Isteri kepada penyanyi Tomok, Ayu Abas mendedahkan telah menjahit sendiri beg untuk bekal makanan ke sekolah anaknya, Arrian Shah Akid dari lebihan kain perca.

Ayu berkata dia menyediakan beg itu kepada Arrian kerana anaknya sering cuai kerana masih baharu hendak menyesuaikan diri dengan alam persekolahan yang kini berada dalam darjah satu.

“Alhamdulillah dapat gak Dibu (Ayu) buatkan lunch bag dari serpihan kain perca…bukan dibu kedekut…tapi disebabkan his carelessness dan masih lagi dalam environment menyesuaikan diri di sekolah.

“So dibu upgrade dari paperbag dibu buatkan bag yang sama saiz cuma tambahan tali supaya senang arrian nak bawak….tupperware pun yg rm2 je..kalau tinggal ke hilang ke tak la ralat…

“Jangan hilangkan tau…tapi kalau hilang gak dibu jahit lagi…tapi insyaAllah dibu tau arrian responsible…” tulisnya.

Ayu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikut IGnya yang rata-rata memuji cara Ayu menyelesaikan masalah anaknya yang sering hilang barang.

Malah tidak kurang juga memuji Ayu kerana pandai menjahit beg sekolah itu sendiri.

Selain Arrian, Ayu dan Tomok turut dikurniakan seorang lagi anak lelaki bernama Andrashah Iman.

Sumber: gempak

Article Lain

“Bila Bini Tak Dengar Cakap, Kita Bagi Je, Baru Dia Tahu Langit Tinggi Atau Rendah” – Fazren Rafi

Hidup paling seronok bila meluangkan masa bersama pasangan yang dicintai sebagaimana pengalaman dilalui pelakon Fazren Rafi bersama isterinya.

Pelakon drama popular itu berkongsi beberapa gambar percutiannya dengan insan tersayang itu di media sosial untuk tatapan peminatnya.

Pasangan itu menghabiskan masa bersama ketika pergi bercuti ke New Zealand baru-baru ini.

Memang cukup romantis aksi Fazren memeluk erat isterinya dalam suasana cuaca sejuk di sana.

Lebih menarik, satu foto lain menunjukan aksi Fazren melakukan tendangan terbang ke arah isterinya yang terpelanting di awangan.

“Bila bini x dengar cakap, kita bg je.. baru dia tahu langit tinggi or rendah.. kita lelaki ketua keluarga,” katanya berseloroh yang menghiburkan netizen di media sosial.

Netizen dikenali sebagai @nzahanim turut memuji gambar-gambar yang dimuat naik Fazren di Instagramnya, @fazrenrafi begitu cantik seperti diambil jurufoto.

“Moga berbahagia sampai akhir hayat..sweet couple,” kata netizen @ctzaitunctzaitun.

Ada juga netizen @juesyah25 memuji pemandangan yang dirakam pasangan itu cukup indah apatah lagi berada lokasi yang cantik bersama pasangan yang sempurna.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @fazrenrafi

Sumber: gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *