Temerloh :Rehat lah sayang aj4l motosikal d1rempuh 8Gambar Sebak pilu apa yang berlaku apabila isteri tersayang dijemput ilahi gara-gara pacuan empat roda hilang kawalan rempuh motosikal yang ditunggang isteri.

Tidak diduga oleh Mohamad Sulaiman suami kepada arwah Fatimah Suhaila Badaruddin, 40, yang mana isteri nya dijemput ilahi motosikal ditunggang terlibat kemalangan.

Isteri nya baru meraikan harjadi nya september lalu tidak disangka itu lah detik terakhir mereka berdua.

Motosikal Honda RS yang dihadiah suami pada march lalu buat isteri yang ditunggang isteri ketika dijemput ilahi.

Dalam pada itu Sinar Harian melaporkan seorang wanita maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah pacuan empat roda di Kilometer 126.6 Lebuh Raya Pantai Timur menghala ke Kuantan di sini, hari ini.

Mangsa Fatimah Suhaila Badaruddin, 40, dari Kampung Baru Bintang, Temerloh yang menunggang motosikal jenis Honda meninggal dunia dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax yang dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun bersama dua penumpang dipercayai hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang motosikal mangsa sebaik tiba di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati pacuan empat roda yang datang dari arah Kuala Lumpur itu berada di lorong kiri dan terbabas ke bahu jalan.

“Kenderaan itu gagal dikawal dan melanggar belakang motosikal yang berada di lorong kecemasan menyebabkan mangsa terjatuh dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah di sini untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa.

“Pemandu pacuan empat roda itu mengalami luka di bahagian kepala dan akan ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya.

Semoga suami ini tabah dengan apa yang berlaku amat berat untuk dia menerima semua ini namun yang maha esa lebih sayangkan isteri nya semoga roh isterinya tenang disana bersama insan-insan yang diredhai yang maha esa.Al fatihah.

Sumber: accidentportal

Berita Lain

Baby Dhiaan anak syurga m4ut dijalan 8Gambar

Yan : Baby Dhiaan anak syurga m4ut dijalan 8Gambar. Kereta Honda Stream yang di naiki sikecil ini bersama keluarga hilang kawalan merempuh dua buah kereta lain dalam kemalangan di Simpang Empat Ulu Sedaka, di Yan semalam.

Si kecil Dhiaannasha Mohamad Shaiful berusia baru berusia 11 bulan maut bersama seorang wanita lain yang menaiki Proton Persona manakala empat lagi parah dalam satu kemalangan membabitkan tiga kereta itu.

Ketua Polis Daerah Yan Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar berkata, dalam kejadian jam 3 petang, mangsa penumpang Honda Stream yang meninggal dunia dikenali, Dhiaannasha Mohamad Shaiful, 11 bulan dan Nurizzatunhusna Mohd Aminudin Bakri, 24, dari Taman Kenari, Kulim adalah penumpang kereta jenis Proton Persona.

“Kemalangan berlaku apabila kereta Proton Persona yang dinaiki Nurizzatunhusna bersama ibu bapanya yang datang dari arah Guar Chempedak menghala ke Pulau Bunting dilanggar kereta Honda Stream dari arah Ulu Sedaka yang dipercayai tidak berhenti di persimpangan berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, kereta Proton Persona itu berpusing manakala kereta Honda Stream terbalik sehingga memasuki laluan yang dilalui oleh kereta lain jenis Volkswagen Vento yang datang dari arah Selengkoh,” katanya dalam satu kenyataan di Yan hari ini.

Shahnaz berkata, Nurizzatunhusna dipercayai tercampak keluar dari tempat duduk penumpang hadapan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu dan penumpang kereta Proton Persona yang juga ibu bapa, Nurizzatunhusna serta pemandu dan seorang penumpang Honda Stream cedera parah manakala pemandu Volkswagen Vento tidak mengalami kecederaan.

“Mayat Nurizzatunhusna dan Dhiaannasha dibawa ke Hospital Yan untuk bedah siasat manakala mangsa yang parah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, buat masa ini, siasatan masih dilakukan sementara menunggu semua mangsa yang cedera stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian,” katanya.

Permergian sicomel ini mengudang pilu memandang kan dirinya baru berusia 11 bulan begitu juga permergian Izzatul Husna yang mana arwah merupakan anak tunggal,Semoga roh adik Dhiaa dan roh Izzatul Husna tenang disana dan mereka yang cedera segera sembuh. Al fatihah.

Sumber: accidentportal

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *