Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Sikap seorang suami yang suka bersedekah & gembirakan isteri walau dalam jumlah yang diberi kecil tapi itulah juga sebenarnya yang memurahkan rezekinya. Gembirakan hati isteri kita, inshaAllah pintu rezeki terbuka luas dan Allah permudahkan segala urusan kita setiap hari.

Pernah seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia ni sempit. Dah usaha macam-macam. Semua cara dah buat. Hati pun resah dan rasa nak marah jer..kenapa?

Menurut Ustaz Ebit Lew, 

“Saya beri 2 kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dan jaga solat. Sebelum mula kerja solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah dulu..”

Antara contoh berita suami menggembirakan hati isteri seperti memberikan kejutan walau dengan perkara kecil.

PELAKON Izreen Azminda berkongsi pengalaman, terkejut apabila menerima sejambak bunga ros pemberian suami tercinta, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, tahun lepas(2018). Izreen atau nama sebenar Izreen Azminda Aznam, 33, berkata kejutan dibuat suaminya itu dianggap romantik, apatah lagi ia adalah kali pertama dirinya mendapat bunga daripada lelaki.

“Allahuakbar, ingatkan ada penyangak depan rumah tekan loceng banyak kali. Tetapi kalau nak merompak takkan tekan loceng pula kan.

“Buka pintu terus nampak bunga. Tidak sangka pula orang itu (suami) seromantik ini. Berkurun saya tak pernah merasa dapat bunga. Selalu tengok dalam TV (televisyen) saja.

“Kalau berlakon pun babak hero bagi bunga boleh kira dengan jari. Tidak menjangka hari ini betul pula (dapat bunga),” tulisnya menerusi laman Instagram miliknya.

Dalam nada berseloroh, Izreen berkata, dia berasa seperti heroin dalam drama 688 episod.

“Apa pun, terima kasih suami dan saya cintakan awak walau apa pun terjadi. Terharu pula. Terima kasih, terima kasih, terima kasih,” katanya dalam nada gembira.

Izreen dan Radzi yang juga pemuzik bebas bernikah pada 8 Ogos tahun 2017.

Izreen Azminda Aznam (lahir pada 30 Ogos 1985) atau lebih popular sebagai Izreen Azminda  merupakan pelakon, pelawak dan pengacara tv dari Malaysia. Beliau pernah menyertai pertandingan Dewi Remaja dan telah berlakon dalam beberapa buah drama, telefilem dan filem. Izreen dilahirkan pada 30 Ogos 1985 dan berasal dari Kangar, Perlis. Beliau mempunyai Diploma Kewartawanan Integratif dari Institut Media Integratif Malaysia (MIIM).

Pada tahun 2012, Izreen telah bernikah dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Muhamad Riza.] namun perkahwinan mereka tidak kekal lama. Akhirnya pada tahun 2014, Izreen sah bercerai dengan suami beliau. Hasil perkongsian perkahwinan terdahulu, beliau mempunyai seorang anak lelaki yang dilahirkan pada tahun 2013 yang diberi nama Muhammad Adrian Umar.

Beliau merupakan pengacara bagi rancangan Mahligai Cinta Musim Ketiga  dan rancangan Layar Kasih di TVi dan RTM.

Izreen juga merupakan antara 10 peserta rancangan Gempak Superstar yang bermula pada April 2016. Namun, tersingkir pada minggu keempat bersama Raja Ilya. Sebelum ini, Izreen pernah mengambil bahagian dalam pertandingan Dewi Remaja 2005/06 yang turut disertai oleh Intan Ladyana, Scha Al-Yahya, Zara Zya.

Semoga hubungan mereka berkekalan & tabah menghadapi liku-liku rumahtangga. Amin.

sumber : https://www.hmetro.com.my

Kredit: celotehsaje

Article Lain

“Buat kali Ke-2, saya dikejutkan dengan pemberian hadiah yang sungguh tidak ternilai tingginya!”- Azrinaz Mazhar Dapat Hadiah Istimewa Dari Brunei

Bagi wanita jelita dan cantik yang bernama Azrinaz Mazhar ini, laluan hidupnya ada naik dan turun namun rata-rata ramai yang melihat hidup Azrinaz ini sangat membahagiakan. Azrinaz juga di katakan di kurniakan sepasang cahaya mata yang makin membesar. Hari ini, Azrinaz juga tidak sendirian lagi apabila baru sahaja mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pilihan hati.

Setelah beberapa tahun hidup sebagai wanita solo, Azrinaz memilih tarikh 1 Mei lalu sebagai hari bahagia buat dirinya dan juga suami. Ramai yang tidak sangka dalam diam Azrinaz sudah punya seseorang yang istimewa memandangkan sebelum ini  tidak pernah ada khabar angin bertiup tentang hubungan cintanya dengan sang suami itu.

Image result for azrinaz mazhar menangis

Lebih membahagiakan, beberapa hari sebelum majlis akad nikah, Azrinaz memuat naik satu status di akaun Ig miliknya. Dalam posting itu, dia memanjatkan rasa syukur tidak terkira kerana telah mendapat hadiah yang cukup bermakan dari seseorang dari Brunei yang sangat baik hatinya. Hadiah itu adalah satu saluran air yang di wakafkan kepada penduduk sebuah kampung yang di huni oleh mangsa Rohingya.

Dalam posting itu lagi, Azrinaz menyatakan ia adalah hadiah yang di berikan kepada dirinya buat kali kedua. Cuba anda bayangkan jika saluran air itu di gunakan sehingga hari kiamat, tetap pahala yang akan dapat pada Azrinaz akan terus mengalir bagaikan air tersebut kerana wakaf itu di lakukan atas namanya.

Kali ke dua

Kata Azrinaz lagi,“Syukur kepada Allah SWT kerana saya sentiasa dikelilingi insan2 berhati mulia. Buat kali kedua, saya dikejutkan dengan pemberian hadiah yang sungguh tidak ternilai tingginya daripada hambaNya yang tidak dikenali.

Bina di perkampungan Cox Bazaar, Bangladesh 

Pembinaan paip air yang diletakkan atas nama saya sendiri bertempat di perkampungan Cox Bazaar, Bangladesh bersebelahan madrasah untuk kegunaan mangsa pelarian Rohingya. MasyaAllah what did I do to deserve this?

Saya doakan insan yang tinggi amalannya ini diberkati, dimurahkan rezeki seperti limpahan air dari paip yang dibinanya dan dilindungi dunia akhirat”.

Azrinaz Mazhar(@azrinazmazharhakim)

Masyallah… another noble act from His servant to be precise from Brunei, she was instrumental in edifice the water tube for the benefit of Rohingya refugees in Cox Bazaar, Bangladesh next to the Madrasah.

To my pleasant suprise, she decided to put my name beside the water tube. A very noble act and thought from her to do that, without my knowledge plus I play no part in the project (including financial) •

And this is my second time getting a priceless surprise gifts in putting my name for #sadaqahjariah To whoever you are, no words can describe my Syukur, I know that Allah SWT will keep you safe and will repay your generous and kindness to the humanity. I will always pray for you now and hereafter. #notashowoffpost #justanappreciation 

Syukur kepada Allah SWT kerana saya sentiasa dikelilingi insan2 berhati muliaBuat kali keduasaya dikejutkan dengan pemberian hadiah yang sungguh tidak ternilai tingginya daripada hambaNya yang tidak dikenali. Pembinaan paip air yang diletakkan atas nama saya sendiri bertempat di perkampunganCox Bazaar, Bangladesh bersebelahan madrasah untuk kegunaan mangsa pelarian Rohingya.

MasyaAllah what did I do to deserve this? Saya doakan insan yang tinggi amalannya ini diberkati, dimurahkan rezeki seperti limpahan air dari paip yang dibinanya dan dilindungi dunia akhirat 

Pendek kata,ramai yang juga turut tumpang syukur melihat pemberian yang sangat indah tersebut.Idea ini sangat bagus sebenarnya apabila kita mahu menghadiahkan sesuatu yang bermakna buat seseorang.

Betul tak? Ia akan jadi ladang pahala yang tidak putus-putus dan bekalan besar di akhirat kelak.Allahuakhbar!

Sumber: Akaun IG Azrinaz

Kredit: celotehsaje

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *