Hi korang. Thanks admin kalau published. Nama saya Sotong, bukan sebab saya lembut tapi sebab suka makan sotong kering. Emm dap. By the way, saya perempuan, berumur 33 tahun & ini kisah saya (digalakkan makan sotong sambil baca sebab macam panjang).

Sebenarnya saya risau yang amat sebab saya graduate dengan pointer hanya 2.85 je, macam mana saya nak compete dengan pemegang pointer-pointer yang tinggi-tinggi? Yang cantik-cantik? Yang lawa-lawa (ok ni selingan haha). Habislah saya. Tapi, rezeki di tangan tuhan. Lepas habis je degree, saya ditawarkan kerja sebagai Penolong Pengurus dekat sebuah jabatan kerajaan. Syukur.

Walaupun status kontrak. Dan basic gaji saya cuma level N27 yang biasa-biasa sebab saya gunakan sijil STPM je masa ni (belum graduate masa dapat kerja). STPM saya pun, emm sedih nak cerita. Pointer cukup-cukup makan tapi lepas juga ke IPTA. Berkat doa mak.

Ok sambung. Almost 4 years juga bertahan, sehinggalah saya dinaikkan pangkat ke Pegawai Tadbir. Ok, masa ni mak dah gembira sbb saya dah berjaya sikit. Sikit je. Orang kata baru nak menapak. Dapatlah belanja mak juga, belikan adik-adik itu ini. Lepas tu, saya terjumpa kawan lama, 6-7 tahun tak jumpa. Dia HR & offer saya kerja dekat company dia. Bincang dengan mak, mak kata terpulang pada saya and dia doakan yg terbaik. Saya terima offer dia, pergi interview dan yes, rezeki saya.

Pada mulanya gaji ditawar lebih kurang dengan jawatan pegawai tadbir tadi, ada tambahan sikit, tapi habis interview, HR call saya & saya ditawarkan kerja sebagai Head of Department pula. Allah, saya menangis masa tu. Sebab yelah, saya dah lepaskan jawatan di jabatan kerajaan tu, rasanya dapat kerja dengan gaji yang lebih sedikit dah memadai. Saya dah takde ayah, saya tanggung mak & adik-adik. Saya kena kerja keras.

Saya pun mulakan kerja baru walaupun pak saudara, mak saudara and ada juga kawan-kawan yang macam marah saya berhenti kerja kerajaan. Kata mereka saya menolak rezeki. Tak apa, saya senyum & mula saving. Dari kerja pertama juga saya saving untuk future. Cabaran di tempat kerja ada macam-macam. Sebab hanya saya seorang HoD yang muda & perempuan. Saya ikut resam padi tapi saya tetap jalankan tugas & tanggungjawab dengan sewajarnya.

Awal bulan lepas, saya saja scroll indeed. Masa ni tolong adik dia nak cari kerja. Saya cuba jela hantar resume dekat 1 company luar negara. Bukan tak puas tapi saja mencuba masa ni. 4 hari kemudian, saya terima panggilan dari luar negara. Rupanya panggilan interview untuk resume yang saya submit tu. Oh adik saya juga berjaya dapat kerja yang dia minta. Phone interview dulu dari luar negara & kemudian saya berjumpa dengan regional manager untuk interview peringkat kedua.

Ya, rezeki berpihak kepada saya sekali lagi. Call mak, dia sekali lagi cakap jangan lompat kerja selalu, suruh saya fikir & istikharah. Jawatan yang ditawarkan adalah sebagai manager. Dan inilah kerja saya sekarang, saya harap saya akan lama di sini sebab serasi dengan jiwa.

Ya, saya tak pandai belajar. Sebab apa? Alat tulis saya tak pernah cukup, mak orang susah. Pensil tekan saya tak ada, saya share pensil 2B dengan adik-adik. Sy hilang mood nak study. Calculator pun takde sebab tu add math sy failed. Asyik pinjam kawan. Masa exam pinjam dari cikgu. Pergi sekolah jalan kaki. Saya jarang bawa duit ke sekolah, mak bagi bekal, selalunya nasi goreng tampal. Air tak ada, saya tadah mulut dekat paip belakang kelas. Saya banyak main. Saya culas belajar.

Tapi saya sebenarnya seorang yg aktif dalam apa jua sukan, saya bina soft skill dari zaman universiti, saya masuk kelab debat, saya juga ketua pelajar & ketua pengawas, saya join program dengan MPP, saya bina keyakinan diri melalui semua ni. Pada mulanya, kawan-kawan usulkan nama saya untuk jawatan itu ini, saja nak kenakan saya, tapi lama-kelamaan saya belajar tanggungjawab dan mula serius belajar soft skills.

Cikgu dan pensyarah juga mula nampak bakat saya selain study yang tak seberapa. Saya tak punya apa-apa selain kemampuan untuk sesuaikan diri mengikut keadaan & kemampuan untuk bercakap. Again, UPSR saya cuma 3A2B, STPM & degree, pointer saya bawah 3. Tapi tak mustahil untuk orang macam kita berjaya kan?

Utamakan mak kita dalam apajua kita nak buat, jangan pernah downgrade diri sendiri bila tak pandai, sebab ade sesuatu dalam diri kita yang orang lain nampak, & bila kerja, jangan pernah sedetik merasa tidak ikhlas. Goodluck untuk semua. Pergi salam peluk cium mak abah awak, minta doa restu. Semoga berjaya dalam hidup. Amin.

– Sotong

Sumber: tnews

Article Lain

Budak-budak SPM sambut tamat zaman persekolahan di Malaysia

Setelah 10 tahun bergelar seorang pelajar, pastinya ramai yang rasa teruja setelah mereka berjaya menamatkan zaman persekolahan mereka.

Dalam tempoh satu dekad itu, pelbagai kenangan pahit dan manis telah ditempuhi bersama-sama dengan rakan-rakan sebaya yang bakal menjadi sebuah memori indah yang tidak mungkin akan berulang lagi.

Budak-budak SPM sambut tamat zaman persekolahan di Malaysia

Seperti di negara jiran, Indonesia, para pelajar sekolah di Malaysia juga cara yang tersendiri untuk meraikan hari-hari terakhir mereka bergelar pelajar sekolah setelah berakhirnya kertas peperiksaan SPM terakhir mereka.

Melihat ada kalanya cara sambutan sesetengah pelajar yang sedikit terlampau, seorang pengguna Facebook, Mai Izyani telah terpanggil untuk memberikan nasihat kepada pelajar-pelajar ini supaya tidak hanyut dengan kegembiraan sementara mereka itu.

Budak-budak SPM sambut tamat zaman persekolahan di Malaysia

Bukan masa awak ja akak nampak semua ni. Masa zaman akak sendiri, dah nampak depan mata. Pengetua siap berdiri di balkoni sekolah, tenung sahaja dari jauh perangai pelajar habis sekolah (SPM). Conteng baju sekolah, spray-spray warna sampailah ke dinding sekolah. Habis rosak. Lepastu teriak-teriak “MERDEKA!!!”. Kalah kera di hutan. 

Kamu semua yakin sangat dah meredeka kenapa? Apakah ilmu dan sistem belajar di sekolah tu diertikan sebagai sebuah kepayahan hidup yang menyakitkan? Yang takda manfaat? Yang sia-sia? Yang menutup lubang-lubang keseronokan usia remaja? Dan peperiksaan itu pula apakah satu kezaliman pada akal fikiran? 

https://www.facebook.com/wakjanggutWJ/videos/342915926180354/

https://www.instagram.com/p/Bb1PzNSnMBN/

Kalau kamu punyai jawapan yang menunjukkan kehidupan lebih baik tanpa sekolah atau di mana-mana tempat belajar sebagai ladang menuai ilmu, tunjukkan. Tunjukkan ilmu tu tak penting dan kamu ada sistem kehidupan yang lebih baik tanpa ilmu dari orang lama (berilmu sebelum kamu). Buktikan ada bukit dan gunung yang boleh didaki sehingga bila di puncak kamu melihat orang lain di bawah terlalu kecil, dan orang di bawah melihat kamu terlalu besar dan gah! Di manakah? Tunjuk.

Sudah-sudahlah menikmati budaya habis sekolah cara bodoh itu. Yang buat tu pula dah la antara segelintir pelajar-pelajar yang nyata malas dan tak pandai pun. Tapi teriak “MERDEKA” mereka seolah orang yang penat lelah berjuang dengan cara terbaik. Kalau yang pandai juga terlibat, tanda ilmunya tak disebatikan dengan akhlak.

Benarkah merdeka?

Hakikatnya kehidupan ini ujian yang tiada kesudahan sehingga akhir usia. Dan raih ilmu itu kewajipan sehingga ke liang lahad.

Sumber : Mai Izyani

Terkinja-kinja atas motor dan berarak main asap sempena habis SPM, kelakuan anak ‘gadis’ ini buat netizen bimbang akan generasi muda

Menjadi suatu kebiasan bagi para pelajar untuk meraikan kejayaan mereka selepas mengakhiri sesuatu, contohnya sempena menyambut berakhirnya peperiksaan besar seperti SPM. Sambutan ini sememangnya menjadi suatu tradisi di kalangan para pelajar walaupun cara meraikannya berbeza bagi setiap individu.

Terbaru, sempena berakhirnya kertas terakhir bagi pelajar SPM tahun ini, sebuah video sambutan sekumpulan pelajar dari sebuah sekolah yang tidak diketahui telah tular di laman media Facebook.

Video tersebut merakamkan sekumpulan pelajar sedang membonceng motor, namun apa yang lebih mengejutkan adalah seorang pelajar perempuan berbaju kurung dan bertudung dilihat berdiri di atas motor seolah-olah menyuruh rakannya yang lain bersorak sempena habisnya peperiksaan SPM mereka.

info

tak perlu macam ni dik walaupun dah abis spm

Posted by Media Exclusive on Tuesday, 4 December 2018

Tidak kurang daripada itu, pelajar perempuan itu juga telah melompat dari motor tersebut dan terkinja-kinja bersama rakan-rakan lelaki yang lain. Aksi dan kelakuan para pelajar yang agak keterlaluan itu seterusnya telah menarik perhatian netizen.

Walaupun difahamkan bahawa pelajar ‘perempuan’ tersebut adalah seorang pelajar lelaki yang berpakaian seperti perempuan. Akhlak dan moral pelajar-pelajar ini masih membimbangkan para ibu bapa sekarang.

info

sambungan dari video sebelumnya

Posted by Media Exclusive on Tuesday, 4 December 2018

Sistem didikan akhlak perlu diketengahkan

Budak-budak SPM sambut tamat zaman persekolahan di Malaysia

The best medicine is rotan

Budak-budak SPM sambut tamat zaman persekolahan di Malaysia

Ni kalau kantoi kena terajang dengan mak bapak ni

Budak-budak SPM sambut tamat zaman persekolahan di Malaysia

Ni la yang kita terlepas pandang

Budak-budak SPM sambut tamat zaman persekolahan di Malaysia

Amboi happynya, soalan kubur belum jawab lagi

Budak-budak SPM sambut tamat zaman persekolahan di Malaysia

Sumber : FB Viral Johor

Kredit: tnews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *