Ketam pilihan paling enak di dunia sudah pasti ‘Ketam Alaskan King’, tetapi harganya agak mahal. Kos untuk mendapatkan ketam ini berada dalam lingkungan RM250 hingga RM330 sekilogram. Akan tetapi, jika anda melihat sendiri bagaimana bersusah payah nelayan bekerja untuk menangkap ketam ini, anda akan spontan memahami mengapa harganya begitu mahal.

Pekerjaan menangkap ketam Alaska didakwa sebagai pekerjaan paling berbahaya di dunia walaupun saban tahun pelbagai langkah telah diambil untuk meningkatkan tahap keselamatan dan mengurangkan risiko dan bahaya kepada nelayan.

Kredit : Corey Arnold

Walaupun bot atau kapal nelayan kini dilengkapi dengan alat tangkapan ketam yang canggih, pekerjaan ini masih dikategorikan sebagai paling mencabar dan berbahaya di dunia.

Kredit : Corey Arnold

Nelayan perlu bersedia secara mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran di lautan luas yang mengganas di perairan Alaska semasa musim menangkap ketam telah tiba.

Kredit : Corey Arnold

Pekerjaan penuh risiko dan bahaya seperti mana yang anda pernah saksikan dalam rancangan ‘The Deadliest Catch’ yang mendedikasikan usaha dan kegigihan beberapa orang nelayan yang berani menyahut cabaran di lautan luas demi mendapatkan hasil lumayan dan memberi kepuasan di akhir musim menangkap ketam.

Kredit : Corey Arnold

 

Masa tangkapan ketam telah ditetapkan di mana para nelayan perlu mengikut kumpulan mereka semasa musim tangkapan antara bulan Oktober dan Januari. Walau bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, masa nelayan turun ke laut telah disingkatkan antara hanya dua ke empat minggu bagi mengelakkan lebihan tangkapan.

Kredit : Corey Arnold

Kredit : Corey Arnold

Apa yang mengejutkan, lebih 80 peratus kematian adalah disebabkan oleh lemas di lautan dan hipotermia.

Kredit : Corey Arnold

Pekerjaan menangkap ketam Alaska adalah bagi mereka yang berjiwa kental dan tidak takut kepada cabaran, kerana mereka akan berdiri selama berjam-jam lamanya, bertarung dengan ombak besar yang menghempas bot atau kapal dan bertahan dengan suhu yang amat sejuk demi untuk menarik hasil dalam sangkar dengan beratus kilogram ketam.

Kredit : Corey Arnold

Oleh kerana musim penangkapan yang telah ditetapkan amat singkat, para nelayan berjiwa kental dan berani ini akan bertahan serta berusaha gigih dengan menggunakan segala kudrat dan ketahanan mental yang ada semasa berada di lautan untuk mengaut seberapa banyak hasil secara maksima yang mungkin.

Kredit : Corey Arnold

Mengalami kecederaan adalah satu perkara yang biasa di atas dek tetapi kesemua ahli dalam kumpulan nelayan ini perlu bangkit dan pulih dengan segera demi mendapat hasil tangkapan ketam secara maksima.

Kredit : Corey Arnold

Jadi sebelum anda mengeluarkan keluhan dan berkata macam-macam mengenai kepayahan mencari rezeki atau bising dengan harga ketam yang mahal, fikirkan tentang  kegigihan para nelayan yang berani bertarung nyawa mereka di lautan yang ganas ini ketika mencari rezeki.

Sumber : Corey Arnold/coreyfishes.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *