Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyanyi Malaysia yang dilanda kontroversi besar baru-baru ini, Haqiem Rusli. Penyanyi ini dikatakan menggunakan depresi sebagai salah satu taktik bagi mempromosikan lagu barunya.

Semalam, sebuah rancangan hiburan yang bernama I Can See Your Voice Malaysia, yang asalnya dari Korea Selatan dilanda kontroversi. Cuba teka kenapa? Ya betul, punca kontroversi ini sememangnya tidak lain dan tidak bukan, Haqiem Rusli.

Seorang penyanyi yang digelar Hot Man Kitchen, sedang mendendangkan lagu Haqiem Rusli. Walaubagaimanapun suaranya tidaklah semerdu penyanyi asal. Haqiem kemudiannya naik ke pentas dan merampas mikrofon dari Hot Man.

Biar aku yang nyanyi!

Seperti yang dapat dilihat di dalam video, perbuatan Haqiem secara tidak lansung telah mendatangkan malu kepada Hot Man. Apa kata netizen terhadap kelakuan ini?

Perlu tunjuk rasa hormat dan rendah diri

I Can See Your Voice Korea tidak pernah buat begini

Apa respon Haqiem Rusli?

Berdasarkan komen di atas, nampaknya artis-artis yang lain menyuruh Haqiem untuk naik ke pentas. Haqiem juga turut menyatakan bahawa orang lain tidak faham akan maksud “program”.

Haqiem Rusli seharusnya lebih berhati-hati dengan perbuatannya walaupun hanya sebagai hiburan. Ini kerana, rancangan I Can See Your Voice Malaysia ditayangkan di seluruh Malaysia dan Haqiem seharusnya menjaga sensitiviti yang boleh mengundang rasa kurang senang dari netizen.

Sumber: Twitter via Oh My Media

Kredit: ohgebang

Article Lain

SEBIJIK SAMA, PERANGAI PUN SAMA! IZREEN AZMINDA DISAMAKAN DENGAN HUSNA!

Video Izreen Azmida dan suaminya Uda.

Setelah tamatnya siaran drama Nur bulan lepas, drama Jangan Benci Cintaku pula dikatakan bakal mencetuskan fenomena emosional di kalangan penonton setia slot Akasia terbitan TV3 itu.

Drama yang dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat Zahirah MacWilson, Saharul Ridzwan, Niena Baharun dan Izzue Islam itu dilihat boleh memberikan kesan yang hebat di kalangan penonton, khususnya watak Husna yang dimainkan oleh Niena Baharun yang dikatakan mirip dengan pelakon Izreen Azminda.

Selain daripada paras rupa mereka yang kelihatan hampir serupa, ramai yang mengaitkan sikap watak Husna yang paling tidak disukai penonton di dalam drama itu serupa dengan pengalaman sebenar Izreen.

Sekeping foto pembandingan watak Husna dengan Izreen Azminda telah dimuat naik oleh penerbit drama tersebut, Metrowealth di laman Instagram mereka baru-baru telah menarik perhatian peminat drama tersebut.

Foto yang disertakan kapsyen berbunyi “Orang kata muka mereka sama, betul ke?” itu telah mengudang pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang bersetuju mengatakan kedua-dua ini memiliki persamaan baik daripada segi fizikal dan juga perangai mereka.

Sebijik sama, perangan pun sama

Tak sama, sebab Husna lebih cantik

Husna itu sekadar lakonan

Sumber : Metrowealth

Kredit: ohgebang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *