KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memaklumkan bahawa Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh sepatutnya akan bersara Jun ini.

Bagaimanapun, kerana penglibatan dan peranan pentingnya dalam penyiasatan kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Amar Singh mungkin akan melanjutkan tempoh perkhidmatannya.

“Oleh kerana beliau terlibat membantu siasatan dengan pasukan khas dan Majlis Penasihat yang dilantik kerajaan, jadi ada keperluan untuk beliau disambung tugas dan kontrak untuk tempoh tertentu yang akan ditentukan oleh SPP dan kerajaan,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.

Amar Singh menjadi antara individu paling popular ketika ini dan dinanti-nantikan pengumumannya, sejak bermulanya operasi polis di rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta dan dua unit kediaman ahli keluarga Najib di Menara Pavilion.

Operasi yang berlarutan selama beberapa hari itu membawa kepada rampasan 284 kotak berisi beg tangan berjenama mewah dan 72 bagasi berisi wang tunai pelbagai matawang, jam tangan dan barang kemas.

Amar bertanggungjawab mengepalai siasatan terhadap kes tersebut dan beliau adalah individu yang akan memberikan kenyataan tentang setiap perkembangan siasatan.

Sumber: Awani

Article Berkaitan

Bukan Calang-Calang, Siapa Sebenarnya Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh?

Berita beberapa hari lepas tular gambar sekumpulan anggota polis yang mengambil masa lebih dua jam dengan lima buah trak untuk membawa keluar barangan siasatan 1MDB daripada sebuah unit kondominium di Pavilion Residence yang dimiliki oleh individu bergelar Tan Sri, semalam.

Rata-rata netizen memuji tindakan semua pegawai polis tersebut kerana dilihat mengembleng tenaga mengeluarkan hampir 284 kotak serta 72 beg mengandungi wang tunai daripada kediaman terbabit.

Antara yang mendapat perhatian ketika siasatan ini berlangsung adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh yang turut turun padang serta bijak dalam menjalankan penyiasatan kes ini.

Siapa sebenarnya beliau? Mari kita baca perkongsian Syahril A. Kadir yang merupakan bekas Pegawai Khas di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta pernah bertugas sebagai Wartawan Jenayah di Utusan Malaysia.

SIKAP PROFESIONAL SEORANG PEGAWAI POLIS BERNAMA AMAR SINGH ISHAR SINGH

SUSULAN daripada rampasan 72 beg mengandungi wang tunai, barang kemas dan barangan berharga serta 284 kotak mengandungi beg tangan berjenama seperti Hermes dan Birkin di Pavilion Residence Apartments malam tadi.

Operasi itu diketuai sendiri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.

Korang boleh nak tulis apa saja tetapi izinkan aku melihat isu ini dari sudut yang sedikit berbeza.

Aku tertarik cara Amar mengendalikan sidang akhbarnya. Nampak betul beliau tenang walau diasak dengan soalan bertubi-tubi daripada media tempatan dan antarabangsa. Masih memanggil para wartawan dengan gelaran ‘Tuan-Tuan’ sebagai tanda hormat walaupun ada je pegawai polis yang panggil wartawan dengan ‘kamu, korang, awak, you’ dan sebagainya

Berbalik pada operasi malam tadi, Amar sudah tentu akan dianggap hero kalau beliau DEDAHKAN siapa pemilik barangan yang dirampas itu. Berita malam tadi juga pasti akan lebih HANGAT kalau beliau dedahkan siapakah Tan Sri pemilik kondo mewah yang diserbu itu.

Namun Amar tahu, adalah tidak bijak untuk mendedahkan ‘segala-galanya’ kerana ini baru masuk peringkat awal siasatan dan beliau perlu adil pada semua pihak.

Ini kerana kalau ‘salah cakap’, ia akan menjejaskan siasatan yang sedang dilakukan.

Pihak polis tak boleh menjalankan siasatan ikut emosi, ikut persepsi, ikut apa yang media atau rakyat nak, mereka kena berpaksi pada garis panduan undang-undang, tak lebih dan tak kurang.

Pada yang belum mengenali pegawai polis tinggi lampai ini, Amar berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Malaya (UM), Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Buckingham serta Sijil Amalan Guaman (CLP) daripada Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang.Selain itu, beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana Keadilan Jenayah dari UM dan Diploma Amalan Undang-Undang Syariah, Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Beliau juga antara pegawai polis yang mengendalikan beberapa kes utama termasuk yang menggemparkan negara antaranya melibatkan bekas eksekutif kanan PetroSaudi International, Xavier Andre Justo di Bangkok, Thailand dan kes pembunuhan yang dilakukan bomoh wanita, Mona Fandey.

Apapun kita kena tenang dan jangan kalut, biar Amar dan anggota pasukannya buat kerja mereka dulu.

Kena ingat, Ini bukan drama Gerak Khas, siasat pagi malam selesai. Kalau camtu dah lama usop haslam jadi Ketua Polis Negara hehehe…

Siakapkeli.my
Sumber: Syahril A. Kadir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *