Iqbaal pergi dulu mama 6Gambar Shah Alam : Tidak disangka oleh seorang wanita atau ibu kepulangan anak lelakinya Ahmad Damian Iqbaal Abdullah,7, dari sekolah dengan menaiki van sekolah bertukar tragedi.

Adik Iqbaal dijemput ilahi selepas dilanggar van sekolah yang dinaikinya dihadapan rumah nenek di Jalan Rotan Semut, Seksyen 18 di sini petang semalam.

Lebih menyayat hati, kejadian pukul 6.45 petang itu berlaku ketika Ahmad Damian Iqbaal Abdullah berada pada jarak-jarak tiga meter dari depan rumahnya.

Mangsa yang merupakan murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Seksyen 18 disahkan meninggal dunia akibat parah ketika menerima rawatan di Hospital Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian dikatakan berlaku mangsa baharu pulang dari sekolah dan turun daripada van tersebut.

Difahamkan, mangsa kemudiannya telah pergi ke bahagian belakang kiri van bagi membuka kasut dan stokinnya dan tidak disangka pula oleh pemandu van yang mangsa berada disekitar van terbabit kerana terlindung dia menyangka mangsa telah masuk kerumah.

“Pemandu van tersebut yang berusia 66 tahun kemudian terus bergerak sebelum terasa seperti terlanggar sesuatu dan memberhentikan kenderaannya sebelum memeriksa perkara tersebut.


“Hasil pemeriksaan pemandu itu mendapati telah melanggar mangsa yang berada di bahagian bawah van,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau menambah, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Shah Alam sebelum disahkan meningg4l dunia ketika menerima rawatan.

Jelas Baharudin, pemandu van berkenaan kini telah direman selama tiga hari bermula hari ini.

Kita sedang menyiasat sama ada wujud kecuaian dengan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semoga ibu Iqbal yang dikenali dengan nama Azie tabah Iqbal merupakan anak sulung dan dia punyai seorang adik perempuan.

Apa yang berlaku mengudang pilu ibu saudara adik Iqbaal yang dikenali dengan nama Hardaariani yang turut bersedih atas permergian anak saudaranya itu.

Semoga roh adik Iqbaal tenang disana bersama insan-insan yang diredahi yang maha esa dia dijemput ilahi pulang dari menuntut ilmu. Al fatihah.

Foto Adilla Shahira.

Sumber: accidentportal.net

Berita Berkaitan

Allahu.. Murid maut dilanggar van sekolah

“Menyedari jeritan kuat di luar rumah, saya bergegas keluar dan terkejut mendapati anak perempuan saya memangku tubuh Iqbaal (cucu),” kata datuk kepada kanak-kanak lelaki yang maut dipercayai akibat dilanggar van sekolah dinaikinya di Jalan Rotan Semut, Seksyen 18, Shah Alam, semalam.

Dalam kejadian 6.45 petang itu, mangsa, Ahmad Damian Iqbaal Abdullah, 7, yang juga murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Seksyen 18 baru selesai sesi persekolahan dan menuju pulang ke rumahnya dengan menaiki van terbabit.
Difahamkan, setibanya di depan rumah mangsa, lelaki warga emas berusia 66 tahun yang memandu van itu kemudian memberhentikan kenderaan untuk menurunkan penumpang.

Namun, ketika mahu meneruskan perjalanan, pemandu itu berasa seolah-olah terlanggar sesuatu dan mendapati mangsa berada di bawah van terbabit.
Kanak-kanak malang itu yang dikejarkan ke Hospital Shah Alam oleh ahli keluarga bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan lanjut.

Datuk mangsa berusia 70-an yang enggan dikenali itu berkata, ketika kejadian dia sekeluarga termasuk ibu mangsa dikenali sebagai Hazialina, 26, berada di rumah itu sambil menanti kepulangan Iqbaal dan sepupu lelaki yang sebaya dengannya.

“Sebelum kejadian itu, Iqbaal dilihat terlalu manja dengan neneknya (isteri) dan ada memberitahu tidak mahu menjalani peperiksaan tahunan seolah-olah mengetahui mahu pergi meninggal kami buat selama-lamanya.

“Walaupun mempunyai masalah asma, dia seorang yang amat aktif bersukan dan kehilangannya ini amat dirasai. Namun, kami reda dengan ketentuan Ilahi apatah lagi dia pergi sebagai ‘anak syurga’,” katanya ketika ditemui NSTP di kediamannya di lokasi kejadian, hari ini.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, petang tadi.

Kata datuk mangsa, anak sulung daripada dua beradik itu mula menaiki van sekolah sejak enam bulan lalu selepas ibunya yang menghantar ke sekolah sebelum ini memperoleh pekerjaan tetap sebagai kerani.

Difahamkan, mangsa yang duduk di bahagian depan penumpang turun dari van itu bersama sepupunya namun dia dipercayai menanggalkan kasut dan stokinnya terlebih dulu berdekatan kenderaan berkenaan.

Kanak-kanak itu kemudian dipercayai dilanggar dan mengalami kecederaan di kepala serta badan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, pihaknya memperoleh kebenaran reman selama tiga hari ke atas pemandu van berkenaan bagi membantu siasatan.

“Kita masih menyiasat kejadian itu secara menyeluruh terutama mengenal pasti punca sebenar sama ada akibat kelalaian atau sebaliknya.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber: hmetro

Berita Lain

Dua sahabat pergi selamanya 6Gambar

Dua sahabat pergi selamanya 6Gambar Kinabatangan : Kejadian mengejutkan penduduk Kampung Jaya Baru, dekat sini, apabila dua remaja lelaki ditemui m4ti dalam sebuah Perodua Myvi, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.46 pagi itu, Mohd Fitri Haimin dan Mohd Helmi Muhammad, keduanya 19 tahun ditemui mati di kerusi hadapan kereta yang dipakir di tepi jalan raya kampung terbabit.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A. Sahak Rahmat berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal di tempat kejadian menjumpai sebuah kereta warna putih diletakkan ditepi jalan.
“Enjin kereta masih hidup dan terdapat dua lelaki di bangku hadapan dalam keadaan berbaring (tidur).

“Setelah diketuk cermin dan pintu kenderaan, kedua dua lelaki tersebut langsung tidak bergerak,” katanya ketika dihubungi, malam ini.

Beliau berkata, usaha membuka pintu gagal dan Bomba Kinabatangan kemudiannya membantu.

“Pintu kenderaan berjaya dibuka dan pemeriksaan awal tiada kecederaan luaran pada kedua-dua mereka.

“Mangsa telah disahkan m4ti di dalam kenderaan oleh pegawai perubatan Hospital Kinabatangan yang membuat pemeriksaan keatas kedua-dua mangsa yang masih berada di dalam kenderaan,” katanya.

Menurutnya, mayat dibawa ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat yang akan dilakukan pada 9 pagi esok. Al fatihah.

Kes tadi ptg di kinabatangan meninggal gara gara tersedut gas karbon aircon. Jadi hati hati kalau mahu tidur jangan kasi tutup rapat tu cermin kereta.
————————
■ NASIHAT DAN IKTIBAR DARI KEJADIAN INI ■
Bahaya Penggunaan Aircond Kereta …

(1) Bila buka aircond dan tutup tingkap semasa kereta tidak bergerak, oksigen akan circulate di dalam kereta.

(2) Oksigen tersebut akan makin berkurang apabila kita inhale. Sekiranya kita lama hentikan kereta,oksigen makin berkurang.

(3)Apabila paras oksigen dah berkurangan ke 16% shj,kita akan rasa sesak nafas. Sekiranya kita tidur nyenyak, x bangun & tidak keluar dr kereta,maka kita akan collapse atau tidak sedarkn diri.

(4) Paras oksigen makin berkurangan kerana semasa x sedarkn diri tu kita masih bernafas & apabila mencapai 10%, oksigen sudah x dpt dihantar ke otak & sistem tubuh tidak dpt berfungsi, dan seterusnya menyebabkn kematian

(5) Apabila kereta bergerak ok shj kerana semasa kereta bergerak,oksigen akan masuk ke dlm kereta melalui enjin bkn hanya oksigen yg sama circulate.

(6) Jika nak rehat mcm tu mmg boleh tetapi kena buka tingkap juga supaya oksigen masuk.

(7) Ketika jln sesak, kita akan rasa mengantuk kerana kadar oksigen yg masuk ke dlm kereta adalah kurang.Itu adalah tanda yg kita kekurangan oksigen. Tingkap perlu dibuka juga ketika itu. Kalau cuaca panas,x salah buka aircond & buka tingkap sedikit.

(8) Karbon monoksida dr ekzos bukanlah penyebab semata2 kematian kerana karbon monoksida dr kenderaan juga terkawal melalui catalyst converter & dilepaskn oleh kenderaan kerana limit of concentration sudah dikawal. Utk menyebabkn kematian, karbon monoksida ada certain ppm which is much higher than limit yg kenderaan lpskan.

*Please pass this info to others-famili & kwn2 sbb kita di Malaysia ni lack of knowledge mgenainya. Jika tidak, pasti kita akan ambil langkah keselamatan awal.

C&P

Wallahualam. Tq

Sumber: accidentportal.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *