Ketika kanak-kanak lain seusianya berlari, bermain dengan gembira di padang dia pula terpaksa menggalas kerja sebagai seorang abang dalam masa yang sama turut menjadi ibu bapa buat dua orang adik lelakinya. Itulah kehidupan yang perlu dilalui oleh seorang kanak-kanak lelaki dari Leyte, Filipina ini.

Setiap hari, Alexis Peralta yang baru berusia 11 tahun itu akan mendukung adik lelaki bongsunya, AJ ke sekolah. AJ yang berusia 4 tahun itu tidak boleh berjalan atau bercakap. Menurutnya, jika dia meninggalkan adik kecilnya di rumah tiada siapa yang akan menjaga si kecil jadi dia memutuskan untuk membawa adiknya ke sekolah bersamanya.

Buat masa sekarang Alexis dan adik-adiknya tinggal di pejabat pengetua sekolahnya. Pihak sekolah memutuskan untuk memberikan tempat perlindungan sementara kepada kanak-kanak itu jadi, Alexis tidak lagi perlu berjalan selama 2 jam untuk ke sekolah.

Walaupun masih terlalu muda Alexis sudah pandai melakukan kerja-kerja rumah. Setiap hari selepas pulang dari sekolah dia akan mula memasak dan menyuapkan makanan buat adik kecilnya, AJ. Dia juga mencuci pakaian mereka dan memandikan AJ serta tidak pernah meninggalkan adiknya bersendirian.

Semuanya bermula apabila ayahnya meninggalkan keluarga sejak 7 tahun lalu. Ibunya pula meninggalkan mereka bersama bapa tiri mereka sementara dia pergi ke Manila untuk bekerja. Menurut Alexis lagi bapa tirinya sering memukul mereka jadi dia memutuskan untuk lari dari rumah bersama adik-adiknya.

Walaupun dia ditinggalkan ibu dan bapa kandungnya dia tidak pernah berharap agar suatu hari nanti ibunya akan kembali semula. Akhirnya apa yang dihajati menjadi kenyataan apabila ibunya akhirnya pulang juga. Apa yang berlaku selepas itu pasti akan buat hati anda lebih tersentuh…

SUMBER : ERA BARU via tvbulan

 

Article Lain

SEDANG ASYIK BERMAIN, TIBA-TIBA KANAK-KANAK INI DICULIK OLEH DUA LELAKI DI DEPAN ORANG RAMAI..NAMUN APA YANG PENCULIK ITU BUAT SELEPAS ITU PASTI MENGEJUTKAN

Kanak-kanak ini sedang leka bermain kriket bersama kawan-kawannya. Apa yang berlaku seterusnya adalah menakutkan …

Seorang kanak-kanak bermain dengan rakan-rakannya di jalanan apabila datang dua orang lelaki yang menunggang motosikal menghampiri dengan keadaan yang mencurigakan

Mereka datang dan menghampiri kanak-kanak yang bermaju merah

Hanya sekelip mata kanak-kanak itu diambil oleh dua orang lelaki bermotosikal ini tanpa ada yang dapat menghalang mereka

Tetapi….

Beberapa saat kemudian, mereka berpatah balik dan melepaskan kanak-kanak itu.

Sebenarnya, kedua-dua orang ini hanya mahu memberi amaran kepada ibu bapa tentang bahaya mengabaikan anak-anak mereka, yang akan mewujudkan peluang bagi orang jahat untuk melakukan kesalahan jenayah dengan segera.

Ini adalah mesej yang disampaikan kepada ibu bapa diluar sana. Ianya adalah sebahagian kempen untuk menyedarkan ibu bapa supaya memantau dan menjaga anak mereka dengan baik supaya jenayah seperti ini tidak terjadi.

Lihat video:

Posted by Kaki Cuci on Tuesday, 10 July 2018

Kredit: tvbulan

 

Article Berkaitan

Ya… Ini Anak saya.. Tapi Kenapa Kepala Botak?? Misteri Kehilangan Seorang Bayi Yang Didakwa Telah Diculik Akhirnya Terjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *