Admin ni sebenarnya dah tak tahu nak beri komen apa dah kalau ada isu berkaitan Suhaimi Saad ni. Terdahulu, kecoh sekejap isu penyanyi nasyid ni nak buat seminar keibubapaan kepada pengikut setianya. Tapi kali ini lain pulak ceritanya.

Ingin sentiasa up-to-date dengan isu-isu semasa, Suhaimi nampaknya telah memberi komen mengenai berita keracunan gas kimia yang berlaku di Pasir Gudang baru-baru ni. Namun komen Suhaimi ni bukan mengundang simpati, malah amarah pulak dari kalangan netizen. 

Korang baca lah sendiri ye apa yang ditulisnya… 

 

“Vaksin bukanlah segala-galanya. Allah Maha Kuasa. Makhluk tak ada Kuasa” 

Menerusi postingnya di Facebook, Suhaimi telah mengaitkan isu vaksin dengan keracunan gas metana di Pasir Gudang.

Sumber: Facebook

Admin agak, tujuan disebalik posting ini adalah untuk memberitahu bahawa suntikan vaksin itu tidak membawa apa-apa makna pun kerana manusia masih boleh alami keracunan gas kimia walaupun sudah mendapat suntikan vaksin yang kononnya boleh mencegah pelbagai penyakit.

Macam manapun pendirian Suhaimi mengenai isu ni… admin rasa, apa yang dia cakap ni sangat tak masuk akal!

 

“Apa kaitan vaksin dengan gas?? Kau ingat vaksin tu macam serum super soldier yang cucuk kat Cap America ke” 

Kalau korang dah mula menyumpah di dalam hati lepas baca posting kat atas tu, bayangkanlah perasaan netizen yang lain sekarang! Posting yang telah mendapat 1.2k shares ini memperoleh hampir 80% kata-kata kecaman daripada netizen.

Kebanyakannya tak faham kenapa Suhaimi perlu kaitkan isu keracunan gas dengan vaksin.Apa kena mengena pulak sakit kena racun gas dengan tak suntik vaksin kan?

Sumber: Facebook

 

“Jauhkanlah keturunanku dari kebodohan yang tak boleh diajar” 

Ternyata statement yang dikeluarkan Suhaimi atau dikenali sebagai Mosus ni hanya membuatkan orang ramai memandangnya sebagai ‘tak masuk akal’ atau dalam erti kata lain, sengaja menampakkan diri sendiri ‘bodoh’. Kesian…

Sumber: Facebook

Buat penduduk di Pasir Gudang, endahkan je lah kata-kata si Mosus ni. Kita doakan semoga dia sedar akan kesalahannya satu masa nanti.

Sumber:lobakmerah

Kredit: menujukebenaran

Article Lain

“Bagaimana Nak Lahirkan Anak Sendiri” – Ibu & Bayi Mati Lepas Ikut ‘Tutorial’ YouTube Cara Lahirkan Anak

Macam mana moden pun dunia sekarang, masih ada lagi orang-orang yang suka ‘jaga tepi kain’ dan pandang serong dengan wanita atau remaja yang mengandungkan anak luar nikah.

Kerana stigma sosial ini jugalah yang mendorong wanita ini untuk melahirkan anaknya dengan hanya menonton beberapa video tutorial di YouTube.

Menurut hindustantimes, pada Ahad lalu, seorang wanita berusia 26 tahun ini cuba untuk lahirkan anak seorang diri di rumah sewanya. Malangnya, wanita dan bayinya mati semasa proses kelahiran.

Darah mengalir keluar dari pintu bilik

Gambar Hiasan

Lebih menyayat hati, mayat wanita dan bayinya hanya ditemui pada hari Isnin iaitu sehari selepas kematian mereka. Itu pun disedari selepas jiran wanita malang ini terlihat darah mengalir dari pintu biliknya.

Menurut pegawai polis Cantonment, Ravi Rai, jiran yang terkejut melihat darah itu, terus memberitahu tuan tanah mengenai perkara itu.

“Tuan tanah, Ravi Upadhyay telah pecah masuk ke dalam bilik tersebut dan menemui mayat wanita ini terbaring bersama bayinya. Gunting, pisau, benang dan jarum juga ditemui berdekatan dengan mayat.

“Ravi terus menelefon polis dan mayat wanita dan bayi telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat. Telefon pintar wanita ini mendedahkan yang dia sedang menonton video ‘how to deliver baby by self’ dan video-video cara kelahiran selamat yang lain di YouTube.

“Takut dengan sosial stigma buatkan wanita ini cuba lahirkan anak sendiri”

Gambar Hiasan

Ravi Rai juga menambah yang wanita malang ini cuba untuk lahirkan bayinya sendiri kerana “takut dengan sosial stigma yang sering dikaitkan dengan ibu yang lahirkan anak sebelum berkahwin”

Mengikut cerita, wanita ini dikatakan telah menyewa rumah sewa ini 30 hari sebelum insiden berlaku. Tindakan itu dilakukan supaya dia berada jauh dari keluarganya yang dikatakan menetap 300km dari tempat kejadian itu.

Selepas kejadian, polis menghubungi keluarga wanita terbabit dan emengesahkan wanita ini masih belum berkahwin. Bagaimanapun, mereka enggan memberikan apa-apa keterangan bertulis kepada pihak polis.

Pengajarannya, kita sebagai manusia perlu membantu orang dan beri sokongan kepada yang memerlukan, lagi-lagi pada keluarga dan teman rapat. Lagipun, mesti ada cerita disebalik kesusahan orang lain, jadi siapalah kita nak judge mereka kan?

Kredit: lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *