“SEPATUTNYA suami berada di Masjid Al Noor untuk Solat Jumaat hari ini tetapi disebabkan kekangan kerja, dia terpaksa menunaikan solat di pejabat sahaja.

“Mujur, kejadian tem bakan berlaku ketika suami tiada kerana kebiasaannya, dia akan berada awal di masjid itu sementara menunggu masuk waktu solat,” kata rakyat Malaysia yang menetap di Christ church, New Zealand, Nor Aida Baharudin, 48.

Menurut Nor Aida, ketika kejadian dia sedang berniaga trak makanan di pusat bandar sebelum menerima panggilan daripada suami, Japi Zin Sulaiman, 52 dan empat anaknya.

Kata Nor Aida, mereka memintanya mengemaskan barang-barang dan kembali ke rumah dengan segera kerana serangan berkenaan.

Katanya, dia terkejut dan tidak percaya serangan itu boleh berlaku kerana rakyat New Zealand sememangnya terkenal dengan sikap ramah dan mereka juga melayan pelancong dengan baik.

“Selama lebih 18 tahun berhijrah ke sini, ini kejadian paling buruk pernah kami lalui.

“Kejadian itu dianggap yang terburuk dalam sejarah New Zealand dan ia turut diakui oleh Perdana Menteri, Jacinda Arden,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Pengusaha agensi pelancongan itu berkata, sehingga kini, suami dan anak perempuannya masih berada di pejabat serta universiti kerana pihak berkuasa tidak membenarkan mereka pulang sehingga keadaan selamat.

Katanya, Masjid Al Noor terletak di kawasan Riccarton iaitu kira-kira 12 kilometer dari kediamannya.

“Masjid itu adalah yang terbesar di Christ church dan menjadi tumpuan umat Islam di sini untuk menunaikan solat Jumaat dan solat lima waktu lain.

“Ia juga menjadi tumpuan rakyat Malaysia yang berada di sini ,” katanya menambah terdapat kira-kira 300 rakyat Malaysia yang berada di Christ church termasuk pelajar.

Menurut Nor Aida lagi, ketika ini semua premis pentadbiran dan sekolah diarahkan ditutup sementara keadaan di sahkan selamat.

Selain itu, penduduk Christchurch juga diarahkan untuk berada di rumah masing-masing dan mereka mengikuti perkembangan semasa menerusi laporan televisyen.

“Ramai anggota keselamatan berada di jalanan untuk mengawal keadaan dan penduduk tidak dibenarkan keluar rumah.

“Apapun, saya dan suami masing-masing saling berhubung dengan keluarga serta rakan-rakan di Malaysia untuk memaklumkan perkembangan terkini kerana mereka turut risau dengan apa yang berlaku.

“Keadaan ketika ini masih terkawal dan berharap rakyat Malaysia turut mendoakan keselamatan kami semua yang berada di sini,” katanya.

Sementara itu, dua insiden tem bakan dilaporkan berlaku di dua masjid di bandar raya itu pada 1.45 tengah hari Jumaat (waktu tempatan).

Seorang saksi berkata, dia melihat seorang lelaki memasuki Masjid Al Noor dan mendengar puluhan das tem bakan dilepaskan.

Tiada kenyataan rasmi mengenai jumlah mang sa yang terbu nuh dikeluarkan kerajaan New Zealand, namun difahamkan seorang rakyat Malaysia turut terkena tem bakan rambang itu.

Sumber: Hmetro Online

Kredit: kualalumpurviral

Article Lain

Motif Sebenar Mengapa Lelaki Ini Menye rang Masjid Didedahkan

Christchurh: Seorang lelaki yang dipercayai penye rang di dua buah masjid di bandar ini memberitahu dia melakukan serangan itu bagi mengurangkan jumlah pendatang asing dan sebagai membalas dendam terhadap rempuhan trak Stockholm, Sweden pada 2017.

Lelaki warga Australia berusia 28 tahun yang menggunakan nama Brenton Tarrant di Twitter turut menyiarkan sera ngan itu secara langsung di media sosial.

Sebelum masuk ke masjid dan melepaskan tem bakan terhadap jemaah yang sedang bersolat jumaat, penyerang itu turut memandang kamera sekali gus mendedahkan wajahnya.

Lelaki itu turut memuat naik 73 muka surat yang mengandungi alasan mengapa dia melakukan keganasan itu.

Memperkenalkan diri sebagai lelaki kulit putih biasa yang lahir dalam keluarga kelas pekerja dan berpendapatan rendah, suspek memberitahu dia memutuskan untuk mempertahankan masa depan orangnya.

Katanya, dia juga mahu membalas dendam atas kema tian seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Ebba Akerlund yang terbvnuh dalam sera ngan rempuhan trak di Stockholm pada 2017.

Tarrant mendedahkan, dia sudah merancang serangan itu sejak dua tahun lalu dan tiga bulan lalu dia memutuskan untuk menyasarkan masjid di Christchurch.

Maklumat awal

Polis mengesahkan seorang lelaki ditangkap tidak lama selepas serangan itu tetapi tidak dipastikan sama ada suspek adalah lelaki dalam video berkenaan.

Maklumat setakat ini mengenai perkembangan Traagedi Solat Jumaat Christchurch, New Zealand:
Dua rakyat Malaysia, seorang bapa dan anak menjadi maangsa serangan

Bapa cedera dan berada dalam keadaan stabil, manakala anaknya yang berusia 17 belum diketahui statusnya

Insiden tem bakan rambang mensasarkan dua masjid, masjid Al Noor dan masjid Linwood di Christchurch

Terkini, jumlah kema tian 49 orang

Maklumat awal mengenai penyerang: berkulit putih, dipercayai berusia 30-an atau 40-an dan ekstremis berhaluan kanan

Datuk Bandar Christchurch, Lianne Dalziel menyifatkan situasi masih aktif dengan pihak berkuasa mengawal semua masjid

4 individu, seorang lelaki dan tiga wanita telah ditahan

PM New Zealand menyifatkan serangan sebagai ‘hari paling gelap buat NZ’
Polis telah meminta pengguna media sosial untuk tidak berkongsi video yang dipercayai menunjukkan salah satu penembakan dalam butiran grafik.

Jumlah korban dalam kejadian sera ngan pengga nas di dua buah masjid di New Zealand meningkat kepada 49 orang.

Pihak berkuasa New Zealand memberitahu, lebih 20 orang lagi dilaporkan cedera akibat ditem bak dan kini dirawat di hospital.

Angka kema tian juga dijangka meningkat kerana ramai mangsa yang cedera itu berada dalam keadaan kritikal.

Penye rang bersenjatakan raifal automatik menyerbu dua buah masjid yang penuh dengan jemaah sebelum melepaskan temba kan rambang.

Lelaki warga Australia berusia 28 tahun yang menggunakan nama Brenton Tarrant di Twitter turut menyiarkan serangan itu secara langsung di media sosial.

Polis Australia mengesahkan empat orang ditangkap kerana disyaki terbabit dalam sera ngan itu.

sumber: hmetro via rimbabara

Kredit: kakitular

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *