Nilai : Abi tunggu sayang disyurga ajal bakal pengantin 6gambar Perjalanan seorang lelaki dari kampung nya di Jeram Selangor ke tempat kerja nya di Johor Bahru berakhir dengan tragedi apabila motosikal yang ditunggang nya terlibat kemalangan diperjalanan itu.

Mangsa yang merupakan operator kren maut apabila motosikal ditunggang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 280.4, Lebuhraya PLUS, arah selatan, berhampiran Plaza Tol Nilai, semalam.

Dalam kejadian 7 malam itu, mangsa, Mohammad Rizal Mazlan, 25, menunggang Naza Blade 250 bersendirian.

Apa yang berlaku mengudang pilu tunang arwah Dayang Siti Sharmila yang tidak sangka apa yang menimpa tunang nya.

Mereka telah mengikat tali pertunangan dan bakal berkahwin, arwah juga pernah merancang untuk menetap dikampung nya di Jeram Selangor selepas mereka diijabkabulkan nanti setelah lama berkerja ditempat orang jauh dari keluarganya.

Namun segala hasrat dan keinginan arwah yang dirancang bersama tunang nya tidak kesampaian bila arwah dijemput ilahi diperjalanan ketempat kerja di Johor Bahru.

Sayu luahan tunang arwah ” Sayang Tunggu abi siap mandi kat luar ni.. Lepas tu kita balik kampung sesama ye abi.. Dah janji nak balik kampung sesama, sayang teman abi ye..tapi kita balik sesama ngn mak ayah mommy sama babah dgn Kwn2 lain, semuanya mengiringi abi.

abi-tunggu-sayang-disyurga-ajal-bakal-pengantin-6gambar

abi-tunggu-sayang-disyurga-ajal-bakal-pengantin-6gambar

abi-tunggu-sayang-disyurga-ajal-bakal-pengantin-6gambar

Bismillah.. Assalamualaikum Abi, syg hati tak kuat tapi Cuba juga gagah kan diri.. Harini abi pergi tinggalkan syg, aqil ngn izaz serta keluarga kita.. Sebulan abi planning nak pindah selangor duduk ngn mak dekat ngn ayah Di kampung.. Sayang tak pernah larang sbb abi lama duduk berjauhan dengan keluarga.. Sayang akur, abi juga selalu kata esok2 kita dah nikah sayang pindah ikot abi balik selangor, ya’allah tak sabar rasanya saat tu.. Tapi segala angan2 impian kita sayang simpan b. Sbb abi pergi dulu tinggalkan sayang.. Ya’allah, engkau maha mengetahui isi hati aku.. Sesungguhnya Cinta tiada ganti, dia Cinta hatiku pergi buat selamanya.. Berjurai airmata tiada henti sakitnya abi sakitnya syg..sekian Lama sayang tunggu abi utk disatukan (ijabkabul) tapi Allah beri ujian buat kita lagi, kita tempuh pelbagai ujian sepanjang kita Kenal Sampai kita tunang, harini Allah ambil abi dari sayang.. Allah lebih sayangkan abi.. Menaggis aqil b.. Dengar abah dia tiada ”

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, lelaki itu dari rumahnya di Jalan Hj Ibrahim, Jeram, Selangor menuju ke Johor Bahru.

Setibanya di lokasi, motosikal itu hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di sebelah kanan.

“Mangsa tercampak dan maut di lokasi kejadian. Pihak kami menerima panggilan orang awam mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi,” katanya.

Mohd Nor Marzukee berkata, mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, dan dibedah siasat hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semoga tunang arwah dan keluarga tabah dengan apa yang berlaku hanya jasad nya akan kembali kekampung kelahiran nya untuk disemadikan.Al fatihah.

Kredit: accidentportal

Article Lain

Doa buat baba arwah baby inara kritikal di ICU 8gambar

Johor Bahru : Doa buat baba arwah baby Inara kritikal di ICU 8 gambar. Bapa kepada bayi perempuan berusia 10 bulan yang maut bila perodua kenari mereka dirempuh sebuah Mercedes Benz E250 dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Lingkaran Dalam, awal pagi tadi kini kritikal di ICU.

Mohamad Nirzaudy Haiqal,29, kini bergantung penuh dengan mesin bantuan pernafasan di ICU Hospital Sultanah Aminah (HSA) bila degup jantung nya telah terhenti.

Ini diluahkan adik beliau melalui laman facebooknya nya yang mengudang pilu netizen dalam kejadian semalam Nirzaudy isteri nya Nur Izzati,22, parah anak bongsu pasangan ini meninggal dunia manakala anak sulung cedera ringan.

Luahan sayu adik Nirzaudy, ” Saya sebagai adik kandung kepada keluarga abang saya yg terlibat dalam kemalangan semalam ingin mewakili untuk meminta maaf sekiranya diantara mereka ada membuat salah atau silap kepada anda,dan jikalaw diantara mereka ada hutang yg blum dilunas kan. Boleh memberi tahu kami / sekeluarga. InshaAllah kami akan usaha dan iktiar untuk selesai kan. InshaAllah.

Kerana kami sekeluarga tidak sanggop melihat mohamad Nirzaudy Haiqal (abg saya) bertarung nyawa di zon kritikal dan telah berhenti dugupan jantung nya beberapa saat .lalu doc tpaksa mengguna kan mesin penafasan untuk membantu beliau supaya terus bertahan. kini ditukar kan ke wat ICU (KRITICAL) sehingga kini masih koma dan tidak sedar kan diri. Dia Seolah-olah sedang berperang menentukan hidup dan mati. Begitu jga dengan akak ipar saya Wan Nur izzaty bertarung nyawa di wat ICU koma kerana pendarahan terlalu teruk.

1Namun kami bersyukur ke hadrat ilahi kerana akak ipar saya sudah sedar kan diri hari ini. Tetapi yg membuatkan kami tidak sanggop melihat apa bila sejurus beliau sedar kan diri . Terus membukak telapak tangan kiri dan cuba menyampai kan sesuatu melalui tangan kiri seperti surat lalu tangan kanan seperti pen untuk menulis ‘Didi’ (sisuami) dimana?. Kemudian ‘Loya’ (anak sulung nya) Dimana? Dan ‘inara’ (anak kedua) dimana?
Kami sekeluarga terus tunduk lalu berdiam kan diri sambil air mata tidak mampu berenti membasahi pipi. YaAllah sungguh berat dugaan yg kaw terima kak.

doa-buat-baba-arwah-baby-inara-kritikal-di-icu-8gambar

doa-buat-baba-arwah-baby-inara-kritikal-di-icu-8gambar

doa-buat-baba-arwah-baby-inara-kritikal-di-icu-8gambar

Loya Al-hamdulillah selamat menjalani pembedahan tengah hari tadi. Akibat kaki nya yg dihempap kereta. Inara!!! Tunggu pak ude dekat syurga ye sayang. . Pak ude tak kan lupa kan senyuman anak syurga. Belum sempat naufal na bermain lari2 dengan awak. Awak dah tinggal kan kami semua😭. Inara meninggal ditempat kejadian akibat pendarahan dikepala kerana terpelanting dari kereta hingga ke bawah flyover . Sungguh menyayat hati kami sekeluarga. Kami menyayangi arwah bagai kan menatang minyak yg penuh. Bukan kata jentik. Malah nyamok yg cuba menggigit arwah pun kami cuba mengambil bukan tepuk sepaya arwah tidak terkejut ataw sakit. Apatah lagi melihat arwah terpelanting keluar kereta!!! . Sungguh kejam!! LIHAT LAH PEMBUNUH INARA. Kerana mengguna kan kenderaan import. Rasa hebat . Rasa gagah. memecut laju tanpa menghirau kan pengguna jalan raya yg lain. Hingga melibat kan KEMATIAN anak kecil yg tidak bersalah dan tidah tahu apa2. SUNGGUH KEJAM. Anda melihat kereta abg saya yg di langga. Abg saya memandu sekitar 80km.
Berapa laju SIPEMBUNUH inie mamandu lalu merempuh kereta abg saya? Sehingga arwah terpelanting dari dalam kereta lalu jatuh ke pembahagi jalan sebelah ( bawah flyover)?.
Hanya Allah yg tahu perasaan kami sekeluarga. Allahu .

Dan dalam masa yg sama. Saya dan keluarga ingin ucapkan ribuan trima kasih kepada hero dan heroin yg telah membantu menganbil arwah inara ditengah jalan lalu hantar ke HSA mengguna kan kenderaan sendiri. Dan yg telah menyelamat kan loya dari tersepit dihempap kereta. Hanya Allah dapat membalas budi dan jasa baik hero dan heroin loya dan arwah inara. Semoga ada sejuta kebaikan untuk kalian amin.
Semoga abg saya cepat sedar dan sihat seperti sedia kala. Begitu juga dengan akak ipar saya. Amin ya robbal alamin. Loya cepat sihat ya. Nanti boleh main gelongsor dengan naufal dekat rumah pak ude. Jom ramai sedekah kan Al-fatihah untuk anak syurga inara😇.

*Semoga Pembunuh Arwah Dapat Hukuman Setimpal Dengan Perbuatan . Supaya Tiada Lagi Mangsa Jalan Raya Lain Terbunuh ! – Mohamad Nirzuannudin Anuar ”

Apa yang berlaku mengudang pilu semoga Nirzaudy terus kuat isteri nya dan anak mereka Maisra,2, kini semakin stabil selepas koma, Al fatihah buat arwah anak bongsu mereka Baby Auliya Inara.

Kredit: accidentportal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *