PELAKON Nina Iskandar, 27, menjadi mangsa langgar lari apabila kereta dipandunya dilanggar dua kereta di ibu negara, semalam.

Perkara itu dikongsi rakan pelakon, Amyza Aznan yang turut berlakon bersama Nina dalam set drama Setelah Cinta Itu Pergi yang masih dalam proses penggambaran.

Amyza mendedahkan, akibat pelanggaran itu, Nina mengalami cedera di bibir dan dipercayai retak tulang belakang.

“Kereta ‘total lost’! Dua kereta langgar, sebuah berhenti dan sebuah lagi melarikan diri,” dedah Amyza dalam laman sosialnya, lewat malam tadi.

Dalam satu pesanan ringkas daripada Nina kepada rakan pelakon lain dan turut dikongsi Amyza di laman sosial sama, mendedahkan kecederaan tulang belakang dialami menyebabkan dia kini sukar bergerak.

“Terima kasih atas doa. Saya okey, Insya Allah. Hanya ‘koyak bibir’ dan retak tulang belakang. Jahitan (akibat cedera) sudah boleh dibuka dalam masa seminggu.

“Ibu saya berada di sini untuk menjaga saya dan Insya Allah akan bawa saya pulang ke Brunei untuk rawatan selanjutnya,” tulis pelakon itu ringkas.

Bagaimanapun, usaha Harian Metro untuk menghubunginya bagi mendapatkan maklumat mengenai situasi terkini tidak berjaya kerana pelakon itu dipercayai sedang berehat untuk menjalani rawatan. Sumber harian metro

Nur Akmalina binti Iskandar atau lebih dikenali sebagai Nina Iskandar (lahir 4 Ogos 1991) ialah seorang pelakon wanita Brunei Darussalam. Beliau mula mencipta nama sebagai pelakon di Malaysia menerusi filem Muka Surat Cinta arahan Pierre Andre dan sejak dari itu, beliau muncul dalam beberapa drama dan telefilem tempatan.

KERJAYA
Nina Iskandar memulakan kerjaya lakonannya sejak 2011, sebelum berhijrah ke Malaysia, Nina terlebih dahulu mencipta nama sebagai pelakon di negara kelahirannya menerusi drama Erna Suraya yang menggabungkan kerjasama antara Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Radio Televisyen Brunei (RTB).

Beliau kemudiannya membuat penampilan filem sulungnya menerusi filem Ada Apa Dengan Rina arahan Harlif Haji Mohamad dan Farid Azlan Ghani yang menggunakan loghat Melayu Brunei. Filem ini dibintangi oleh Dayangku Moniri Pengiran Mohiddin sebagai Rina terbitan Regalblue Productions.

Pada 2014, beliau muncul dalam filem Muka Surat Cinta arahan Pierre Andre, ia menjadi filem pertamanya dalam kerjaya lakonannya di Malaysia.

Nina juga paling dikenali menerusi watak Fatihah dalam drama rantaian Andainya Takdir dan kesinambungannya yang disiarkan di TV3.

Kehidupan peribadi
Nina merupakan anak kedua dari empat beradik, kini menetap di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau sebelum ini pernah memakai tudung, namun membuat keputusan untuk menanggalkannya.[8]

Beliau merupakan pelajar dalam bidang Pengurusan Perniagaan di kolej International Graduate Study (IGS) di Bandar Seri Begawan,[9] namun mengambil keputusan untuk berhenti belajar kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya baharunya.

sumber: hmetro, memorikini

Kredit: celotehsaje

Berita Lain

Saya hanya mahu dia kembali sihat – Luahan hati Bapa Muhammad Adib ini buat semua sebak

KUALA LUMPUR: “Saya tidak mahu ambil pusing mengenai laporan yang tular berhubung kejadian itu kerana apa saya mahu adalah melihatnya kembali sihat seperti dulu.”

Itu kata-kata Mohd Kassim Abdul Hamid, 63, bapa kepada Muhammad Adib, 24, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang diserang perusuh di kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Subang Jaya, awal pagi semalam.

Mohd Kassim berkata, dia hanya mengetahui insiden menimpa anaknya itu kira-kira jam 2.30 pagi semalam selepas menerima panggilan daripada pihak bomba.

Dia kemudiannya terus bertolak ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) dari rumahnya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah dengan ditemani isteri dan menantu sebelum tiba kira-kira jam 9 pagi.

“Alhamdulillah, keadaannya semakin baik dan ada perubahan. Jadi, kalau boleh, saya tak mahu ambil pusing sangat dengan laporan yang tular.

”Apa yang penting dia sihat, nampak depan mata. Itu sudah cukup dan saya berharap dia kembali sihat supaya dapat bertugas seperti sedia kala,” katanya ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN), di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 1 pagi semalam, Muhammad Adib yang pergi ke lokasi bagi memadam kebakaran kereta di luar kuil Sri Maha Mariamman bersama pasukannya, dilaporkan cedera diserang perusuh.

Dia yang duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS dikatakan ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.

Bagaimanapun, mangsa diselamatkan beberapa orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum dibawa ke SJMC untuk rawatan lanjut.

Serangan berkenaan turut menyebabkan dua jentera bomba iaitu sebuah EMRS dan jentera FRT dirosakkan kumpulan perusuh dianggarkan seramai 1,000 orang.

sumber: bharian

Kredit: celotehsaje

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *