Petaling Jaya : Hasrat kimi untuk menolong bertukar tragedi 8Gambar. Hasrat dua orang sahabat yang ingin membantu mangsa kemalangan di Kilometer 14.5 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dari Damansara menghala ke Plaza Tol Subang, di sini, hari ini bertukar tragedi.

Dalam kejadian itu dua maut manakala tujuh lagi parah termasuk Kimi dan rakannya dalam kemalangan membabitkan tiga lori dengan sebuah kereta.

Mengikut apa yang dicerita Kimi yang merupakan salah seorang mangsa kemalangan itu, dia dan rakan dari Sungai Buluh baru selesai jalankan tugas disana.

Sampai dilokasi kejadian dia melihat kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori kontena, dia dan rakan cuba membantu mangsa kemalangan namun tidak disangka sebuah lori terus merempuh mereka yang menyebabkan kaki Fikri tersepit patah dan hancur.

Manakala rakan nya juga parah bila tulang rusuk nya tercucuk keparu-paru dan kini menerima rawatan di ICU.

Dalam pada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, mangsa yang maut dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 3.50 pagi itu adalah masing-masing seorang wanita dan seorang lelaki.

“Tujuh lagi mangsa yang parah dalam kemalangan itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan.

“Maklumat lanjut berhubung kejadian itu akan dimaklumkan kemudian. Orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan jalan alternatif bagi mengelakkan kesesakan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Berdasarkan laporan di laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), sehingga jam 7.41 pagi tadi, lorong kanan dan tengah dari arah selatan masih ditutup.

Trafik sesak bermula dari Setia Alam dan Bukit Lanjan ke lokasi. Orang ramai dinasihat menggunakan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) kepada pengguna dari Rawang ke Shah Alam pada pagi tadi.

Kerja pengalihan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu sedang dijalankan oleh pihak berkuasa,identiti mangsa yang meninggal dunia juga masih belum dikenal pasti.

Semoga Kimi dan rakan nya cepat sembuh, mengikut rakan nya paling memilukan isteri Kimi kini menunggu masa untuk bersalin, kaki kanan kimi patah manakala kaki kirinya hancur dan telah dilakukan pembedahan pada pagi tadi.

Sumber: accidentportal

Dua meningg4l dijalan Kota Tinggi 6Gambar

Kota Tinggi : Dua meningg4l dijalan Kota Tinggi 6Gambar Satu kemalangan m4ut membabitkan 3 kenderaan dijalan Kota Tinggi ke Mawai berhampiran LGM petang semalam.

Dalam kejadian sebelah petang itu 2 mangsa disahkan meningg4l dunia laporan awal mengatakan 3 cedera namun difahamkan perodua viva juga mempunyai keluarga didalam kereta terbabit namun tidak dapat disahkan info terbabit.

Kemalangan itu membabitkan 3 kenderaan iaitu pacuan 4×4 proton Exora dan sebuah Perodua Viva dijalan bergarisan berkembar memotong dikatakan punca kemalanan atau kenderan hilang kawalan.

Mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu perodua Viva yang dikenali dengan nama Zahar dan masih belum disahkan identiti.

Manakala Kamaruddin Roslan,38, Pemandu Exora yang parah meningg4l dunia ketika menerima rawatan.

Manakala isteri mangsa yang dikenali dengan nama Norliana Selamat patah tangan manakala anak perempuan dan anak lelaki mangsa parah.

Mengikut info anak lelaki mangsa berada dizon kritikal di Hospital, mangsa dan keluarga berasal dari Lok Heng.

Punca sebenar kejadian kini disiasat oleh pihak berwajib, Proton Exora dan Viva remuk teruk begitu juga dengan pacuan 4×4 penumpang dan pemandu 4×4 belum dikenal pasti nasibnya.

Permergian Kamaruddin atau lebih mesra dengan nama Payim mengudang pilu rakan-rakan serta insan yang mengenali nya arwah seorang insan yang amat disenangi rakan-rakan.

Inna lillahi wa inna ilahi rajiun

Allahuakbar.. abang din…masih terbayang lambaian abang semalam…masih segar lagi diingatan gurauan abang kelmarin Allah sayangkan kau abang…berehatlah kau disana…tiada lagi keluh kesah yang abag harus fikirkan…tenangla kau disana.. semoga engkau bersama orang-orang yang beriman… kau mmg seorg yang baik bang… kita tak akn lupa jasa baik abag tolong kita… pastinya semua orang bersedih atas pemergian kau bang… Allah….Allah..Allah…
semoga keluarga abang tabah dengan berita ini…
semoga anak lelaki abang di HSI selamat…
damailah disana kamaruddin raslan (1980-2018) 💕 – Intan syafira

Semoga isteri serta anak-anak nya cepat sembuh dan mereka tabah kehilangan suami atau ayah.

Diucapakan takziah kepada pemandu Perodua Viva yang meninggal dunia semoga rohnya tenang disana.Al fatihah.

Sumber: accidentportal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *