Kehilangan Mohammad Ashraf Hassan atau dikenali sebagai Acap, kekal menjadi misteri sehingga kini. Memasuki hari ke-27 pencariannya, namakan apa sahaja usaha, segalanya telah dikerah, setiap pelusuk hutan juga telah diredah untuk mencari keberadaan anak muda itu.

Terbaru, abang kepada Acap tampil berkongsi perkembangan terbaru dalam usaha mencari adiknya. Melahirkan perasaan berat hati, beliau meminta semua sukarelawan yang menyertai misi mencari dan menyelamat untuk beredar dari kawasan tersebut.

Tindakan itu harus dilakukan susulan permintaan orang kampung yang didakwa boleh membantu usaha pencarian Acap jika semua orang awam keluar daripada kampung mereka. Ikuti perkongsian beliau seperti di bawah.

Kita hold dulu dan beri laluan pada beberapa individu orang kampung kerana mengikut apa yang dikatakan jika orang awam keluar dari sini (kampung), baru mereka akan keluarkan Acap.

Jadi dengan rasa berat hati saya umumkan semua Volunteer Unit SAR (hampir 500 ahli) diminta untuk stand down. Kita hormati dan lihat progress dari mereka.

Hari-hari terakhir di Gopeng.. Untuk kamu #Acap

Perkarangangan Comand Centre Bomba yang telah dikosongkan
Peranti Pengesan Haba
Unit Volunteer SAR 1

 

Unit Volunteer SAR 2Sumber : Videoviral.co

Kredit: celotehsaje

Article Lain

Jabatan Peguam Negara Fail Afidavit Adib Tak Dipukol, JK Kuil Tarik Balik Rayuan. Ini Respon Peguam Adib

Jawatankuasa Bertindak Menyelamatkan Kuil Mariamman Seafield hari ini menarik balik rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Koroner menolak permohonannya untuk menjadi pemerhati dalam inkues kemat1an anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Peguam, M Visvanathan, yang mewakili jawatankuasa itu berkata, anak guamnya menarik balik rayuan itu berdasarkan afidavit yang difailkan Jabatan Peguam Negara pada 3 April.

Beliau berkata, afidavit itu, yang disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Hamdan Hamzah, menyatakan kemat1an Adib bukan akibat dipuk0l oleh mana-mana orang.

Afidavit itu turut menyatakan pakar patologi forensik memberi keterangan dalam prosiding inkues bahawa kecederaan yang dialami Adib, sehingga membawa kepada kemat1annya, bukan kecederaan akibat dipuk0l.

“ Anak guam saya berpuas hati dengan kandungan dalam perenggan 5 dan 6 afidavit itu yang disahkan oleh DPP Hamdan Hamzah dan kami mengesahkan perkara ini menerusi afidavit kami yang difailkan pada 12 April,” kata Visvanathan kepada Bernama.

DPP Hamdan yang hadir bersama-sama DPP Mohd Dusuki Mokhtar tidak membantah penarikan balik itu.

Jawatankuasa petugas kuil itu turut menarik balik permohonannya bagi penangguhan inkues sementara menunggu rayuannya bagi penangguhan itu selesai.

Dalam pada itu, Jabatan Peguam Negara menarik balik permohonannya untuk membatalkan rayuan jawatankuasa kuil berkenaan.

Panel 3 anggota Mahkamah Rayuan terdiri daripada Hakim Umi Kalthum Abdul Majid, Harmindar Singh Dhaliwal dan Steven Chung Hian Guan kemudianya membatalkan rayuan serta permohonan tersebut.

Jawatankuasa bertindak kuil berkenaan memfailkan permohonan semakan kehakiman supaya peguamnya dibenarkan menjadi pemerhati dalam inkues itu dengan mendakwa bahawa ia adalah “pihak berkepentingan” dalam inkues berkenaan.

Pada 31 Januari tahun ini, Koroner Rofiah Mohamad menolak permohonan jawatankuasa itu atas alasan ia tidak mempunyai kepentingan yang jelas, substantif dan munasabah.

Rayuan jawatankuasa tersebut juga ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Februari tahun ini.

Adib, 24, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah selepas dipercayai diserang dan dipuk0l perus0h dalam kejadian kekec0han di tapak Kuil Sri Maha Mariamman Seafield pada 27 Nov lepas.

Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada 17 Dis.

Inkues dijadual bersambung esok.

Peguam Adib kata afidavit itu tak sepatutnya dilakukan

Dalam pada itu, afidavit yang difailkan Jabatan Peguam Negara yang mengatakan kemat1an Muhammad Adib Mohd Kassim bukan akibat dipuk0l tidak sepatutnya dilakukan, kata peguam yang mewakili anggota bomba itu.

Mohd Kamaruzaman A Wahab berkata sepatutnya afidavit difailkan selepas inkues kemat1an Adib selesai.

“ Saya tak baca lagi afidavit itu dan tak pasti apa kandungannya.

“ Sekarang ini memandangkan keputusan belum dikeluarkan, sepatutnya tak boleh,” katanya kepada FMT ketika ditemui selepas inkues Adib bersama saksi ke-29 semalam.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber : freemalaysiatoday

Kredit: rimbabara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *