awal tahun ni memang musim orang berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah.

Siapa yang terpilih menjadi tetamu Allah di sana sangat bertuah kerana bukan semua orang mempunyai rezeki untuk menunaikan ibadah di depan Kaabah.

Banyak kisah tentang jemaah haji dan umrah boleh dijadikan pengajaran dan inspirasi untuk kita yang belum berpeluang menjejakkan kaki ke sana. Macam kisah seorang jemaah yang uzur dan sedang sakit tenat tapi berkeras nak pergi tanah suci walaupun keadaannya tidak mengizinkan.

Kisah ini dikongsikan sendiri oleh pengarah urusan agensi yang menguruskan jemaah ini disana. Sangat sebak dan bacalah untuk iktibar kita semua!

Menangis Nak Pergi Tanah Suci!

Perkongsian pengalaman dari seorang jemaah kami.

Ada seorang hamba Allah, Pakcik fauzi dari Kota Bharu, berusia 59 tahun ketika pendaftaran umrah untuk DEC 16 beliau bersunguh sungguh, dengan alasan dia tak dapat pegi haji sebab beliau sakit buah pinggang, kena dialisis selalu.

Di sebabkan sedih tak dapat pegi haji dia berusaha utk menunaikan umrah. Jadi saat pendaftaran pihak syarikat, kami sudah pun maklumkan dimana kebarangkatan bergantung kepada kelulusan doctor.

Beberapa minggu sebelum berangkat kita dapati dia tidak berada dalam kondisi yg berapa baik. Tetapi beliau tetap berkeras nak pergi umrah december sampai telefon menangis-nangis kepada pengurus kumpulan untuk membenarkan dia pergi. Dengan alasan dia nak sangat tengok kaabah sekali, Akhirnya DR membenarkan dia pergi dengan syarat kena buat dialisis di Makkah dan Madinah semasa UMRAH.
Alangkah seronoknya Pakcik fauzi apabila dia dapat kebenaran.

Dia meseg kepada group leader,

“Saya doakan supaya dipermudahkan semua urusan dalam menguruskan saya di mekah nanti”.

Tiba saat keberangkatan dia dibawa ke kapal terbang dengan kerusi roda bersama 4 jemaah lain yang berkerusi roda dan 200 lebih jemaah lain.

Setelah perjalanan 13 jam, dan tambah 3 jam, perjalanan terus masuk ke mekah saat mereka tiba untuk check in hotel, petugas terkejut kerana pakcik fauzi terpaksa didukung dan wajahnya terlampau penat.

Tetapi semangat beliau kuat, dan kami terkejut setelah selesai check In hotel AL safwah Orchid makkah, beliau turun untuk melakukan umrah,tawaf saie dengan berjalan kaki, dan beliau berjaya selesai melakukan umrah beliau sendiri ditemani isteri dan anak lelaki remaja beliau.

Setelah pulang ke bilik, beliau mungkin kepenatan dan agak lemah, keesokkan hari pihak kami membawa beliau dan 2 orang lagi pesakit buah pingang untuk rawatan dialisis, setelah selesai keadaan beliau kelihatan masih penat walaupun setelah pulang ke hotel, lewat malam beliau muntah darah, kami bergegas membawa beliau ke Hospital King Abdul Aziz di Makkah.

Setelah rawatan susulan. Beliau dibenarkan pulang untuk berehat, sampai di hotel keadaan beliau masih belum pulih, malah lewat malam semakin parah, keesokkan pagi saya sendiri bersama Mutawaif yang berpengalaman bersama anak dan isteri beliau hantar ke bahagian kecemasan Hospital King Abdul Aziz, selesai daftar semua beliau di masukan ke kecemasan, 2 jam setelah di periksa semua beliau dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). Memandangkan ICU jadi saya pun harus kembali ke hotel untuk uruskan jemaah di hotel. Saya pun pulang dengan pesanan kalau ada apa-apa sila maklumkan segera untuk saya ke hospital.

Pada jam 4.00 am kami terima panggilan telefon dari anaknya mengatakan yang ayah dia dah meninggal dunia…

Bergegas selepas subuh ke hospital untuk uruskan perihal dokumentasi dan segala yang berkaitan. Segalanya berjalan lancar dan cepat selesai dan jenazah bersedia untuk dimandikan sebelum solat Asar. Saat ini lah terngiang di minda meseg terakhir dari beliau berbunyi…

”Saya doakan supaya dipermudahkan semua urusan dalam menguruskan saya di mekah nanti”.

Saat saya di dalam VAN jenazah untuk mandikannya, melihat anak, isteri dan kenalan membaca yasin.. terdetik di hati saya beruntungnya Jenazah ini, wajah yang gelap dan sakit sebelum ini berubah menjadi cerah dan bersih akan disembahyangkan oleh ribuan manusia dia Masjidil Haram Makkah. Apabila ditanya kepada isterinya,katanya Allahyarham pakcik fauzi, memang nak sangat ke mekah dan memang niat dia nak meninggal di sini. Dan sehari sebelum beliau meninggal, anak sulung beliau bermimpi abah akan meninggal awal subuh, memang menjadi kenyataan keesokkan harinya. Subahanallah…

Apabila melihat pengakhiran baik seseorang menitis air mata saya mengenangkan nasib diri ini nanti… perbagai soalan bermain di minda, bagaimana pengakhiran aku nanti? Apakah akan ada orang menangis pemergian aku? Apakah akan ada org yang akan mendoakan aku? Apakah akan ada orang yang solatkan aku… apakah semua jemaah yang pergi melalui syarikat saya menghargai saya sebagai hamba Allah yang menguruskan ibadah umrah mereka atau pada pandangan mereka saya sekadar ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan kerana keuntungan semata-mata? subahanallah… hanya Allah swt saja yang tahu perasaan hati ini ketika itu disertai dengan titisan airmata…

Didalam hati mendoakan jadikan umrah ini sebagai ibadah yang kita membantu sesama islam, jaga hubungan keluarga, jaga hubungan saudara dan kenalan. Insyallah…

Sekadar perkongsian untuk kita menilai diri kita dari dalam satu situasi yang belum pernah kita bayangkan. Semoga Allah swt tempatkan beliau ditempat orang-orang yang soleh dan beriman.
Ameen

Sumber & Nukilan Pengarah Urusan
HALCENT DISCOVERY HOLIDAYS SDN BHD
21 DEC 2016
MAKKAH AL MUKARRAMAH.

Sumber : FB Halcent Discovery Holidays Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *