beta) mahu pembangunan yang ada dan dirancang dapat diteruskan demi kepentingan rakyat dan saya tidak mahu ia terhenti.

“Seorang lagi calon pula mempunyai hubung kait dengan Pengerusi Perhubungan UMNO (Perlis)…apabila saya berjumpa semua wakil rakyat BN, mereka ini lebih patuh (kepada kepemimpinan UMNO) yang di negeri, daripada (kepemimpinan) yang di pusat.

“Ia seperti ada grip (pegangan) lain..saya bimbang takut salah pilih Datuk Ismail Kassim…saya takut pilih Menteri Besar yang akan menjadi puppet (boneka),” titah baginda.

Raja Perlis bertitah, baginda tidak mahu individu yang dilantik Menteri Besar kemudian dikawal pihak lain.

“Seperti tuan-tuan dengar tadi sumpah Menteri Besar, beliau tidak boleh beritahu dan berbincang selain daripada mereka yang berada di dalam kabinet…tidak boleh keluar rahsia langsung.

“Tetapi kalaulah adik jadi Menteri Besar, tentu dia akan beritahu kepada abang…jadi saya tidak mahu…saya berterus-terang tidak mahu orang luar mengawal Menteri Besar.

“Kalau Shahidan nak patutnya dia bertanding di DUN, tetapi dia bertanding di Parlimen…ini yang jadi masalah…saya tidak mahu rahsia dalam diketahui luar,” titah baginda.

Baginda bertitah, pada mulanya baginda hanya menaruh syak wasangka, namun apa yang berlaku pada hari ini 100 peratus benar.

“Sembilan wakil rakyat BN tidak hadir kerana dikawal seseorang…tarik semua ke Kuala Lumpur dan tidak hadir majlis ini.

“Ini yang saya bimbang dari awal dan hari ini syak wasangka saya betul. Ini hanya perkara kecil…kalau dibiarkan lebih daripada ini boleh berlaku.

“Silap pilih Menteri Besar, cuma satu kumpulan sahaja yang memperoleh faedah,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: hmetro

Sumber: Source

Kredit: beritasteady

Berita Lain

KWSP suri rumah: Dua peratus gaji suami, RM50 dana kerajaan

PUTRAJAYA: Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah dicadangkan melibatkan dua peratus daripada gaji suami dan RM50 daripada dana kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga berkata beliau akan bertemu dengan KWSP minggu depan berhubung pelan tindakan caruman KWSP suri rumah itu.

Beliau berkata antara perkara yang perlu dibincangkan dengan KWSP ialah mengenai mekanisme caruman KWSP untuk suri rumah, siapa yang layak dan kaedah pemberian.

“Kita juga kena fikir caruman untuk isteri pertama dan kedua kalau untuk orang Islam,” katanya dalam sidang media untuk memulakan tugas di Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga di sini Khamis.

Dr Wan Azizah berkata caruman KWSP untuk suri rumah itu merupakan antara keutamaan untuk dilakukannya dalam masa terdekat memandangkan ia merupakan satu daripada manifesto 100 hari Pakatan Harapan.

Dr Wan Azizah tiba di kementerian itu pada pukul 9 pagi dengan disambut Ketua Setiausaha kementerian Datuk Suriani Ahmad dan warga kerja kementerian itu.

Beliau kemudiannya mengetip kad mesin perakam waktu di lobi kementerian sebelum ke pejabat beliau di Aras 38.

Di pejabat menteri, beliau menerima nota serah tugas daripada bekas menteri Datuk Seri Rohani Abdul Karim sebelum mengikuti taklimat oleh pegawai kanan kementerian.

Dalam sidang media itu, Dr Wan Azizah berkata beliau berkeyakinan warga kerja kementerian itu akan memberikan kerjasama yang baik untuk membantunya melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

“Saya rasa kami akan menjadi satu pasukan yang baik,” katanya.-Bernama

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Sumber: Source

Kredit: beritasteady

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *