Gua Musang : Ajal anak kesayangan disaat ibu tunai umrah 6 gambar. Selepas lebih 15 jam bertarung nyawa, seorang pelajar Tingkatan Tiga yang parah selepas terbabit kemalangan dengan pacuan empat roda di Kampung Kerinting di sini petang semalam, menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.

Mohamad Farish Aidil Mohd Zamri,15, meninggal dunia di Hospital Kuala Krai (HKK) kira-kira jam 6.15 pagi ketika menerima rawatan akibat kecederaan parah di kepala, susulan nahas pada jam 2.40 petang semalam.

Apa yang paling memilukan ibu arwah Farish atau lebih mesra dengan panggilan yeh sedang menunaikan umrah ditanah suci sebak luahan kawan baik ibu yeh yang merasa amat simpiti apa yang menimpa keluarga rakan baik nya itu.

Subuh pagi ini, ada berita kematian anak lelaki sahabat juga saudara Dnora yg paling di sayangi Azalea Dahlia.
Perkhabaran yg sangat meruntun hati Dnora.
Sangat hiba..sebak dan penuh air mata di dada. 😢😢😢

Pasti, sahabat Dnora bersedih atas pemergian anakanda tercinta. Di uji saat Sahabat berada menunaikan Umrah dan meninggalkan anakanda di sini.
Perginya arwah tanpa pandangan cinta dari seorang ibu. 😢😢😢

Mati itu pasti. Hanya telah tiba saat untuk mereka. Jadi kita terima dan bertabahlah. Allah Ya Qadir Ya Muktadir telah menyuratkan segala. Waktunya takkan terlewat atau tercepat walau sesaat.

Sama sama kita doakan, Allah berikan ketabahan buat yang tinggal. Allah Ya Rahman Ya Rahim berikan ‘lupa’ untuk menyeka air mata. Allah sibukkan dengan hal hal lain. Tidak lain Allah Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin yang memberikan kekuatan hati menghadapi segalanya. 😢

Semoga setiap arwah anakanda Farez ditempatkan Allah di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al fatihah -Nona Anggun Dmsone

ajal-anak-kesayangan-disaat-ibu-tunai-umrah-6gambar

ajal-anak-kesayangan-disaat-ibu-tunai-umrah-6gambar

ajal-anak-kesayangan-disaat-ibu-tunai-umrah-6gambar

Berbalik kepada kemalangan yang menimpa Farish, dalam kejadian berkenaan, motosikal ditunggang Mohamad Farish dikatakan hilang kawalan sebelum dilanggar pacuan empat roda. Mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) sebelum dirujuk ke HKK.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin, berkata kemalangan itu ketika mangsa menunggang motosikal Comel 110 dari Kampung Kerinting ke Taman Tropika.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikalnya hilang kawalan sebelum jatuh di laluan bertentangan dan dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Mangsa yang parah di kepala dikejarkan ke HGM sebelum dipindahkan ke HKK untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia pagi ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa tidak mempunyai lesen memandu dan tidak memakai topi keledar ketika kejadian itu yang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semoga ibu arwah tabah amat berat dugaan buat nya kehilangan anak tersayang dan roh farish tenang disana.Al fatihah.

Sumber: accidentportal

Article Lain

Dr Hatta melambung dilanggar digarisan zebra 8gambar

Kuching : Dr Hatta melambung dilanggar digarisan zebra 8 gambar. Setelah beberapa jam bertarung nyawa di HUS dijemput ilahi, utusan Borneo melaporkan seorang Doktor pegawai veterinar meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas dilanggar motosikal ketika menyeberang jalan di Satok, di sini pada Selasa.

Mangsa dikenali sebagai Dr Mohammad Hatta Mohamad Ramlee berasal dari Jalan Astana, Petra Jaya.

Salam takziah buat Dr Hatta Ramlee, beliau telah meninggal dunia petang tadi. Walaupun hanya berkawan di alam maya dan sering kali bertukar pendapat, saya percaya arwah seorang yang baik. Semoga rohnya dicucuri rahmat-Gisele Rimong Lidom

Al-Fatihah utk Dr. Hatta Ramlee..
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama golongan yg beriman…

Seorang yang baik hati dan peramah orangnya…
Salam takziah utk korga Allahyarham-Nor Jelitawanis

Ziarah terakhir Allahyarham Dr Hatta Ramlee.
Dr, kitak slalu mdh u alone in this world, tapi nak, rami ada org ngagak ktk dr, sampey jauh2 tempat parking. Cuaca pun mendung neman ngantar kitak, semua org bersedih, sebab kitaklah bos yg paling humble down to earth, sik kira siapa, kitaklah selalu menceriakan org lain, advice young generation mcm kmk org. Semoga kitak ditempatkan dikalangan para mujahidin, husnul khotimah. Al fatihah.
16/4/2019-Meeya Zamelia Shafina

dr-hatta-melambung-dilanggar-digarisan-zebra-8gambar

dr-hatta-melambung-dilanggar-digarisan-zebra-8gambar

dr-hatta-melambung-dilanggar-digarisan-zebra-8gambar

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata dalam kejadian sekitar 1.20 tengah hari itu, mangsa yang melalui lintasan zebra, Jalan Kulas dilanggar sebuah motosikal yang datang dari arah Jambatan Satok menuju ke Jalan P. Ramlee.

“Akibat kemalangan menyebabkan pejalan kaki (mangsa) terlambung ke hadapan, manakala penunggang motosikal terjatuh dari motosikal dan tertiarap di jalan raya.

“Pejalan kaki bagaimanapun disahkan meninggal dunia semasa dirawat di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Umum Sarawak (HUS) pada pukul 8.11 malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, penunggang motosikal, 22, dilaporkan masih menerima rawatan di HUS.

Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Permergian nya mengudang pilu arwah seorang yang sangat baik dan amat penyayang kepada binatang terutama kucing, semoga rohnya tenang disana dan keluarga nya tabah jasad selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang. Al fatihah.

Sumber: accidentportal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *