Baru-baru ni, impian ternyata menjadi kenyataan bagi dua pemandu Grab ini apabila mereka telah memenangi hadiah program mengerjakan umrah daripada majikan.

Sudah menjadi impian keramat bagi seorang hamba Allah yang taat untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Sebab itulah bagi yang tidak berkemampuan, mereka sanggup kerja siang dan malam demi menggapai impian ini.

Video menyentuh hati dua pemandu dari Indonesia ini kemudiannya viral di media sosial.

“Ini temanku lepas dia memberitahu dua pemandu ini mereka menang hadiah program umrah. Mau nangissss”

Menerusi video yang viral di Twitter ni, dua pemandu tersebut yang dikenali sebagai Tri Mulyanto dan Supriyono sedang bersantai-santai sebelum seorang staf Grab datang kepada mereka membawa perkhabaran tersebut.

Staf yang merekod video Tri dan Supriyono ini bertanya sama ada mereka ada join atau tahu tentang program internal yang dianjurkan syarikat Grab. Staf tersebut kemudian bertanyakan tentang program umrah dari Grab sebelum menghulurkan dua keping kertas kepada pemandu tersebut.

Ini reaksi mereka sebaik menerima perkhabaran gembira tu. Sebak, gembira dan teruja admin melihatnya..

“Selamat anda berangkat umrah”

Menurut Coconuts, Pak Tri dan Pak Supriyono yang merupakan pemandu GrabBike telah memilih untuk mengerjakan umrah pada Mac ini. Pengurus PR Grab juga mengakui bahawa kedua-dua lelaki ini adalah rakan sekerja yang berasal dari Jawa Tengah, Semarang.

Di kesempatan itu, Tri dan Supriyono sempat merakam gambar bersama sambil menunjukkan kertas yang bertulis “Selamat anda berangkat umrah”.

Grab jugak memaklumkan program #ImpianUmrahItuDekat ini telah diadakan sebanyak 3 kali setahun. Setiap batch akan memilih hampir 200 pemandu bertuah dari 7 bandar berdasarkan performance mereka. Tri dan Supriyono antara layak kerana mempunyai prestasi yang membanggakan.

“Mereka yang pergi umrah, gua dong yang menangis”

Rata-rata netizen yang melihat video ni sangat tersentuh dengan rezeki pakcik berdua ni dapat mengerjakan umrah yang ditaja company Grab. Tak sia-sialah bekerja siang dan malam dengan penuh ikhlas kalau macam ni kan.

Syukur Alhamdulillah rezeki pakcik berdua ni. Grab Malaysia ada buat program macam ni tak?

Sumber: Lobak Merah via talam keladi.

Kredit: celotehsaje

Article Lain

“Tak Gel4p Mata Bila Dapat Wang..”- Waris MHI7 Wakafkan Kesemua Pampasan Bina Surau RM3.5 Juta.

N4has kapal terbang MAS yang berlaku pada Julai 2014 merupakan antara memori pahit bagi rakyat Malaysia selain MH370. Kapal terbang yang jatuh selepas ditembak peluru perpandu di  40 kilometer dari sempadan Russia telah mengprbankan kesemua 298 penumpang didalamnya, termasuklah sebuah keluarga rakyat Malaysia.

Sekeluarga yang m4ut dalam n4has MH17 itu adalah Tambi Jiee, 49, dan isterinya Ariza Ghazalee, 46, serta empat anak mereka Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13. Mereka yang berasal dari Kuching, berada dalam penerbangan pulang ke Malaysia selepas Tambi menamatkan perkhidmatan selama tiga tahun dengan syarikat Shell di Kazakhstan.

Berikutan dengan nahas yang berlaku, sejumlah wang pampasan telah dibayar kepada waris terdekat. Walau bagaimanapun, waris terdekat telah sepakat bagi mewakafkan kesemua wang pampasan tersebut untuk membina sebuah surau di Jalan Depo, Petra Jaya.

Menurut sumber, surau hampir siap dibina itu dan diberi nama Al-Ghazali berkenaan dibangunkan dengan wang pampasan diterima keluarga terbabit. Pembinaan surau yang membabitkan kos anggaran RM3.5 juta tersebut boleh menampung seramai 450 jemaah.

Saham Akhirat

Netizen juga turut terharu dengan sikap yang ditunjukkan oleh waris keluarga terbabit.

Waris enam sekeluarga terkorban tragedi MH17 terima sumbangan AS$30,000

Waris kepada enam mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di negeri ini iaitu Tambi Jiee, Ariza Ghazalee dan empat anaknya menjadi kumpulan pertama menerima sumbangan secara bayaran sekali gus berjumlah AS$5,000 setiap seorang mangsa daripada kerajaan hari ini.

Sumbangan berjumlah kese­luruhan AS$30,000 atau kira-kira RM117,000 itu disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim kepada abang Tambi Jiee iaitu Drahman Jiee, 61, dan kakak Ariza Ghazalee, Madzalina Ghazalee, 49.

Menurut Rohani, sumbangan tersebut sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap waris mang­sa warga negara ini yang terkorban dalam nahas pada 17 Julai 2014 itu.

Katanya, seramai 43 mangsa rakyat Malaysia terkorban dalam nahas tersebut dan waris kepada Tambi, Ariza dan empat anaknya itu menjadi kumpulan pertama menerima sumbangan.

“Baki waris 37 mangsa lain akan menerima sumbangan itu dalam masa terdekat. Walaupun jumlah tersebut tidak seberapa berbanding nyawa yang hilang, namun ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kewangan serta emosi dialami mereka.

Tambahnya lagi:

“Setiap waris akan menerima AS$5,000. Hari ini waris Tambi, Ariza dan empat anaknya mene­rima sumbangan berjumlah kese­luruhan AS$30,000 untuk dibahagikan sesama mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyerahkan cek kepada Tambi dan Madzalina di sini hari ini.

Seramai 11 ahli keluarga Tambi dan Ariza turut hadir dalam majlis ringkas tersebut.

Dalam kejadian pada 17 Julai 2014 itu, pesawat yang dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur itu terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia dan mengorbankan kesemua 249 penumpang termasuk kru.

Sumber: Utusan / Erin Sakura

Kredit: celotehsaje

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *