Sekali pun sibuk main handphone, janganlah sampai anak jadi mangsa kena marah-marah dan terabai. Ini satu penyakit orang sekarang, bukan kat rumah sahaja diumpankan si kecil gajet, masa nak makan pun sama.

Ya, faham… ada mak ayah rasa cara itu paling mudah nak diamkan anak daripada terus berlari-lari. Tetapi kalau dah macam situasi Puan Nurul Kasmadillawati Zakaria kongsikan ini, agak-agak siapa yang bersalah. Mak ayah atau anak?

Kesan Main Handphone Depan Anak-anak
Handphone vs anak. Handphone lebih penting. Layan anak macam pengemis.

Benda ni jadi jumaat malam hari tu. Dah banyak hari tapi acik asyik dok teringat je. Aksi meja sebelah. “ Tengok apa? Dari tadi tak lepas pandang? “ Tanya encik hensem kat acik.

Sebenarnya dari awal sampai, duduk kat meja, acik dah tertarik tengok meja sebelah ni. Sepasang suami isteri. 2 orang anak perempuan, dalam lingkungan 1 & 4 tahun. Yang besar duduk sebelah ayah, yang kecik sebelah emaknya.

Dari awal acik sampai, handphone macam kena gam kat tangan mak ayahnya. Si kakak buat hal sendiri tengok keliling, tengok mak ayah yang tak angkat muka langsung daripada pandang handphone. Si kakak bercakap-cakap minta perhatian, tak dilayan. Tiba-tiba, gedegang. Si kakak dah jatuh kerusi, kasut basah masuk dalam longkang cetek laluan air.

Akhirnya Anak Kena Marah
Kemain kuat suara si ayah marahkan si kakak. Kenapa tak reti nak duduk diam? Orang lain duduk atas kerusi dia berdiri sebab tu jatuh. Acik tengok muka emaknya, mencuka. Si ayah angkat kerusi semula, anak dibiarkan bangun sendiri. Sikit pun tak tanya anak tu ok ke tak. Anak 4 tahun kot, jatuh. Tak risau langsung ke? Dua-dua mengadap handphone semula. Bila makanan sampai, si emak bagi youtube kat si kecik suruh diam. Mak ayah makan, si kakak terkebil-kebil sorang-sorang. Boring sangat agaknya, dia turun kerusi.

Pergi kat ayah, tak layan. Pergi kat emak, nak tau apa mak dia buat? Mak dia jerit kuat “ Eh apa masalah dia ni? Pergi duduk sana lah “. Muka macam singa, tangan tolak anak yang baru datang dekat nak pegang lengan emaknya. Waktu ni memang acik dah rasa macam nak pergi tendang mak dia. Budak ni anak angkat ke apa? Kalau anak angkat sekali pun tak boleh ke layan macam manusia? Pelayan kat food court pun dah start pandang-pandang. Bisik-bisik sesama sendiri.

Akhirnya budak perempuan 4 tahun tu tawaf meja makan dorang. Entah berapa kali tawaf, mak ayah dia buat tak tau. Sesekali dia berhenti, macam nak datang ke meja kitaorang. Acik senyum, tapi dia takut. Bulat mata dia tengok je Balqis & Aina makan sama-sama. Acik suap Aina. Balqis suap acik. Encik hensem suap acik. Bulat mata dia. Serius waktu ni acik dah nak menangis tengok budak tu. Mak ayahnya dah siap makan. Mata melekat kat handphone semula. Bila nak balik, si mak turunkan adik dari highchair, si ayah bangun menonong.

Si anak 4 tahun pergi kat ayah agaknya minta dipimpin tapi tak dilayan. Bila pergi kat mak, maknya sibuk dengan siadik. Acik dengar budak 4 tahun tu bercakap dengan maknya tapi tak dilayan. Akhirnya si ayah jalan depan. Si mak ikut sambil pegang si adik. Budak 4 tahun tu? Jalan sendiri kena tinggal kat belakang. Waktu ni lah encik hensem tanya acik pandang apa?

Berkaca dah mata acik waktu ni.

“Anak angkat ke budak tu? Layan sampai macam tu sekali “

“Mak dia datang bulan kot” kata encik hensem.

“Dah tu, kalau emaknya datang bulan, ayahnya period sekali? “

“Mungkin ayah dia memang jenis tak guna, tak peduli pasal anak “ Simple jawapan encik hensem.

Diam. Tak lama lepas tu encik hensem bersuara lagi “ Orang biasanya keluar makan sedap-sedap sebab nak bagi anak makan best kan? Bukannya sebab kita sendiri yang nak makan sedap. Tapi nak bagi anak-anak “ Bingo. Ayat dia general, tak merujuk pada siapa-siapa tapi acik boleh tangkap maksudnya. Rupanya encik hensem pun perhatikan dorang suami isteri yang makan tak ingat dunia tapi sikit pun tak suap anak-anak.

Korang yang membaca mungkin tak boleh nak imagine macam mana desperate nya anak kecik umur 4 tahun tu nak tarik perhatian mak ayah dia. Demi Allah, ni first time acik tengok depan mata sendiri. Dah macam pengemis minta sedekah. Kena tolak. Kena herdik. Dibuat macam takde perasaan.

Berubahlah, Letak Tepi Kejap
Mak ayah, tolonglah. Handphone tu sila letak ke tepi. Seharian pergi kerja tinggal anak dengan orang lain, lewat petang baru anak dapat tengok muka mak ayah. Anak-anak dahagakan kasih sayang. Anak-anak nak kan perhatian. Kenapa pilih untuk berhuha kat facebook, whatsapp group sedangkan depan mata anak sendiri diabaikan?

Orang kita ni sikit-sikit sebut pasal anak derhaka, kewajipan anak kepada ibu bapa. Tapi terlupa yang ibu bapa pun ada dosa dengan anak-anak. Peringatan untuk kita bersama.

Sumber: mingguanwanita

Kredit: realmerah

Article Lain

Semua sukarelawan tak mampu tahan sedih bila tahu kisah sebenar anak syurga ini.

Semalam, memetik laporan media Bernama seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun meningg   gal donia di Hospital Sultan Ismail pada tengah malam dipercayai akibat dide  ra ayah kandung dan ibu tirinya.

Mangsha sebelum itu dihantar ke hospital berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri. Pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam serta bengkak pada bahagian kanan muka, dada, perut dan kedua-dua betis kanak-kanak malang itu.

Seorang sukarelawan daripada pasukan amalteam yang membantu dalam urusan penghantaran jenajah mereka yang tidak berkemampuan, kebetulan tampil berkongsi pengalamannya dalam membawa pulang jenazah dipercayai kanak-kanak itu dari Johor Bahru ke Rawang untuk dikebumikan.

Menurut Mohd Zulhairi Zainol, jenajah yang dibawa itu adalah jenajah kanak-kanak berusia lima tahun yang mengalami pendarahan di kepala. Mereka mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus membantu. Moga lebih ramai lagi rakyat Malaysia membantu menggerakkan usaha murni ini.

Aku sentiasa bersyukur Ya Allah, kau sentiasa menemukan aku kes2 sebegini kes2 waris yang kurang berkemampuan untuk kami sama-sama membantu.

Lanjutan kes malam tadi setelah posting dimuat naik untuk mencari van jenajah di jb untuk dibawa balik ke rawang, Hery ditemukan dengan 1 kariah kampung ulu tiram yg sanggup bersama-sama membantu membawa jenajah ini ke rawang tanpa sebarang caj.

Pukul 4.46am van jenajah di Johor Bahru berjumpa kami di tol bangi, kerana kami pula akan membantu membawa jenajah ke rawang untuk di kebumikan. Untuk pengetahuan kalian semua, jenajah ini budak berusia 5 tahun, mengalami pendarahan di kepala..

Ibunya datang dari Penang ke Johor Bahru untuk membantu urusan jenajah anaknya ditemani rakan-rakannya.. tidak mempunyai kenderaan di Johor Bahru, terpaksa book grab pula ke hospital.. ibunya adalah seorang ibu tunggal.

Setelah rakan-rakan cuba sedaya upaya mencari van jenajah seawal magrib semalam sehingga buntu tidak tahu pada siapa hendak di cari… alhamdulilah ada hamba Allah di hospital memberikan nombor telefon hery kepada waris.

Alhamdulilah selesai urusan van jenajah dan kami selamat sampai di rawang kini. terima kasih kariah Ulu Tiram, ramai yang membantu siap ada kenderaan lain yang ikut dari Jb ke Bangi.. sumbangan RM700 diberikan kepada mereka untuk kos tol & minyak dan duit makan mereka, sumbangan adalah dari kalian semua yang tak putus-putus membantu dari malam tadi.

So tugas amalteam pula untuk membantu membawa jenajah dikebumikan dan membantu waris dan rakannya ke stesen bus untuk pulang ke Jb, kerana ada benda berkaitan harus ibunya selesaikan juga….

Ada benda hery tidak boleh jelaskan secara detail kerana untuk menjaga aib si waris terutama ibunya. Apa-apa pun terima kasih rakan-rakan fb, volunteer badang & mirul membantu. Doakan urusan kebumi dipermudahkan…..

Menurut seorang sukarelawan amalteam, Afiz Ayub, sepanjang pengurusan anak syurga ini, semua sukarelawan yang terlibat tidak mampu menahan rasa sedih dan pilu. Masing-masing memeluk erat dan mendukung anak syurga ini. Suasana agak suram dan hiba dari pagi tadi sehingga urusan pengebumian selesai.

Jelasnya, andai kata ada yang tak mampu menjaga amanah Allah SWT ini, hubungilah pihak mereka dan janganlah melakukan penderaan kepada kanak-kanak yang tak bersalah.

Nota: Sungguh menyedihkan. Semoga apa yang dikongsikan ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua.  Sayangilah dan bertanggung jawablah dengan amanah Allah yang diberikan kepada kita kerana kelak kita akan dipertanggung jawabkan dihadapaNya.

Kredit: realmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *