Mana-mana insan atas dunia ni dituntut untuk berbuat baik kerana kebaikan kita tu akan jadi pahala yang akan membantu kita di akhirat kelak. Pahala ni pulak akan jadi lebih besar kalau kebaikan yang kita buat tu dipanjang-panjangkan oleh orang lain.

Menerusi perkongsian di Twitterseorang cikgu Add Math ni dikatakan telah mendapat pahala berpanjangan kerana banyak membantu pelajar tak kiralah semasa dia hidup atau kini apabila sudah tiada lagi…

“Dia telah meninggalkan lebih 100 (video) topik Add Math di Youtube untuk pelajar Form 4 & 5”

Menurut posting tersebut, Cikgu Hayati atau nama penuhnya Hayati Aini Ahmad ialah seorang tutor di Youtube dan baru saja meninggal dunia tak lama dulu.

Namun contribution arwah terhadap pelajar SPM di Malaysia ni sangat berharga apabila dia meninggalkan lebih 100 video tutorial penyelesaian masalah Add Math untuk rujukan semua. 

“Sejak 2017, arwah fighting dengan cancer. Syurga buatmu cikgu” 

Meskipun ramai tidak mengenali Hayati, admin sempat membuat researchsikit pasal arwah yang seterusnya membawa kepada revelation yang sebenarnya Hayati ni sudah mula buat tutorial video Add Math semenjak tahun 2017 lagi.

Dia pada asalnya memang seorang guru tetapi dia dapat cuti sakit kerana menghidap kanser tahap 4. Namun arwah nampaknya tak berputus asa.

Sumber: Facebook

Dia masih mahu berikan yang terbaik untuk anak muridnya dengan mula mengajar menggunakan Digital Ink dan kongsikan bahan pengajaran di Facebook dan Youtube. Menteri terdahulu, Dato’ Seri Mahdzir Khalid pun pernah puji Cikgu Hayati ni.

Sumber: Twitter

 

“Al fatihah untuk cikgu ni yang tinggalkan sesuatu yang berharga untuk kita kongsi bersama” 

Rata-rata netizen yang membaca kisah cikgu ini berasa terkesan dengan pengorbanannya sebagai seorang guru. Ramai berharap netizen di luar sana sebarkan video-video yang dibuat arwah untuk kegunaan masa depan.

Sumber: Twitter

Terharu admin dengan semangat yang diperoleh arwah ni. Walaupun sakit masih bersemangat untuk mengajar student SPM. Bagi yang ambil Add Math tu, subscribe lah video Cikgu Hayati ni dan sebarkan kepada mereka yang memerlukan. Al Fatihah… 

Kredit: lobakmerah

Article Lain

“Apa Sedapnya Ar@k?” – Allahu Akbar! Lihat Jawapan Padu Adam Corrie Lee

Adam Corrie, seorang selebriti yang telah melakukan penghijrahan meninggalkan ag@ma lamanya untuk kembali kepada agama fitrah…

Baru2 ini beliau memuat naik status tentang pengalamannya pernah meneguk minuman yang diharamkan oleh Islam yang menjadi viral di media sosial.

Nari kita lihat apa yang diperkatakan olehnya…

 

Banyak lagi kebvrukan yang tak sampai hati nak saya senaraikan. Jadi jangan libatkan diri dengan ar@k atau sebarang pest@ ar@k.

Saya dulu minum ar@k sebab memang budaya org Cina minum ar@k. Bukan kerana ingin minvm. Tapi kalau org Islam bukan budaya malah ditegaah minvm . HARAMM

Saya berhenti minum ar4k 5 tahun sebelum syahadah krn saya tahu tiada manfaatnya pada diri saya…

 

Statusnya kali ini dilihat sangat relevan dengan kejadian kemalangan oleh pemandu M@BvK yang sudah saban tahun meraggut nyawwa orang yang tidak bersalah.

Di antara faedah yang sangat ketara dalam masyarakat Malaysia hari ini akibat daripada minuman yang dilarang ini ialah sebuah keluarga boleh jadi hvru hara, ada yang telah kehilangan tempat bergantung, anak-anak menjadi yatim piatu dan negara kehilangan penjawat awam yang berdedikasi…

“Apabila Allah sudah beri hidayah pada kita, hargailah ia sebaik mungkin.

“Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau jadikan hati Kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada Kami & kurniakanlah kepada Kami rahmat dari sisi Engkau; kerana Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (kurnia)”

“Memang sukar untuk terus istiqamah buat baik. Itulah perlunya mujahadah (berjuang dengan bersungguh-sungguh dengan syariat),” tulisnya.

Adam berkongsi perkara tersebut di Instagram miliknya.

Beliau kongsi tips bagaimana untuk kekal istiqamah berbuat baik selepas menerima hidayah.

“Kalau kita masih lemah ketika baru terima hidayah atau apabila dilanda ujian, cari kawan yang boleh bantu kita sama-sama berada di landasan yang betul.

“Pergi majlis ilmu. Jauhkan seketika dahulu kawan-kawan yang boleh pengaruh kita kepada buat perkara yang tidak elok.

“Kalau kita dah kuat.. boleh dekati dan ajak mereka buat kebaikan. Percayalah.. Allah sayang kita.. tapi kita bersangka-sangka dengan Allah. Kuatkan ikatan kita dengan Allah dulu.

Sumber : FB ADAM CORRIE

Kredit: celotehsaje

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *