Baru-baru program berbasikal Kayuhan Langkawi RHB yang berlangsung di Dataran Marmar, Langkawi telah menarik penyertaan bukan sekadar rakyat tempatan malah juga selebriti tanah air turut ikut serta.

Antara yang menyertai program tersebut adalah penyanyi tersohor iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Menteri Belia Dan Sukan Datuk Siti Nurhaliza. Apa yang mencuri tumpuan adalah kedua-dua mereka berjaya menamatkan kayuhan yang meliputi jarak sejauh 72km.

Sebaik acara berakhir, status yang dimuat Syed Saddiq telah menjadi tumpuan ramai. Berikut adalah status beliau yang dimuat naik di Twitter beliau;

” Completed 72km for RHB-Langkawi in 2hours and 52minutes.

” Hilang penat & sakit bila jumpa @CTNurhaliza11

” Will be at Le Tour De Langkawi next with the Prime Minister..”

Rata-rata netizen memuji Syed Saddiq yang patut dijadikan contoh sebagai seorang menteri muda yang bijak mendekati golongan muda dengan cara tersendiri

” Well, i believe saddiq is a menteri yg buat konsep “lead by example”. As a sports minister, he needs to get involved as much as he can. So yeah. He do sports..”

” Syokk cip terbaikk lps ni boleh kayuh2 sambil sampaikan sumbangan mcm raja muda perlis dan dr.maza selalu buat..”

Tokti juga curi tumpuan ramai

Sementara itu penyanyi kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza hari ini mencuri tumpuan ramai apabila turut menyertai program berbasikal Kayuhan Langkawi RHB di Dataran Marmar, Langkawi, pagi ini.

Dalam acara ini, Siti melakukan kayuhan untuk kategori Warisan dengan mengelilingi pulau itu dengan jarak sejauh 72km.

Pelantun lagu Anta Permana ini telah berjaya menamatkan kayuhan pada jarak tersebut dalam masa tiga jam, 13 minit dan 30 saat, sekali gus berada di tempat ke-22 daripada 1000 peserta.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Siti mendedikasikn medal yang dimenangi itu kepada cahaya mata kesayangannya, Siti Aafiyah.

“ Alhamdullillah medal ni untuk anak ibu tau. Banyak kenangan nak mendapatkan dan menghabiskan kayuhan 72km ni anak ibu oiii.

“ Mula-mula ibu nak masuk 25km saja, iyalah fun ride la kann. Lepas tu satu team kata alang-alang dah sampai Langkawi, jom kayuh sampai 72km..Whattttt!!! Dah lah tak pernah lebih 50km, berangan nak 72km.

“ Berbekalkan semangat dan bantuan trainer saya #faizboh, saya kuatkan semangat,” luah Siti.

Tokti terjatuh sampai luka lutut

Dalam pada itu, kata Siti lagi, sebelum memulakan kayuhan dia telah terjatuh sehingga menyebabkan lututnya luka. Bagaimanapun, Siti tetap bersemangat meneruskan acara dan berjaya menamatkan kayuhan dengan baik.

“ Apa yang best sekali pagi tadi sebelum berlepas, saya dah ‘jatuh bodo’. Lukalah lutut. Macamanalah boleh jatuh, padahal dah berhati-hati sangat. Tak apa tebalkan muka, semangat punya pasal.

“ Berlepas saja, hati dah dup dap dup dap. Takut jatuh lagi. Tapi tapi Alhamdullillah, Allah pelihara sepanjang jalan. Terima kasih sahabat saya @aiza_mokhtar yang bagi semangat suruh masuk 72km dan habiskan.

“ Sambil kayuh, sambil istigfar, sambil bising bila nak habis ni. Yang sebenarnya ibu kayuh sambil pikir Aafiyah kat bilik nak susu, Aafiyah nak susu. Itu yang buat ibu kayuh lagi laju tau Aafiyah,” kongsi Siti.

Selain Siti, kategori Warisan turut disertai Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : sinarharian dan twitter Syed Saddiq

Kredit: rimbabara

Article Lain

Roslan Salleh Dedah Kenapa Dia Kini Meniaga Dendeng Walaupun Masih Dapat Tawaran Berlakon. Tak Sangka Ini Puncanya

Sejak gambarnya menjual daging dendeng tular di media sosial baru-baru ini, ramai juga netizen yang mempersoalkan adakah pelakon veteran Roslan Salleh masih mendapat tawaran berlakon.

Ini kerana filem terakhirnya yang masih ‘segar’ adalah filem Munafik 2. Gempak sempat menghubungi Roslan atau lebih mesra dipanggil Pak Lan untuk mengetahui perkembangannya kini.

Menurut Pak Lan, dia kini masih menunggu dua lagi filem untuk ditayangkan dalam masa terdekat iaitu filem Perjanjian Anak Setan dan satu lagi merupakan filem terbitan Datuk A. Aida.

Kesihatan tidak mengizinkan

” Namun setakat itu saja saya mampu berlakon. Selepas ini, mungkin akan berkurang sebab kesihatan saya tidak lagi mengizinkan.

” Memang banyak tawaran tapi itulah kesihatan saya yang tidak menentu buat saya kurang bertenaga. Faktor usia mungkin,” katanya.

Menurut Pak Lan, antara penyakit dialaminya termasuklah kencing manis, tekanan darah rendah serta pernah mengalami jangkitan kuman pada paru-paru beberapa tahun lalu.

Jika mahu membeli daging dendeng Pak Lan, anda boleh lakukan carian ‘Warung Hijau Rojak Sotong’ di aplikasi Waze atau Google Maps. Jika mahu memesannya secara atas talian anda boleh terus WhatsApp ke nombor 0173250843.

Sebelum ini tular Roslan Salleh jual pisang goreng

Sementara itu sebelum ini kisah Roslan Salleh pernah tular apabila menjalani kehidupan getir apabila terpaksa melakukan pekerjaan menjual kuih-muih dan pisang goreng di kampung halamannya di Aloh Gajah, Melaka untuk menyara keluarga.

” Disebabkan keadaan kesihatan saya tidak pulih lagi serta perbelanjaan yang tinggi kami sekeluarga terpaksa berpindah ke rumah bapa mertua saya di Alor Gajah, Melaka,” ujarnya kepada mStar Online.

Roslan berkata demikian ketika ditanya tentang perkembangannya selepas foto menjual pisang goreng di Melaka tersebar di laman sosial.

Tambah Roslan, biarpun keuntungan hanya RM10 hingga RM30 sehari, namun dia bersyukur sedikit sebanyak dapat membantu menambah perbelanjaan harian keluarganya.

” Pendapatan saya tidak banyak pun kalau dapat RM10 sehingga RM30 sehari pun saya sudah bersyukur.

” Saya kena kuat mental dan fizikal untuk meneruskan kehidupan, kalau saya tidak kuat siapa lagi yang nak tanggung keluarga,” ujarnya yang kini mempunyai seorang isteri dan tiga cahaya mata.

Sementara itu, Roslan yang baharu memulakan bisnes tersebut empat bulan lalu turut mengalami pengalaman pahit apabila dia tidak dibenarkan menjalankan perniagaan dan diberi notis tiga hari supaya berpindah oleh pemilik kedai.

Anggap ada hikmah setiap yang berlaku

Dia menganggap ia sebagai asam garam kehidupan dan yakin ada hikmah dengan setiap perkara yang berlaku.

” Pada mulanya saya tumpang meniaga di sebuah kedai tapi disebabkan saya ingin memohon lesen perniagaan kedai tersebut tidak mahu memberi kerjasama.

“Kedai itu memberi notis tiga hari kepada saya supaya mencari lokasi lain untuk berniaga, saya akui kawasan tersebut agak strategik dan ramai pelanggan tapi nak buat macam mana sudah tiada rezeki lama di situ,” ujarnya.

Tambah Roslan, selain menjual pisang goreng dia juga mengambil upah bertukang secara kecil-kecilan di kawasan kampung berkenaan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : gempak & mstar

Kredit: rimbabara

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *