Machang : Tragedi pilu tiga sekeluarga 8 Gambar.  Tidak disangka oleh si ibu yang dia akan kehilangan 3 orang sekaligus insan yang dirinya sayang.

“Anak bongsu memaklumkan kepada saya bahawa dia mahu menjadi anak syurga selepas kami solat Maghrib berjemaah, semalam,” kata Laila Mohd Zazali, ibu kepada Nur Amna Nafeesa Mohd Azni, 5, yang maut dalam kemalangan Kilometer (KM) 1.9 Jalan Machang – Pasir Puteh, dekat simpang Pejabat Tanah Machang, Machang, malam tadi.

Dalam kemalangan 9.50 malam membabitkan motosikal, bas dan lori itu turut mengorbankan suami Laila, Mohd Azni Mohd Zakri, 34, dan anak sulung mereka, Muhammad Aryan Ziqri, 7.

Laila, 31, berkata, suami dan anak-anaknya pergi ke klinik berdekatan dengan menaiki motosikal Demak selepas solat Isyak kerana anak sulung mereka demam dan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Batu 25, mereka terbabit kemalangan.

Katanya, kebiasaan mereka keluar dengan kereta Perodua Kancil pada waktu malam, namun kenderaan itu mengalami kerosakan bateri sejak dua hari lalu.

Menurutnya, tidak sampai satu jam dia mendapat perkhabaran suami dan anak-anak terbabit dalam kemalangan pada 10 malam selepas dimaklumkan oleh adiknya, Zulkar, 29.

“Saya terkejut mendengar berita itu dan bergegas ke lokasi kejadian. Saya seperti tidak percaya melihat orang tersayang yang ditutup dengan kain batik terbaring di atas jalan.

“Saya hanya mampu menangis kerana kehilangan suami dan anak-anak dalam masa serentak,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan, di Machang.

Terdahulu jenazah tiga beranak itu selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakat, di sini, pada 7 pagi, hari ini.

Laila berkata, sebelum kejadian suaminya yang ceria dan banyak bercakap, tiba-tiba menjadi pendiam.

“Manakala, dua anak menjadi lebih manja apabila meminta saya meriba mereka,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Machang Asisten Superintendan Mohd Shamsuri Mohd Zain berkata, kejadian berlaku apabila bas ekspres yang dalam perjalanan dari arah Machang ke Pasir Puteh untuk menghantar penumpang ke Jerteh, Terengganu melanggar belakang motosikal yang ditunggang tiga beranak itu yang datang dari arah Machang untuk membelok ke kanan.

“Kejadian itu menyebabkan tiga beranak terbabit tercampak ke atas jalan bertentangan, lalu datang lori yang bergerak dari Pasir Puteh menghala ke arah Machang, melanggar ketiga-tiga mangsa.

“Akibatnya mangsa maut di lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 9.50 malam itu, tiga beranak yang menunggang dan membonceng motosikal maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Asisten Superintendan Mohd Shamsuri Mohd Zain, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu tapi maklumat lanjut mengenai mangsa belum diperoleh.

Difahamkan, motosikal yang dinaiki mangsa bergesel dengan bas menyebabkan tiga beranak berkenaan terjatuh sebelum mangsa dilanggar oleh lori yang datang dari arah belakang.

Mangsa yang berasal dari Kampung Kolam Abu, di sini, dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, apa yang berlaku sungguh memilukan,semoga isteri mangsa tabah dengan apa yang berlaku dia kehilangan suami dan dua anak sekaligus. Al fatihah.

Kredit: accidentportal

Article Lain

Aiman terbujur dijalan Y15 rempuh kereta 6gambar

Tumpat : Aiman terbujur dijalan Y15 rempuh kereta 6 gambar. Kegembiraan seorang pelajar yang akan menduduki Spm tahun ini menunggang motosikal Yamaha Y15 kesayangan bertukar tragedi apabila diri nya meninggal dunia bila terlibat dalam kemalangan malam tadi.

Pelajar tingkatan Lima itu maut selepas motosikal yamah Y15 yang ditungganginya merempuh kereta di Chabang Empat, Tumpat, semalam.

Dalam kejadian 10.15 malam, mangsa, Nur Aiman Hakim Khairul Anuar, 17, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Pengkalan Kubor ingin pulang ke rumahnya di Kampung Delima, Wakaf Bharu.

“Sebaik tiba di lokasi, sebuah kereta memberikan isyarat untuk membelok ke kanan sebelum menghentikan kenderaannya.

“Semasa ingin membelok, mangsa yang berada di belakang tidak sempat mengelak dan terus melanggar kereta terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, mangsa yang parah pada kepala serta patah tangan kiri meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu kereta berusia 16 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Salam takziah…Al fatihah … Duo pupu excident cabe 4 ..
Semoga tabah Nurr Hisyam II dan keluarga dlm menghadapi ujian ini.

Al fatihah buat Adik Nur Aiman Hakim ,Arwah Kemalangan dicabang 4..dekat pintu gerbang pas..brhampiran skolah arab…kejadian kol 10 mlm tadi..Semoga Arwah adik Aiman ditempatkan dalam golongan orang2 yg beriman.-IRDK

“Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fuanhu”. Ya Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, Ya Allah tempatkan dia di kalangan orang-orang yang beriman.. Al Fatihah -Muhammad ZiqRiey

Alfatihah Nur Aiman . Semoga ditemptakan dalam golongan beriman . Sedih & terkejut dgn pemergian arwah ..Semoga tenang disana -Dalilah Aisyah

Apa yang berlaku mengudang pilu memandangkan arwah amat dikenali dan rapat dengan kawan-kawannya, semoga keluarga nya tabah. Al fatihah.

Kredit: accidentportal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *