Kuala Lumpur : Ber4khir sudah der1ta k4nser mu wafa 5 gambar. Pelakon filem Azizah The Legend, Wafa Abdul Kadir meninggal dunia di kediamannya lebih kurang pukul 1.10 pagi tadi.

Allahyarham mengidap kanser peritoneal, sejenis kanser yang jarang berlaku.

Pada Sabtu 2 Mac lalu, Allahyarham dibawa dengan ambulan ke Institut Kanser Negara (IKN) dan dikatakan berada di dalam keadaan tenat serta memerlukan penjagaan rapi.

Pada 7 Mac bersamaan hari Khamis, Allahyarham Wafa dibawa pulang ke rumah dari IKN oleh ahli keluarganya.

Allahyarham Wafa meninggal dunia di dalam keadaan tenang di samping suami dan ahli keluarga.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail pada pukul 10:00 pagi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum Zohor.

Tiap kali saya bersama Kak Long, saya akan buat lawak, saja nak buat dia tersenyum. Kak Long akan gelak melihat dan mendengar keletah saya. Selalu dia kata ‘tak senonohnya budak’ 😁. Saya tidak kisah asalkan Kak Long senyum atau gelak seketika sungguhpun buat beberapa saat. Di depan Kak Long, saya lurutkan airmata saya ke dalam hati, tidak mahu saya biarkan Kak Long lihat tangis saya, tidak mahu saya buatkan Kak Long lihat saya risau dan berhati galau – Ras Adiba Radzi

Sebelum ini media melaporkan dugaan berturut-turut yang menimpa pelakon veteran Malaysia, Wafa Abdul Kadir amat berat sekali. Bagaimanapun, beliau tetap kelihatan ceria.

Pada tahun 2013, beliau terpaksa menjalani pembedahan bagi membetulkan tulang lehernya setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Selepas itu, beliau disahkan pula menghidap barah ovari dan kini, disahkan menghidap barah peritoneal, sejenis barah yang jarang berlaku.

Menurut pelakon berusia 52 tahun itu, di laman Facebooknya, penyakit-penyakit yang dihidapinya itu bagaimanapun, mendekatkan dirinya dengan Tuhan, malah tidak pernah berasa kesal akan semua cobaan yang menimpa dirinya.

Astro Awani melaporkan bahawa Wafa tidak berani mencuba perubatan alternatif kerana pernah mencuba rawatan sedemikian sehingga berasa serik.

Oleh demikian, beliau kini sekadar makan mengikut saranan doktor dan pakar pemakanan meskipun tiada selera makan.

“Kalau tak dipaksa makanan masuk ke mulut, saya akan jadi lebih lemah. Cuma saya terus amal memakan madu dan habatus sauda dan beberapa makanan yang sesuai untuk saya,” kata Wafa dalam laporan itu lagi.

Semoga rohnya tenang disana dan keluarga nya tabah berakhir lah sudah penderitaan hidupnya. Al fatihah.

Kredit: accidentportal

Article Lain

Trage di solat Jumaat Chr iistchurch: Rahimi dedah teknik yg dia guna yang menyebabkan dia selamat

RAKYAT Malaysia, Rahimi Ahmad yang dikatakan hilang selepas terlibat dalam insiden tembakan rambang di sebuah masjid di Christchu urch, New Zealand dilaporkan selamat.

Menurut rakan Rahimi yang tidak ingin dikenali, Rahimi hanya mengalami kecederaan selepas berpura-pura matii ketika pengganas melepaskan tembakan di dalam ruang Masjid Al Noor.

“Rahimi tercedera tetapi dia berpura-pura matii,” kata rakannya.

Terdahulu, isteri Rahimi yang hanya dikenali sebagai Azila berkata kepada media tempatan bahawa kelibat Rahimi tidak kelihatan susulan tragedi.

Rahimi yang berasal dari Pulau Pinang bersama-sama keluarganya telah menetap di Christchurch selama lima tahun.
Indahnya Islam, Lelaki Pertama Yg Di temb ak, Sempat memberi Ucapan Ini
nsiden yang berlaku di Christchurch hari ini merupakan satu tragedi bagi umat Islam. Seluruh dunia kini sedang berduka dan mendoakan keselamatan mereka di New Zealand.

Namun, disebalik kekecohan ini, seorang pengguna Facebook, Aziz Helou telah memberi penekanan tentang satu perkara indah yang berlaku disebalik keganasan ini.

Indahnya Islam, Lelaki Pertama Yg Di temb ak, Sempat memberi Ucapan Ini kepada

Menurut Aziz, perkataan terakhir dikeluarkan oleh muslim pertama yang ditembak adalah “hello brother”. Walaupun ketika itu senapang sedang diacu ke arahnya dia tetap tenang dan ikhlas menyapa ‘pengganas’ tersebut. Ya Allah, moga dia ditempatkan ke syurga-Mu.

“Perkataan ini diucapkan oleh seorang lelaki bersimbolkan Islam. Walaupun senapang diacukan kepadanya dengan niat jelas untuk membunuh, apa reaksinya? Marah? Aggresif? Tak, dengan ucapan penuh lembut dan ikhlas “hello brother”.

Mungkin wira ini cuba untuk redakan situasi ini? Mungkin Allah swt menggunakan lelaki ini untuk tunjuk pada dunia tentang kelembutan Islam.

Saya tak tahu tapi apa yang saya mahukan adalah untuk pastikan perkara ini tak hilang dari pandangan semua. Iaitu perbuatan terakhir lelaki ini adalah perbuatan yang melambangkan Islam, cara yang ikhlas, berani dan lembut untuk menghentikan keganasan dan bukan menyemarakkannya lagi.

Semoga Allah swt memberikan hero ini dan kesemua mangsa-mangsa syurga yang tertinggi. Ameen.”

Allah, mulia betul tindakan lelaki ini. Moga kita semua dikurniakan keberanian seperti ini jika ditakdirkan suatu hari nanti kita berdepan dengan situasi seperti ini. Al-fatihah kepada semua mangsa tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand.

Admin juga mohon pada semua untuk tak sebarkan video tembakan rambang yang berlaku. Sebaliknya kita sebarkan kebaikan seperti ini supaya ia menjadi inspirasi untuk kita semua.

sumber: astroawani, lobakmerah

Kredit: gnews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *