Manusia semakin gila dan hilang akal.

Bapa tetak anak kandung berusia 5 tahun

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Seorang bapa sanggup bertindak kejam apabila menetak anak kandungnya berusia lima tahun yang sedang tidur dalam kejadian di sebuah Flat di Puchong Permai, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, suspek berusia 35 tahun dikatakan menetak tiga kali dibahagian kepala dan pergelangan tangan kanan anaknya itu sehingga maut.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu selepas menerima maklumat mengatakan terdapat seorang kanak-kanak terjatuh dari tingkat empat flat tersebut.

Ujarnya, bagaimanapun, siasatan di lokasi mendapati kanak-kanak terbabit ditetak bapa kandungnya yang juga peminum tegar ketum.

“Bapa mangsa kemudian ditahan di lokasi kejadian dan ujian air kencing mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis syabu.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa hanya tinggal berdua bersama bapanya di rumah dan pemeriksaan lanjut turut menemukan parang di dalam kediaman itu,” katanya, hari ini.

Tambah Azlin, hasil soal siasat ke atas suspek, lelaki terbabit mendakwa mendengar suara ghaib yang menyuruh membunuh anaknya.

Jelasnya, sebaik sahaja suspek menetak anaknya, kanak-kanak terbabit diletakkan di hadapan rumahnya manakala suspek mengurungkan diri dalam kediamannya.

“Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai kes lampau berkaitan dadah dan siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Setakat ini kes dianggap selesai,” ujarnya. –

 

UTUSAN ONLINE

kredit: viral malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *