Perbincangan akan dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memberhentikan sementara operasi mencari dan menyelamat (SAR), Mohammad Ashraf Hassan,29.

Pemberhentian sementara itu berikutan permintaan penduduk setempat yang mahu operasi itu dihentikan beberapa hari bagi membolehkan mereka melakukan ikhtiar untuk mencari Mohammad Ashraf.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, JBPM akan berbincang dengan polis hari ini bagi menentukan masa sesuai untuk menghentikan sementara operasi itu.

Perbincangan dengan penduduk

“ Penduduk ada membuat permintaan untuk operasi dihentikan sementara, dua atau tiga hari bagi mereka melakukan usaha mencari pula. Hari ini kita akan berbincang mengenai perkara itu dan ia akan diumumkan esok.

“ Pada prinsipnya kita bersetuju untuk penangguhan namun bila dan berapa hari akan diputuskan kemudian di dalam perbincangan yang akan diadakan hari ini,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke pusat operasi bomba di Kampung Pintu Padang, Gopeng, hari ini.

Pada lawatan itu, Zuraida turut menemui ahli keluarga Mohammad Ashraf atau lebih mesra dengan panggilan Acap iaitu ibunya, Siti Maznah Khamis,58; bapa tirinya, Sukar Rashid,57 dan adik beradiknya yang lain bagi memberikan semangat.

Sudah tiba masa beri peluang kepada yang lebih arif ( orang kampung)

Menurutnya, apa yang difahamkan terdapat kes membabitkan orang hilang sebelum ini berjaya ditemui hasil pencarian penduduk kampung dan sudah tiba masanya memberikan peluang kepada mereka yang lebih arif terhadap selok belok kawasan berkenaan.

Menurutnya, setakat ini masih belum ada cadangan untuk memberhentikan terus operasi itu dan operasi masih diteruskan namun agensi yang terbabit dengan SAR perlu memikirkan cara lain yang boleh digunakan bagi menjejak Acap.

“ Mungkin kita akan tengok bagaimana perkembangannya, mungkin ada rezeki Allah, kita akan dipertemukan dengan Acap.

“ Saya berharap keadaan Acap selamat, insyaAllah dan kita terus berdoa memastikan tidak ada apa-apa terjadi pada Acap dan minta keluarga bersabar, keluarga faham ini ujian Allah,” katanya

Penduduk mahu cari sendiri Acap

Penduduk kampung di Gopeng, Perak meminta agar polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang membuat operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mencari Mohd Ashraf Hassan atau Acap menangguhkan operasi tersebut buat sementara waktu.

Penduduk kampung membuat permintaan itu kerana mahu menjalankan operasi mereka sendiri untuk mencari peserta ultra maraton itu yang hilang.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, penduduk kampung berharap agar mereka dibenarkan melakukan pencarian mereka sendiri.

Pernah ada kes sebelum, penduduk berjaya cari guna cara mereka

” Kita diberitahu kes yang sama pernah berlaku sebelum ini. Penduduk kampung berjaya mencari orang yang hilang, menggunakan cara mereka,” katanya kepada pemberita semasa mengadakan pusat operasi SAR Kampung Pintu Padang di Gopeng, pada Selasa.

Zuraida berkata, beliau bersetuju dengan permintaan penduduk kampung.

” Perbincangan antara polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat akan diadakan untuk menentukan bila dan berapa lama kita patut menangguhkan operasi,” katanya.

Mohd Ashraf Hassan hilang semasa menyertai maraton Gopeng Ultra Trail pada 23 Mac lalu.

Operasi SAR kini memasuki hari ke-25.

Zuraida memberitahu, satu keputusan berhubung perkara tersebut akan dibuat pada Rabu.

” Kita semua berharap Acap dapat ditemui selamat,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar & hmetro

Kredit: rimbabara

Article Lain

Terkini, Ibu Acap Mohon Sedekahkan Ayat Kursi Untuk Acap Malam Ini

” Saya minta sangat rakyat Malaysia tolong sedekahkan ayat Kursi untuk Mohammad Ashraf malam ini, sekali pun cukuplah,” demikian permintaan ibu mangsa, Siti Maznah Khamis, 58.

Katanya, dia reda dengan dugaan yang diterima dengan kehilangan anak kelima daripada tujuh adik beradik itu sejak 25 hari lalu.

” Apa-apapun terserah kepada ALLAH SWT selepas kita berusaha berhempas pulas, meredah hutan belukar, menuruni sungai, melalui bukit, gua semua sekali.

” Cukup dah, kami rasa usaha itu sangat-sangat besar untuk mencari anak saya. Di mana noktahnya itu hanya ALLAH yang tahu, kita memang tiada daya dan tidak tahu noktahnya di mana dan kita akan terus berdoa,”

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada lawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin ke Pos Kawalan Bomba di Kampung Pintu Padang di sini, hari ini.

Siti Maznah berkata, keluarganya tidak melupakan usaha sukarelawan di setiap pelosok negara yang turut serta dalam pencarian itu.

” Untuk pejuang dan sukarelawan yang mencari yang kata tidak didendang, saya doakan untuk terus tabah dan bertahan dalam usaha mencari Acap.

” Saya juga mengucapkan terima kasih, tidak terbalas saya dan keluarga atas jasa kepada semua yang susah payah turun melihat dan menyelesaikan keadaan dan meneruskan usaha ini,” katanya.

Katanya, dia turut menafikan dakwaan kononnya anaknya itu pernah hilang semasa menyertai aktiviti lasak sebelum ini.

” Acap tidak pernah hilang, dia sentiasa ada cerita-cerita yang menarik dan cerita yang baik-baik selama dia mengikuti semua sekali aktiviti.

” Baik di Lombok, Indonesia atau Sabah dan dekat mana-mana pun, dia memang baik dan memang suka cerita dan gembira. Bila balik (mendaki) tiada yang cerita sedih,” katanya.

Terdahulu keputusan menghentikan sementara operasi pencarian peserta Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang sejak 23 Mac lalu, dijangka akan diketahui esok.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin berkata, pihaknya menerusi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak akan mengadakan perbincangan bersama PDRM bagi menetapkan tarikh dan tempoh masa yang diperlukan bagi membolehkan penduduk kampung menjalankan usaha menjejaki mangsa.

” Ia adalah permintaan penduduk di sini berdasarkan pengalaman mereka, ada kes orang hilang yang berjaya dikesan dan minta kita keluar dari kawasan ini dengan beri masa antara dua atau tiga hari.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *