KL – Pembuangan sisa toksik tidak terawat, berisiko menghasilkan tindak balas kimia seperti keba karan dan letu pan, sekali gus mengancam persekitaran dan nya wa manusia serta hidupan lain

Demikian penjelasan dari Pensyarah Kimia di Pusat Pengajian Sains Kimia (PPSK) Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Mohd Rizal Razali.

Beliau berkata, sisa toksik yang mengandungi bahan ki mia seperti Benzene dan Hydgrogen Cya-nide misalnya, amat berbahaya apabila bertindak balas dengan bahan kimia lain atau pun jika disentuh.

“ Hydrogen Cya nide adalah bahan yang sering digunakan dalam industri besi, dan merupakan bahan kawalan yang diguna untuk buat bom juga, sebab ia boleh membunuh (poisonous), ia cepat meresap.

“ Pendedahan kepada Benzene dalam tempoh berpanjangan pula boleh menyebabkan kanser, kerana sifatnya yang karsinogenik (penyebab kan ser). Bahan seperti ini sudah lama tidak digunakan di makmal penyelidikan,” katanya ketika dihubungi Bernama. – Sinar Harian

Lelaki Ini Bawa Keluarga Dia Keluar Dari Pasir Gudang Dengan Segera

Kisah dibawah dipetik dari laman facebook Zulkhairie Khodir . Beliau menceritakan kenapa beliau bawa keluarga beliau keluar dari Pasir Gudang selepas kejadian pencemaran kimia terjadi.

Malam tadi adalah waktu untuk aku sekeluarga bergegas keluar dari daerah Pasir Gudang ini. Harus pantas.

” Seriuslah kes ini. Pencemaran kimia yang melibatkan gas Cya nide bukan biasa biasa boss!

” Dahulu ketika Perang Dunia I, gas Cya nide digunakan sebagai senjata kimia bermula dari tahun 1916 sehingga 1918.

” Kemudian pada Perang Dunia II, pihak Na zi Jerman gunakan gas ini untuk buat pembu nuhan manusia beramai ramai (genocide) yang dipanggil Final Solution.

” Para pegawai atasan dan pengintip mereka pun dibekalkan dengan tiub kaca berbentuk pil mengandungi cecair Cya nide yang mesti digunakan bila mereka ditawan oleh pihak musuh.

” Masukkan dalam mulut dan gigit untuk patahkan tiub kaca itu. Mati terus serta merta. Terkilan pihak Tentera Berikat (baca: musuh) nak korek rahsia daripada mereka. Haa macam itulah.

” Bagi aku yang pernah study Kejuruteraan Kimia dulu, perkataan “Acrylonitrile” bukanlah pertama kali aku dengar. Projek final year kami pun ada yang buat plant (kilang) bahan kimia ini.

” Sisa buangan daripada penghasilan Acrylonitrile inilah datangnya si Cya nide tu.

” Kalau hangpa nak tahu inilah komponen utama dalam bahan kimia yang dibuang dalam Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Gila betul kan siapa yang buang ini?

” Nak bagitau sifat gas Cya nide ini pula, ia akan menghalang sel darah membawa oksigen dalam badan.

” Tambahan pula ia lebih ringan daripada udara maka sangat cepat menyebar.

” Kesan dari terhidu gas kimia ini bukan sahaja akan nampak dalam masa sekarang, malah dalam tempoh 2 hingga 5 tahun akan datang weihhh.

” Ia boleh jadi penyebab utama kepada kanser paru-paru (lung cancer).

” Sahabat warga Pasir Gudang,

” Aku rayu kalian keluarlah dari kawasan bencana ini. Pergi ke daerah lain yang lebih selamat. Buat sementara waktu sahaja.

” Ini bukanlah kes biasa seperti banjir kerana ia adalah melibatkan udara yang pasti kita sedut untuk bernafas dan kita tak nampak dan bau gas ini.

” Senang nak bagi faham macam ini:

” Kalian anggaplah macam sebiji bom nuklear dah meletup kat Pasir Gudang, dah tu nak tunggu apa lagi?

” Semoga Allah lindungi kita semua dari bencana ini.

” Sebarkan agar semua ambil tindakan segera demi keselamatan bersama.

” Rata rata bersetuju dengan tindakan Zulkhairie Khodir membawa keluarga beliau. Tidak perlu untuk mengambil risiko.

” Samada dakwaan beliau ada benar atau tidak, belum dapat kepastian dari pihak berkenaan. Status beliau mendapat 2100 perkongsian sejak beliau kongsikan di laman sosial 2 jam yang lepas.

Sumber

Kredit: rimbabara

Article Lain

Bomba Telah Mengenal Pasti Punca Pencemaran Sisa Toksik Sungai Kim Kim Dan Untuk Membersihkannya Perlukan Kos Yang Tinggi

IPOH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) percaya insiden gelombang kedua pencemaran sisa toksik yang berlaku di Johor Bahru adalah disebabkan pergerakan tiupan angin selain cuaca panas di kawasan berkenaan, kata Ketua Pengarahnya Datuk Mohammad Hamdan Wahid.

Beliau berkata bagaimanapun, pihaknya telah mengenal pasti bahawa sistem pengudaraan di sekitar kawasan tersebut kembali pulih selepas pemantauan bacaan gas kimia di Sungai Kim Kim yang tercemar itu berada pada tahap selamat.

“Saya difahamkan tindakan untuk membersihkan sungai tersebut daripada sisa toksik memerlukan kos yang sangat tinggi kerana ia merupakan kerjasama bersepadu antara agensi kerajaan dan syarikat swasta yang mempunyai kepakaran membersihkan sungai itu secara keseluruhannya.

“Oleh itu, kerja-kerja pembersihan di sungai tersebut perlu dilakukan segera bagi mengelakkan lebih ramai lagi menjadi mangsa pencemaran sisa toksik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 melibatkan 146 pegawai dan anggota JBPM Negeri Perak di sini hari ini.

Pada Khamis lepas, seramai 1,400 pelajar sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Putih dan Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Puteh diarah mengosongkan kawasan sekolah apabila beberapa pelajar mengalami sesak nafas, muntah dan pengsan selepas terhidu gas dipercayai daripada bahan kimia yang dibuang ke dalam sungai berkenaan.

Cuaca panas, tiupan angin punca gelombang kedua pencemaran sisa toksik
Setakat ini, seramai 1,400 pelajar sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Putih dan Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Puteh diarah mengosongkan kawasan sekolah apabila beberapa pelajar mengalami sesak nafas, muntah dan pengsan. – Gambar fail

Dalam perkembangan lain, Mohammad Hamdan berkata punca kebakaran sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, di sini pada 20 Feb lepas akan diketahui tidak lama lagi.

Katanya siasatan yang dilakukan oleh pasukan forensik telah menemui beberapa bukti mengenai punca sebenar berlakunya kebakaran itu yang telah meragut enam nyawa.

“Saya percaya hasilnya akan dikeluarkan tidak lama lagi kerana indikatornya sudah ada, sudah ada bukti-bukti tertentu tetapi kita ‘zoom in’ untuk memastikan punca sebenar berlakunya kebakaran,” katanya.

Dalam kejadian itu, enam termasuk tiga warga asing maut dalam kebakaran di tingkat empat sebuah bangunan di sini yang berlaku kira-kira pukul 5.40 pagi.

Sumber : Astro Awani

8 sebatian kimia berbahaya di Sungai Kim Kim
PASIR GUDANG: Lapan sebatian kimia berbahaya disahkan dibuang di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Antaranya ialah metana, hidrogen klorida, acrylonitrile, acrolein, benzene, toulene, xylene and limonene.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, berkata semua sebatian kimia berkenaan ditemui selepas Jabatan Kimia menganalisis secara lebih terperinci sampel air Sungai Kim Kim, khususnya di kawasan sisa kimia berbahaya berkenaan dibuang.

Anggota bomba pada Ahad lalu mengambil sampel air dan kesan bahan kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang. – NSTP/Izlaily Nurul Ain Hussein

“Perincian sisa bahan kimia berbahaya masih lagi dilakukan bagi mengetahui secara menyeluruh kandungan sebatian kimia yang dibuang kerana masih ada sebatian yang masih belum dikenal pasti.

“Setakat ini, lapan sebatian kimia berbahaya berkenaan sudah dikenal pasti dan kita tunggu ujian selanjutnya.

“Limonene contohnya digunakan dalam proses paralisis (pengasingan atau menghancurkan) elemen tayar kitar semula dan ada juga sebatian kimia berkenaan yang digunakan sebagai pelarut organik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas taklimat bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah JAS Johor, Datuk Dr Mohammad Ezzani Mat Salleh.

Sementara itu, Bee Yin berkata, JAS akan memeriksa lanjut sebanyak 252 industri berhampiran Sungai Kim Kim bagi menyiasat sama ada terdapat sampel sisa kimia berbahaya di dalam sungai berkenaan yang sepadan dengan apa yang diproses di kilang.

Katanya, ia bagi mengelakkan dalang yang bertanggungjawab membuang sisa kimia itu terlepas daripada didakwa dan diambil tindakan.

“Kita juga akan memasang lebih banyak alat mengesan gas di beberapa altitut ketinggian berbeza di sekitar kawasan pencemaran bagi memantau bacaan kualiti udara setiap masa.

“Ia bagi membolehkan langkah pencegahan awal diambil sebelum gas kimia berbahaya merebak lebih jauh dengan faktor cuaca, terutama hujan dan angin kencang, ” katanya.

Sumber : Berita Harian

Kredit: kualalumpurviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *