Setiap manusia tidak kira lelaki atau perempuan, tua mahupun muda mengimpikan kulit wajah yang bersih dan bebas cela. Tetapi bayangkan jika wajah anda terpaksa dibelah dan dijahit disebabkan oleh jangkitan kuman.

Ngeri bukan?Hidayah Saari melalui Facebooknya telah kongsikan satu insiden yang berlaku kepada dirinya sendiri. Jelas Hidayah, pipi kanannya terpaksa ‘ditoreh’ sebelum dijahit oleh doktor bagi mengeluarkan nanah dan ketulan yang membengkak pada pipi.

Justeru, Hidayah ingin orang ramai menjadikan kejadian yang berlaku kepadanya ini sebagai pengajaran dan dia juga sempat mengingatkan supaya ‘jangan suka sangat laga pipi dengan orang lain’.Menerusi perkongsiannya, Hidayah menceritakan bahawa dia mulai perasan akan kewujudan ‘biji’ kecil pada pipi kanannya semasa sambutan Aidilfitri yang ketiga.

Namun pada ketika itu, Hidayah menyangka ianya sekadar jerawat lalu memutuskan untuk mengabaikannya.Bagaimanapun, biji tersebut terus membesar dari hari ke hari sehingga membuatkan Hidayah tidak mampu menanggung kesakitan.

“Tak tahan sangat sebab berdenyut-denyut. Picit sendiri tak pecah-pecah sebab tiada mata.”

Kemudian pada raya kelapan, Hidayah nekad untuk menjalankan pemeriksaan di klinik pakar kulit. Sebaik sahaja menemui doktor, Hidayang dimarahi kerana bertindak terlalu lambat. Menurut doktor yang merawatnya, ketulan pada pipi tersebut sudah mengeras dan menjadi nanah!

“Dia (doktor) kata bukan bisul, bukan juga jerawat tetapi jangkitan kuman. Dia periksa muka ini. Dia kata tiada bekas jerawat baru. Kadang jadi begini sebab kita picit jerawat kemudian jari yang kotor itu pegang pipi yang tiada jerawat.”Tambah Hidayah lagi, “Doktor kata mungkin seronok sangat laga pipi masa raya. Kita tidak tahu orang yang kita laga pipi itu baru lepas picit jerawat ke, ada jerawat nanah ke.”

Tanpa membuang masa, doktor terus memutuskan untuk membelah pipi Hidayah dan mengorek segala isi nanah yang tertanam pada pipinya itu. Keesokan harinya, Hidayah kembali semula ke klinik dengan pipinya yang berlubang.Jelas doktor, kulit pipi yang dibelah itu tidak boleh bercantum sendiri kerana dalamnya sudah kosong, doktor terpaksa menjahit pipi Hidayah sebanyak empat jahitan!

Kejadian yang berlaku kepada Hidayah ini haruslah dijadikan peringatan buat kita semua. Walaupun segalanya telah beransur pulih (cuma tinggal kesan parut), Hidayah mengingatkan para pembaca agar sentiasa menjaga kebersihan wajah dan elakkan memegang wajah dengan tangan yang kotor.

Sumber: Hidayah Saari  via Era Baru / @LubukMaklumat

Kredit: beritasteady

Article Lain

[16SX] Jaga-Jaga! Kini PDRM Boleh Kesan Jika Korang Tonton Video Lucah, Kantoi Buat Malu Je!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang giat membenteras habis-habisan gejala pornografi melibatkan kanak-kanak, antaranya dengan memantau alamat IP yang melawat laman seumpama itu di Internet.

Menurut Malaysian Access, Malaysia merupakan nombor 1 di Asia Tenggara yang melayari laman lucah kanak-kanak.

Lebih 20,000 alamat protokol internet (IP) di Malaysia dikesan memuat naik dan memuat turut gambar dan video pornografi kanak-kanak.

Sumber : NST

Pada tahun 2014, purata kira-kira 60 orang kanak-kanak menjadi mangsa kerakusan nafsu seks melalui aplikasi WeChat, Whatsapp, Beetalk dan Facebook.

Bagaimanapun, jumlah itu meningkat kepada 184 kanak-kanak pada tahun 2015 dan 183 kanak-kanak di 2016.

Terbaru, Penolong Pesuruhjaya, Bahagian Penyiasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Ong Chin Lan memberitahu New Straits Times bahawa Unit Siasatan Jenayah Internet Malaysia (Micac) baru melancarkan sistem pemantauan peggunaan laman web lucah terutama laman web lucah kanak-kanak.

Sistem tersebut akan beroperasi 24 jam seminggu dan dapat mengesan dan menyimpan “data library” pengguna yang melayari laman web tertentu.

Bukan itu saja, sistem tersebut dapat menunjukkan berapa lama seseorang individu itu melayari laman web lucah dan ia juga dapat menyenaraikan segala aktiviti memuat naik dan memuat turun video lucah yang anda lalukan.

Katanya, suspek yang telah dikesan boleh disoal siasat dan ditahan jika disabitkan kesalahan.

Korang yang suka tengok benda tak senonoh ni baik hentikan aktiviti ni ye! Tak pasal-pasal kantoi kena soal siasat dengan polis, buat malu je!

Sumber : NST

Sumber gambar feature: Times of Malta

Kredit: ohhangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *