PAKAR Perubatan F0rensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi memberitahu mahkamah bahawa kesan kecederaan pada anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim bukan yang lazim dilihat pada kes m4ngsa ditendang, dipuvkul dan ditvmbuk.

Saksi ke-24 inkues itu berkata, ia berdasarkan laporan bedah siasat dilakukannya pada 18 Disember 2018.

“Selain itu, tiada apa-apa kecederaan pada muka, kepala, abdomen dan anggota bawah yang padan dengan cedera dipukul atau mempertahankan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali inkues, Hamdab Hamzah pada hari ke-16 inkues kem4tian Muhammad Adib di Mahkamah Koroner Shah Alam, hari ini.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bert4rung ny4wa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di IJN. Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad. Sumber harian metro.

Artikel Berkaitan: Tulang rusuk Adib tertusuk paru-paru

PAKAR Forensik Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberitahu Mahkamah Koroner di Shah Alam, hari ini, bahawa hujung tulang rusuk Muhammad Adib Mohd Kasim, 24, yang patah tertusuk paru-paru kanan anggota bomba itu.

Saksi ke-24, Dr Ahmad Hafizam Hasmi berkata, beliau menemukan sedemikian selepas melakukan bedah siasat terhadap Muhammad Adib, 1 pagi pada 18 Disember tahun lalu di HKL.

“Hasil pemeriksaan terhadap dalaman dada Muhammad Adib menemukan pelbagai kesan kecederaan, otot dada kanannya lebam kemerahan, tulang sternum tidak patah dan tulang rusuk patah.

Selain itu, tulang rusuk ketiga si m4ti patah tiga, tulang rusuk keempat patah dua serta tulang rusuk kelima patah dua,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Hamdan Hamzah di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.

Terdahulu, Dr Ahmad Hafizam memberitahu mahkamah bahawa m4yat Muhammad Adib diterima HKL pada 12.36 tengah malam, pada 18 Disember tahun lalu.

Dalam prosiding itu, saksi sama memberitahu mahkamah, pemeriksaan lain dilakukan mendapati tulang tengkorak dan dasar tengkorak Muhammad Adib tidak pecah dan otak m4ngsa juga berwarna kehijauan.

HAMDAN : Otak si m4ti kehijauan?

DR AHMAD HAFIZAM : Otak kehijauan ini adalah disebabkan sejenis ubat, ‘Methylene Blue’ yang diberikan sewaktu Adib dirawat di Institut Jantung Negara (IJN). Kebiasaannya otak manusia biasa tidak berwarna hijau. Ubat ini adalah satu daripada ubat diberikan kepada Adib ketika dia dirawat.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van EMRS Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rvsuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di IJN.

Sumber harian metro

Kredit: kakitular

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *