Ampang : Budak m4ngsa der4 n4zak meningg4l dihospital 8Gambar Seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan 3 tahun bernama Khairul Akmal meningg4l dunia di Hospital Ampang dipercayai didera keluarga sendiri.

Suspek utama dalam kes ini adalah bapa tiri mangsa yang dikenali dengan nama khairul izani atau dikenali dengan nama Boy tiger.

Bapa tiri mangsa menghilangkan diri bersama ibu mangsa yang dikenali dengan nama Nuraini setelah menghantar mangsa ke Hospital Ampang dalam keadaan nazak.

Datuk mangsa yang datang ke Hospital Ampang setelah dimaklum kan keadaan cucu nya oleh salah seorang anak perempuan nya,namun cucu nya disahkan meningg4l dunia ketika menerima rawatan di Hopital tersebut akibat kecederaan mungkin didera.

Datuk mangsa telah membuat laporan polis di Balai berdekatan memaklumkan kejadian yang menimpa cucunya, apa yang berlaku mengejutkan kata datuk nya Menantu dan anak perempuan nya bersama anak-anak menetap di Taman Ampang Sujana.

Assalamualaikum

WANTED .. Khairul izani atau dikenali (Boy tiger)kini sedang dalam buruan Polis dan juga turut membantu pihak polis ahli keluarga yang lain untuk mencari perlaku berkenaan fakta kes bunuh Anak tiri yg sedang di dukongnya kejadian berlaku pada hari ini khamis 8/11/2018 masa kejadian lebih kurang dalam jam 10 pagi minta bantuan saudara2 dan ahli jemaah untuk mencari dan menjejaki beliau kini Boy tiger telah melarikan diri bersama isterinya dgn menaiki sebuah motor yamaha 125z berwarna kuning strikes hitam nombor kenderaan tidak dapat di knl pasti ,sekiranya dapat sila hubungi adik beliau
Nama:Ady

Tel:0173421872

Pihak keluarga telah memuat naik kisah ini dilaman sosial bagi megesan bapa tiri mangsa dan juga ibu nya yang dipercayai menghilangkan diri selepas menghantar mangsa ke Hospital Ampang.

Mengikut sumber lagi ibu mangsa kini sarat mengadung dan gagal dikesan sehingga kisah ini ditulis, kes ini kini disiasat oleh pihak berkusa semoga datuk ini tabah dengan dugaan yang menimpa cucu nya dan bapa tiri mangsa serta ibu mangsa dapat dikesan bagi membantu kes kematian trag1s cucunya ini tenang lah disana anak syurga . Al fatihah ~ Info penuh akan menyusul.

Sumber: accidentportal

Berita Berkaitan

Adik akmal der1ta diakhir h4yat 8Gambar

Ampang : Adik akmal der1ta diakhir h4yat 8Gambar Kesan luka dan lebam di muka, perut, dada serta bahagian belakang cukup membuat kan hati pilu bila mengenangkan arwah adik Khairul Akmal.

Betapa derita diri nya diakhir hayatnya, Adik Akmal baru berusia 3 tahun maut selepas dirawat di Hospital Ampang, Ampang, semalam, dipercayai akibat didera bapa tiri.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, kanak-kanak berusia tiga tahun itu patah tulang belakang berhampiran kepala selain banyak kesan lebam pada muka dan badan.

“Ibu dan bapa tirinya menghantar mangsa ke Jabatan Kecemasan Hospital Ampang kerana tidak sedarkan diri. Mangsa didapati mempunyai banyak kesan luka dan lebam di muka, perut, dada serta bahagian belakang.

“Selepas 30 minit dirawat, mangsa meninggal dunia sebelum pegawai perubatan yang merawatnya membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, pasangan berkenaan meninggalkan hospital sebaik menghantar mangsa ke hospital.

“Kedua-duanya dipercayai melarikan diri dan pihak kami kini sedang giat memburu mereka,” katanya.

Polis meminta ibu kandung dan bapa tiri kanak-kanak yang meninggal dunia di hospital di Ampang, semalam dipercayai akibat didera untuk tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat meminta ibu kandung mangsa iaitu Noraini Samian, 20, dan bapa tirinya, Khairul Izaini Khairuddin, 31, untuk tampil ke balai polis berhampiran.

“Bapa tiri mangsa turut dikenali dengan panggilan ‘Boy Tiger‘ dan kedua-dua mereka menghilangkan diri dengan menaiki motosikal Yamaha 125z di hospital selepas menghantar kanak-kanak itu,” katanya.

Fadzil berkata, mangsa pada awalnya dihantar oleh ibu kandung dan bapa tirinya ke hospital kira-kira jam 12 tengah hari kerana didapati tidak sedarkan diri.

Menurutnya, doktor yang memeriksa mangsa di wad kecemasan hospital berkenaan mendapati terdapat beberapa kesan luka dan lebam di muka dan anggota badan.

“Mangsa disahkan sudah meninggal dunia dan pegawai perubatan itu membuat laporan polis berikutan terdapat kesan lebam dan luka pada badan mangsa.

“Bagaimanapun, ibu kandung dan bapa tirinya menghilangkan diri selepas menghantar kanak-kanak itu ke hospital.

“Bedah siasat kanak-kanak itu dijalankan hari ini dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya pada sidang media selepas program Media Talk Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor di pejabatnya di Shah Alam, hari ini. Al fatihah.

Sumber: accidentportal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *