Tak ada siapa yang suka kalau kena pecat, lagi-lagi sekarang ni susah nak cari kerja kan? Biasanya, reaksi paling teruk kalau kena pecat paling-paling marah dengan majikan tak pun nangis sorang-sorang tepi bucu katil.

Tapi, kisah ni memang betul-betul next level! Seorang lelaki dari Malaysia yang bekerja di Singapura  buat keputusan untuk bunuh boss-nya guna pisau kerana marah dipecat kali kedua.

Ceritanya macam ni, menurut World Of Buzz, Pada 11 Mac lepas, Yu Jinman, 23 tahun telah diberitahu oleh majikan dan pengarah syarikat, Lin Xinjie yang dia perlu diberhentikan dari jawatannya di Jiji Singapore, sebuah syarikat menjual barangan runcit secara online kerana masalah disiplin.

Kalau korang nak tahu, ini bukan kali pertama dia diberhentikan dari kerjanya sebaliknya dah dua kali, disebabkan marah, Yu telah pergi berjumpa dengan bekas majikannya ini di pejabat pada waktu tengahari dan menyerangnya beberapa kali menggunakan pisau dapur.

Sumber: China Press

Dalam keadaan tegang ini, Lin sempat menyambar pisau kecil untuk mempertahankan dirinya, tapi terlambat.

Pada masa yang sama, seorang lagi pengarah syarikat Li Mingqiao kebetulan ada di pejabat dan ternampak kejadian tersebut. Jadi dia dengan beraninya bergegas ke tempat kejadian dan cuba untuk hentikan serangan Yu, malangnya dia juga mengalami kecederaan parah.

Tak cukup dengan itu, Yu cuba untuk bunuh diri dengan mengelar dirinya beberapa kali, bagaimanapun tindakannya dapat dihentikan oleh polis.

Ketika polis tiba di tempat kejadian, mereka menjumpai Lin terbaring di atas lumuran darahnya dan disahkan mati di tempat kejadian, manakala Li telah dikejarkan ke hospital dan kini dalam keadaan stabil.

Lin Xinjie | Sumber: China Press

Di dalam temubual bersama The Straits Times, bapa Lin menceritakan yang Yu telah bekerja dengan Jiji Singapore selama lebih kurang lima tahun.

“Ketika pertama kali dipecat, dia telah merayu untuk diberikan peluang kedua dan Lin mengalah. Tapi, prestasi kerjanya tetap tak berubah dan menjejaskan operasi syarikat, jadi Lin buat keputusan untuk pecatnya sekali lagi.”

Bapa Lin berkata lagi, walaupun dia telah bekerja selama empat ke lima tahun, etika kerja Yu semakin menurun sejak dua tahun lalu kerana dia sering mengambil cuti dan ponteng kerja tanpa sebab.

Jiji Singapore akan ditutup buat sementara waktu manakala Yu kini berada dalam tahanan polis dan telah dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Jadi, salah diri sendiri lah kalau dah bagi peluang pun masih buat hal. Tak pasal-pasal majikan dia jadi mangsa.

Kredit: lobakmerah

Article Lain

Lagi seminggu majlis nikah Afifi dijemput ilahi 8gambar

Kota Bharu : Lagi seminggu majlis nikah Afifi dijemput ilahi 8 gambar. Hanya mengucap panjang mendengar berita ini, keluarga sebelah pihak perempuan amat berduka cita apabila bakal adik ipar mereka pergi buat selamanya dijemput ilahi kemalangan semalam.

Salah seorang bakal kakak ipar mangsa berkata pihak lelaki serta adik perempuan mereka sudah mengedarkan kad jemputan majlis perkahwianan mereka hujung bulan ini.

Baju pengantin mangsa telah dijahit oleh bakal kakak ipar mangsa, Kakak ipar mangsa amat terkilan kerana tidak sempat menyerahkan baju melayu tersebut dilihat mangsa,baju tersebut akan dipakai dimajlis akad nikah pada 21 march ini.

Dalam pada itu Harian Metro melaporkan bakal pengantin maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh jentera bomba di persimpangan lampu isyarat Batu 4 Jalan Kuala Krai di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, petang tadi.

Dalam kejadian 6.05 petang tadi, Muhammad Afifi Amiri Mohamad Nawawi, 28, dari Tendong, Pasir Mas meninggal dunia di lokasi kejadian selepas parah di kepala.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tunjong Pegawai Bomba Kanan 1 Zainal Fitri Husain berkata, jentera bomba yang menyalakan lampu kecemasan dan siren ketika itu menghala ke Ketereh selepas menerima panggilan kecemasan berhubung satu kejadian kemalangan jalan raya.

“Sebaik tiba di lokasi, lampu isyarat sudah bertukar warna hijau dan kenderaan lain di hadapan jentera mulai bergerak.

“Apabila jentera ingin membelok ke kanan, sebuah motosikal dari arah bertentangan tiba-tiba merempuh di bahagian kiri menyebabkan penunggangnya terjatuh,” katanya ketika ditemui hari ini.

Mayatnya dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk proses bedah siasat.

Difahamkan, mangsa akan berkahwin pada 30 Mac nanti dan dikatakan sudah mula mengedar kad jemputan perkahwinannya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Paling memilukan arwah memuat naik status mengenai sembahayang jenazah dilaman sosialnya pada pagi sebelum kejadian, tidak disangka dia akan dijemput ilahi pada petang itu.

Semoga keluarga Afifi tabah dengan dugaan ini dan tunang arwah terus kuat. Al fatihah.

Kredit: accidentportal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *