Memey Suhaiza Selamat Lahirkan Baby Girl!

Masa ‘macam dah time’..a mild contraction from this morning.Mohon doakan jugak untuk wifey SUHAIZA BINTI SUHAIMI semoga dilancarkan dan dipermudahkan proses kelahiran.Baby tunggu abang @danishhakim_243 balik,tu yg dia tak sabar nak keluar…BISMILLAH❤

Kemudian, pelakon Norman Hakim telah berkongsi berita gembira mengenai isterinya, Memey Suhaiza yang telah selamat melahirkan seorang anak perempuan.

Berita tersebut dikongsi menerusi entri terbaru di Instagram milik pelakon tersebut.

“Alhamdulillah, isteri saya selamat lahirkan bayi perempuan seberat 3.35 kg jam 12.52 tengah hari tadi.

“Terima kasih diatas doa kalian yang tidak putus-putus, Amin Ya Rabb,” tulis Norman.

Sebelum ini, pasangan tersebut mempunyai dua orang anak lelaki iatu Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.

Kelahiran bayi perempuan tersebut telah menamatkan penantian netizen yang ternanti-nanti sejak Memey berada di bilik bersalin pagi tadi.

Sumber : Instagram Norman Hakim via gempak.com

Article Berkaitan

Norman Hakim Akhirnya Dapat Suap Baby Papa Makan

Norman Hakim Akhirnya Dapat Suap Baby Papa Makan

Perasaan rindu pelakon popular, Norman Hakim terhadap Mohamed Danish Hakim sekian lama akhirnya terubat apabila menyambut kepulangan anaknya itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam.

Sejak semalam Norman tidak sabar menantikan anak sulungnya itu pulang dari Turki sambil memuat naik video memaparkan beberapa keping gambar anaknya ketika melanjutkan pengajian di sana.

Pelakon drama bersiri popular, Gerak Khas ini kelihatan segak berbaju Melayu hitam dan bersamping dan songkok ketika pergi ke KLIA untuk menjemput anaknya itu.

Menariknya, dia turut membawa satu bakul juadah Aidilfitri seperti ketupat, lemang dan kuah kacang dan berhasrat mahu menyuap anaknya itu makan.

Dalam satu video lain pula menyaksikan pertemuan dua beranak ini yang berpelukan dan menitiskan air mata.

Netizen di media sosial juga berasa sebak melihat aksi mereka ini apatah lagi Norman menitiskan air mata.

Pertemuan itu yang turut disertai ibu Danish, Abby Abadi.

Apa yang membuat berkongsi perasaan sedih campur gembira ketika melihat Norman bermanja dengan Danish.

Norman mengotakan hasratnya untuk menyuapkan makanan ke mulut anaknya itu.

Sumber : Instagram Norman Hakim via gempak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *