Sandakan : Tersepit dimyvi perjalanan akhir seorang suami 10 gambar. Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sandakan maut dalam kemalangan di Jalan Beluran-Telupid, berhampiran simpang Ladang Berkat Setia, Beluran, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Laskar Kelas Satu Maritim, Muhammad Nazrin Tarmidi, 26, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di badan.

Difahamkan, mangsa yang memandu Perodua Myvi dalam perjalanan dari arah Telupid menuju ke Sandakan bersama lima penumpang iaitu isteri dan anak serta tiga lagi anak saudaranya.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi, kenderaan mereka bertembung dengan sebuah lori 10 tan menyebabkan mangsa tersepit di bahagian pemandu sebelum dikeluarkan oleh sepasukan anggota bomba.

Mangsa lain yang berusia lingkungan antara dua hingga 20-an dilaporkan cedera ringan selepas dikeluarkan oleh orang awam dan bomba.

tersepit-dimyvi-perjalanan-akhir-seorang-suami-10gambar

tersepit-dimyvi-perjalanan-akhir-seorang-suami-10gambar

tersepit-dimyvi-perjalanan-akhir-seorang-suami-10gambar

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Rastam Keladi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.08 petang dan seramai lapan anggota bersama sebuah jentera dikejar ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba mendapati satu kemalangan jalan raya membabitkan lori bertembung dengan sebuah Perodua Myvi yang dinaiki enam individu.

“Anggota bomba mengeluarkan pemandu yang tersepit sebelum disahkan meninggal dunia. Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, difahamkan jenazah diterbangkan dari Lapangan Terbang Sandakan ke Negeri Sembilan sebelum dikebumikan di Gemas di tempat kelahiran beliau, hari ini.

Permergian arwah Nazrin mengundang pilu insan-insan yang mengenali nya yang disifatkan mereka sebagai seorang yang sangat baik dan disenangi ramai.

Al-Fatihah Buat Kawan Nazrin Sanji Yang Telah Pergi Buat Selamanya.Sedekahkan Al-Fatihah Buat Arwah.Semoga Arwah Ditempatkan Dikalangan Orang² Yang Beriman.Amin..Ramai Kawan Satu Sekolah Yang Pergi Diusia Muda😢 1993-2019 -Muhammad Nazrin

Tenang la kau dsana sahabat Nazrin Sanji… smoga sgala urusan bawa pulang jenazah mu terbang ke negeri sembilan d permudahkan.. amin2..
Al Fatihah.. 😢😢-Kodil Nin

Semoga isteri arwah anak cepat sembuh dan roh nya tenang disana, tiada lagi suami disisi isteri dan ayah disisi anak. Al fatihah.

Kredit: accidentportal

Article Lain

Sikecil maut kenari papa dirempuh mercedes 8gambar

Johor Bahru : Sikecil maut kenari papa dirempuh mercedes 8 gambar. Semalam mereka sekeluarga begitu gembira bercuti bersama, Mohamad Nirzaudy Haiqal,29, membawa keluarga nya bercuti sekitar Johor Bahru sambil merakam gambar kenangan dan memuat naik kelaman sosial isterinya.

Nama malam tadi mereka sekeluarga telah terlibat kemalangan bila perodua kenari yang dipandu Nirzaudy bersama isteri nya Nur Izzati,22, anak sulung mereka Nur Auliya Maisara,2, serta anak kecil mereka Nur Aaliya Inara,10 bulan di rempuh sebuah kereta mewah jenis mercedes benz.

Dalam kejadian itu Nur Auliya Inara berusia 10 bulan maut selepas Pkereta dilanggar dari belakang menyebabkan kenderaan itu berpusing sebelum terbalik di tengah jalan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, awal pagi tadi.

Mangsa meninggal dunia akibat cedera parah di kepala manakala bapanya berusia 29 tahun yang memandu cedera parah di badan, kepala dan kaki.

Ibu mangsa berusia 22 tahun turut cedera parah di badan, kaki dan muka manakala anak perempuan sulung pasangan itu yang berumur dua tahun cedera ringan di kaki.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, Nur Auliya Inara Mohamad Nirzaudy Haiqal yang berada di tempat duduk penumpang hadapan meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA), selepas kereta dinaiki keluarga itu dilanggar Mercedes E250 dari arah belakang di lorong sama.

sikecil-maut-kenari-papa-dirempuh-mercedes-8gambar

sikecil-maut-kenari-papa-dirempuh-mercedes-8gambar

sikecil-maut-kenari-papa-dirempuh-mercedes-8gambar

Katanya, siasatan mendapati dalam kejadian jam 1 pagi itu, Perodua Kenari dinaiki empat beranak itu dipercayai dari Stulang Laut menghala ke rumah di Taman Tampoi Utama.

“Apabila tiba di Jalan Lingkaran Dalam (menghala ke Skudai), Mercedes E250 dari arah belakang di lorong sama melanggar Perodua Kenari itu.

“Akibat pelanggaran, pemandu Perodua Kenari hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan terlanggar batu pembahagi jalan menyebabkan kereta berpusing sejauh kira-kira 30 meter sebelum terbalik di antara lorong kiri dan kanan jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahurinain berkata, bayi itu meninggal dunia di Wad Kecemasan HSA.

“Bedah siasat akan dijalankan ke atas bayi perempuan itu kira-kira jam 9.30 pagi ini di Jabatan Forensik, HSA.

“Bapa dan ibu mangsa masih dirawat di Zon Merah HSA.

“Kakak mangsa yang juga penumpang belakang hanya luka ringan di kaki kiri,” katanya.

Beliau berkata, ujian air kencing ke atas pemandu lelaki Mercedes E250 berusia 43 tahun itu menunjukkan keputusan negatif dari semua jenis dadah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semoga papa dan mama serta kakak arwah baby Inara cepat sembuh disebabkan kecuaian orang lain keluarga mereka menjadi mangsa.Al fatihah.

Kredit: accidentportal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *