KUALA LUMPUR – Seorang tukang masak yang dituduh sebagai warga asing yang mencetuskan kebakaran rumah kongsi berdekatan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights,Subang  Jaya sebelum ini, tampil membersihkan namanya.

Sulaiman Abdullah, 32, berkata pada waktu kejadian pada jam 1.00 tengah hari Isnin lalu, beliau mendapati rumah kongsinya yang dibuat daripada kontena itu telah terbakar ketika tiba untuk mengambil pakaiannya untuk dibasuh.

“Ketika tiba saya dapat melihat dua kontena terbakar dan saya terus masuk ke ke dalam tetapi hanya sempat menyelamatkan beg berisi Al-Quran dan sejadah.

“Ketika keluar dari kontena itu, sekumpulan lelaki mengepung saya dan menuduh saya memulakan kebakaran kerana saya memakai sarung tangan di tangan sebelah kiri sebelum mula memukul saya,” katanya ketika ditemui di kediaman adiknya di sini.

tukang masak

tukang masak
Sulaiman Abdul yang dituduh sebagai warga asing yang mencetuskan kebakaran rumah kongsi berdekatan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya sebelum ini, tampil membersihkan namanya hari ini.
Katanya beliau kemudiannya diselamatkan pihak polis yang membawanya keluar dari kawasan itu.

Sulaiman yang sudah mula tinggal di rumah kongsinya itu sejak empat bulan lalu bekerja di sebuah restoran di dalam bangunan menara MCT, One City, Subang Jaya.

Beliau yang juga seorang warga negara tempatan berkata tindakannya tampil menjelaskan hal sebenar adalah kerana laporan kejadian itu tular di internet sehingga menimbulkan salah sangka orang-ramai terhadapnya, termasuk daripada kenalan dan saudara-maranya.

Beberapa laporan media sebelum ini melaporkan warga negara asing dikatakan memulakan kebakaran rumah kongsi itu.

Sulaiman menjelaskan rumah kongsi itu disediakan majikan bagi pekerja restorannya dan beliau sememangnya memakai sarung tangan ketika memasak.

Beliau turut membuat satu laporan polis di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya mengenai kejadian sebenar itu.

MGF26112018_KUIL-TERBAKAR01-1-681x454

— BERNAMA

VIDEO:  Tukang masak One City jadi mangsa keganasan di kovil Mariamman!! Jom sama2 viralkan supaya smua org tau cerita sebenar & yg penting bleh bersihkan nama Abg nih.

kredit – minaq jinggo

“Kami diserang” – Mohd.Hazim

Mohamad Hamdan Wahid menunjukkan gambar tular di media sosial

KUALA LUMPUR 28 Nov. – “Saya turun daripada jentera untuk mengambil hos di sebelah kiri, belum sempat berbuat apa kami telah diserang.

Itu perkara sebenar yang diceritakan oleh anggota dari Unit FRT, Mohd. Hazim Mohd. Rahimi, 31, yang disangka Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, yang cedera akibat dipukul sekumpulan perusuh semalam.

Ujarnya, bimbang akan keselamatan diri, dia terus berlari masuk ke dalam Jentera Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik saya masuk ke dalam jentera saya terus menutup pintu. Ketika itu saya tidak tahu apa yang berlaku di luar,” katanya ketika ditemukan dalam sidang akhbar di Institut Jantung Negara (IJN), di sini hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohamad Hamdan Wahid juga menafikan dakwaan anggota bomba yang parah akibat diserang kumpulan perusuh di sekitar Kuil Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights awal pagi semalam telah dilanggar.

Katanya, lelaki yang dilihat berada di belakang jentera dalam rakaman video tular bukan Muhammad Adib Mohd. Kassim sebaliknya merupakan seorang anggota lain.

Ujarnya, anggota terbabit merupakan anggota dari pasukan penyelamat yang menaiki jentera FRT bernama Mohd. Hazim Mohd. Rahimi, 31.

“Dakwaan pihak kuil memaklumkan mangsa dilanggar adalah tidak benar sama sekali.

“Kita tidak pernah dimaklumkan mengenai perkara ini daripada anggota yang berada di lokasi kejadian. Jangan buat kenyataan yang tidak berasas,” katanya dalam sidang akhbar itu.-UTUSAN ONLINE-

Muhammad Adib mula tunjuk tindak balas

Muhammad Adib mula tunjuk tindak balas

KUALA LUMPUR: Anggota bomba yang menjadi mangsa kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim menunjukkan tanda positif selepas 50 jam menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan IJN, Muhammad Adib Mohd Kassim dilihat kurang bergantung kepada ubat-ubatan untuk jantungnya.

“Muhammad Adib terus menunjukkan perkembangan positif. Beliau kini kurang bergantung kepada ubat-ubatan untuk jantungnya, tahap oksigen pada mesin ECMO telah dikurangkan, namun masih memerulukan sokongan penuh terhadap buah pinggangnya.
“Beliau masih berada dalam keadaan koma disebabkan ubat yang diberi (medically-induced comatose condition),” memetik kenyataan yang dikeluarkan hari ini itu.

Malah, menerusi penilaian neurologi, beliau turut menunjukkan tanda sedar dan memberi tindak balas kepada arahan percakapan (verbal commands).

“Namun, beliau masih diberi dos penenang untuk membolehkan organ-organnya pulih.

“Buat masa ini, beliau kekal kritikal namun stabil dengan menunjukkan tanda-tanda positif,” menurut IJN.

Selain itu, pasukan perubatan IJN turut memberi sokongan fisioterapi pasif kepada Mohd Adib yang merupakan sebahagian daripada proses pemulihan kardio (cardiopulmonary rehabilitation).

Kredit: celotehsaje

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *