Serdang : Surah Yasin buat papa Aisyah ajal kemalangan 8 gambar. Seorang pegawai tentera Udara (bersara) maut apabila motosikal yang ditunggang nya terlibat dalam kemalangan pukul 12.05 tengahari semalam di Highway KL-Seremban Exit Bangi UKM ke Tol Bangi semalam.

Mangsa Kapten (B) Mohd Redzuan Mohd Yusof meninggal dunia ditempat kejadian parah impak kemalangan yang menimpa nya.

Apa yang berlaku mengundang pilu keluarga dan insan-insan yang mengenali arwah Redzuan.

Jasad nya di hantar ke Hospital Serdang untuk tindakan lanjut punca sebenar kejadian kini disiasat oleh pihak berwajib sama ada motosikal arwah dilanggar atau hilang kawalan.

Permergian arwah mengejutkan meninggal kan seorang isteri dan 3 orang cahaya mata berusia 6 tahun,3tahun dan 1 tahun yang tinggal di Taman Sri Gombak.

Anak sulung arwah bernana Aisyah berusia 6 tahun kini belajar disebuah Tadika Ukay Perdana.

surah-yasin-buat-papa-aisyah-ajal-kemalangan-8gambar

surah-yasin-buat-papa-aisyah-ajal-kemalangan-8gambar

surah-yasin-buat-papa-aisyah-ajal-kemalangan-8gambar

Innalillahi wainnailaihi roji’un.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fuanhu.

Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat ayahanda Aisyah, Allahyarham Mohd Redzuan bin Mohd Yusof yang telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya, tengahari tadi.

Jenazah akan dikebumikan selepas Isyak di Taman Sri Gombak.

Semoga Allah mengampunkan segala dosa arwah dan menempatkan rohnya di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Semoga Allah memberikan kekuatan dan ketabahan buat seluruh ahli keluarga arwah.

Salam takziah daripada kami, seluruh warga Dzul Iman Ukay Perdana.

Untuk makluman, Aisyah (6 tahun) mempunyai 2 orang adik, yang berumur 3 tahun dan setahun lebih.

Sesi bacaan Yaasin awal pagi tadi buat arwah ayah kepada adik Aisyah.

Semoga sampai pahala bacaan ayat-ayat suci Al-Quran ini kepada roh arwah. – Tadika Aisyah

Paling memilukan guru-guru serta rakan-rakan di Tadika Aisyah membuat tahlil dan bacaan yassin buat arwah papa Aisyah.

Suasana pilu menyelubungi keluarga Aisyah jasad papa nya disemadikan di Taman Sri Gombak.

Alhamdulillah.. Selesai Sudah Pengembumian Sahabat Saya Arwah Saudara Mohd Redzuan Mohd Yusof Tiada Apa Yang Boleh Diceritakan Melainkan Yang Baik² Mengenai Beliau.. Pantang Mintak Tolong SAMPAI.. Itu Lah Dia Arwah.. Betoi Laaa Orang Baik² Ni Kalau Tinggalkan Dunia Ini Akan Juga Meninggalkan Kesan.. TERIMA KASIH Buat Rakan² Yang Berjaya Menghebahkan Pemergian Allahyarham Sejak Jam 1 Tengahari Tadi..Yang Hadir Sungguh Ramai.. Untungnya Sahabatku… Pemergiannya Diiringi Banyak Doa Inshaallah Semoga Allah Memudahkan Semua Perjalanan Beliau Di Alam Barzakh -Azham Jaafar

Semoga mama nya Diyana tabah dengan apa yang berlaku tiada lagi suami dan papa disisi mereka sekeluarga pergi dijemput ilahi ketika keluar mencari rezeki buat keluarga.Al fatihah.

Sumber: accidentportal

Article Lain

Maafkan ibu sayang tragis nya Angah pergi 8gambar

Petaling Jaya : Maafkan ibu sayang tragis nya Angah pergi 8 Gambar. Sebak pilu apa yang berlaku “Tak sangka bunyi dentuman kuat yang saya dengar masa naik tangga di tingkat lima, rupanya-rupanya bunyi anak saya jatuh,” kata Seri Sunarti Sukaji, 47, ibu kepada Khorilsyahrulnizam Che Norizam, 15 yang maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh r​umah mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seksyen 8, Kota Damansara, di sini, semalam.

Seri Sunarti berkata, ketika itu dia baru sahaja pulang dari mengambil anak bongsunya, Siti Norsyafikah,7 dari sekolah berdekatan.

“Lif di sini satu saja dan lambat sebab tu saya naik tangga, lebih cepat. Tapi bila sampai di tingkat lima, saya terkejut dengar bunyi dentuman yang sangat kuat.

“Saya tengok ke bawah, nampak ada orang jatuh dan terlintas di kepala ‘macam seluar Angah’…Masa tu hanya ALLAH saja yang tahu. Saya terus berlari naik ke rumah nak pastikan sama ada anak lelaki saya yang demam ada dalam rumah atau tidak,” katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Katanya, apabila sampai depan rumah, dia terus masuk dan bertanyakan suami, Che Norizam Epon, 48, tentang anak kedua mereka yang dipanggil Angah.

“Suami yang baru lepas mandi beritahu Angah ada di rumah. Saya terus periksa dalam bilik tapi hanya ada selimut. Terus saya ajak suami turun ke tingkat bawah nak pastikan apa yang saya tengok tadi memang betul Angah atau orang lain.

“Bila sampai bawah, terus luluh hati saya tengok keadaan Angah yang berlumuran darah,” katanya.

Menurut Seri Sunarti, anak keduanya itu sudah demam sejak beberapa hari lalu.

Suri rumah itu juga berkata, dia sudah merancang untuk membawa anak mereka ke hospital selepas suami pulang dari kerja semalam tetapi tidak sempat.

Menurutnya, beberapa hari sebelum ini, Angah menolak untuk dibawa ke klinik kerana mengadu tidak larat untuk berjalan tetapi semalam dia bersetuju untuk dibawa ke hospital.

“Memang terkilan tak dapat bawa dia ke hospital dapatkan rawatan….sebelum saya keluar rumah ambil adiknya, dia minta saya buatkan air Milo.

maafkan-ibu-sayang-tragis-nya-angah-pergi-8gambar

maafkan-ibu-sayang-tragis-nya-angah-pergi-8gambar

maafkan-ibu-sayang-tragis-nya-angah-pergi-8gambar

“Saya terus bancuh dan sempat tengok dia minum sebelum keluar. Saya dah pesan minta dia baring di ruang tamu sementara tunggu ayahnya mandi dan kemudian bawa dia ke hospital. Tapi tak sangka ini pula yang berlaku, ” katanya yang turut menyifatkan Angah sebagai anak pendiam tetapi mudah mesra.

Ketika ditanya sama ada Angah mempunyai masalah tertentu, Seri Sunarti berkata, setakat ini, anaknya itu tidak pernah mempunyai masalah dengan sesiapa dan tidak menunjukkan apa-apa tanda yang aneh.

“Saya sendiri pun masih tertanya-tanya macam mana Angah boleh jatuh. Nak lalu atau tengok tempat dia jatuh pun saya rasa takut dan sedih, masih terbayang-bayang keadaan dia,” katanya.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara selepas solat Zohor hari ini.

Sementara itu, jiran mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 30-an berkata, pada mulanya dia menyangka bunyi dentuman kuat itu adalah sampah yang mungkin dibuang dari tingkat atas.

Namun katanya, setelah pergi melihat lebih dekat mendapati mangsa sudah terbaring berlumuran darah.

“Kepala dia dah terkulai dan akak pangku dia. Masa tu dia masih sedar lagi. Adik akak serta seorang lagi anak jiran kami kemudiannya terus bawa dia ke Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Seorang lagi jiran mangsa, Muhd Amin Abdullah,17, memberitahu, sebelum kejadian dia bersama abang sulung mangsa berusia 16 tahun sedang berehat di kawasan gelanggang tidak jauh dari lokasi kejadian selepas bermain futsal, semalam.

“Memang dengar bunyi dentuman tapi ingatkan anak kucing jatuh…lepas tu penduduk riuh kata orang jatuh, terus saya dan abang mangsa pergi tengok.

“Bila tengok, abang mangsa kata itu adik dia…..Saya dan seorang lagi jiran terus bawa mangsa ke hospital sebab dia masih sedar ketika itu,” katanya memberitahu sering bermain futsal bersama mangsa sebelum ini.

Namun katanya, setelah tiba di Hospital Sungai Buloh, doktor kemudiannya mengesahkan mangsa meninggal dunia.

Difahamkan, kes yang sama pernah berlaku sebelum ini melibatkan dua mangsa masing-masing terjatuh dari tingkat 12 dan 14 bangunan sama.

Semoga rohnya tenang disana dan keluarga arwah tabah, kini tiada lagi senyum angah yang disifatkan jiran-jiran seorang yang mudah tersenyum dengan sesiapa pun. Al fatihah.

Sumber: accidentportal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *