Ibu mana yang tak sedih bila anak yang sebelumnya aktif tiba-tiba terl4ntar dalam sekelip mata. Aillen Medina Feqh membesar dengan normal seperti kanak-kanak lain tetapi kesihatannya mula mer0sot sejak 2 bulan yang lepas.

Doktor mengesahkan Medina yang kini berusia 1 tahun 9 bulan terkena jangkiitan kumman pada 0tak. Akibat daripada itu ia menjejaskan penglihatan dan pergerakannya.

Ibu bapa, jangan ambil mudah saat anak anda demam

Malah menurut ibu Medina, Nurul Atiqah Almuhsen penyakit yang dialami oleh Medina ni sangat rare. Apa yang diberitahu oleh doktor Hospital Kuala Lumpur, dalam tempoh 14 tahun, kes Medina adalah yang ke-67.

Berikut perkongsian dari Founder HSG Charity Project, Puan Azlia Ajid yang melawat adik Medina di rumahnya untuk membantu memberikan sumbangan.

Pagi ini saya bertemu Adik Medina buat kali pertama. Saya masuk je rumah mereka, saya terus menangis. Selaju-lajunya air mata saya mengalir. Saya ambil tisu di atas meja. “Allah. Adik. Adik. Ya Allah, kasihannya dia. Allah”

Badan adik Medina sama size dengan Hasya anak kedua saya. Saya nampak Medina macam saya nampak Hasya. Saya tak mampu nak cakap banyak. Saya menangis agak lama sebelum saya mampu mengawal kesedihan saya.

Kata ibu Medina, Nurul Atiqah, Medina dari lahir normal sahaja seperti kanak-kanak lain. Berjalan, makan, aktif, menghiburkan macam anak-anak lain.

Bulan Februari tahun ini, pada mulanya adik Medina hanya demam sahaja. Kemudian beberapa hari lepas itu, adik Medina dimasukkan ke wad setelah disahkan jangkiitan kumman di otak pada pertengahan Februari 2019.

Pada awalnya setelah beberapa sesi rawatan di Hospital Serdang, adik Medina boleh berjalan walaupun tak normal. Namun 16 Mac lalu merupakan tarikh yang menguji hati si ibu bila adik Medina tidak lagi seperti sedia kala.

Sehingga hari ini, Medina tidak boleh makan, tidak boleh duduk, tak dapat melihat, hanya baring dan bergetar-getar setiap masa badannya. Hanya susu yang boleh diminum. Itu pun melalui tiub dihidung.

Allah. Bayangkan. Bergetar badan ketika berjaga. Letih mata kita yang melihatnya, apatah lagi adik Medina yang melaluinya.

Terlihat kesedihan di wajah Atiqah ibu adik Medina. “Saya dah 52 hari tak boleh berniaga kak. Saya jual nasi bajet dalam KUIS tu. Ada nasi RM3 nasi bajet, ada nasi berlauk RM5. 50sen saya bagi komisen pada orang yang jual kak.”

“Sejak Medina masuk wad, saya tak boleh berniaga. Baru je keluar wad dua hari lepas. Saya minta bantuan hari tu dalam group peniaga sebab nak dapatkan duit minyak, duit bekalan pampers, susu, dan duit ikhtiar berubat tradisional juga.

Duit hospital hari tu RM901 saya dah bayar. Mujur ada simpanan sikit.”

jawab Atiqah sambil tersenyum.

“Saya akan berniaga balik, tapi makan masa sikit sebab fokus keperluan Medina kak. Saya nak dia sembuh kak” ujar Atiqah lagi dengan mata yang bergenang.

Allah. Berat benar dugaan ibu berumur 30 tahun ni. Hati saya bagai dicarik-carik. Senyuman masih terukir dibibir si ibu. Pertemuan kami hampir sejam tu, sejamlah Adik Medina terketar-ketar begitu. Kelihatan umpama sawan 24 jam. Allah.

Saya pegang kepala adik Medina. Saya sebak sangat. Bergetar-getar badan Adik Medina. “Semoga Allah sembuhkan kamu anak. Untie doakan Medina ya” saya berkata dalam hati.

Saya dah cakap pada adik Medina dan ibunya yang akan ada untie uncle yang baik hati akan membantu ibu Medina dan Medina berusaha sampai sembuh. Kita akan doa dan beri sumbangan bersama.

Tolong. Tolong bantu saya #share kisah mereka. Semoga ada ramai penderma baik hati yang akan terbaca post ini membantu Atiqah dalam usaha ikhtiar menyembuhkan Adik Medina.

Sebarang sumbangan boleh berhubung dengan saya, 012 274 2434 atau terus ke akaun ibunya 155087246128 (Maybank) Nurul Atiqah alMuhsen. Marilah kita membantu Adik Medina dan ibunya.

Sumber & Video : Azlia Ajid via sweetnutella.com

Kredit: celotehsaje

Article Lain

Pilunya terkejut anak mati lemas ibu meninggal 6gambar

Mersing : Pilunya terkejut anak mati lemas ibu meninggal 6 gambar. Sebak pilu apa yang berlaku kepada ibu Luqman Hakimi Mat Noor, 21, yang meninggal dunia akibat lemas bila dia terjatuh dari feri persiaran di perairan Pulau Setindan, Mersing, semalam, ketika bertugas.

Mayat Luqman Hakimi ditemui terapung di perairan itu, 1.55 tengah hari ini semalam, apabila jasad nya telah ditemui berita tersebut disampaikan kepada ibu nya iaitu Rogayah Ibrahim.

Namun apabila disampikan yang anak lelaki nya Luqman Hakimi atau lebih mesra dengan panggilan Luq ibu nya lemah dan tidak bermaya akibat kesedihan dan terkejut mendengar berita tersebut.

Mengikut anak saudara mangsa yang dikenali dengan nama Mazita yang memuat naik kisah pilu ini ibu saudara nya itu meninggal dunia dalam perjalanan ke Mersing untuk melihat jasad anak lelaki nya Luq.

Punca kematian ibu saudara nya itu mungkin terkejut dengan apa yang menimpa arwah anaknya namun punca sebenar belum disahkan oleh pihak berwajib.

Apa yang berlaku mengundang pilu insan-insan yang mengenali Luq dan ibu nya mereka dua beranak amat rapat, Luq seorang anak yang taat pada keluarga terutama ibu nya.

Dalam pada itu jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Mersing ketika dihubungi berkata, Luqman Hakimi terjatuh dari feri persiaran ke Pulau Tioman, 3.30 petang semalam.

Katanya, mayat mangsa ditemui pada jarak kira-kira 500 meter dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) oleh kru feri persiaran sama yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR).

pilunya-terkejut-anak-mati-lemas-ibu-meninggal-6gambar

pilunya-terkejut-anak-mati-lemas-ibu-meninggal-6gambar

pilunya-terkejut-anak-mati-lemas-ibu-meninggal-6gambar

“Pusat Kawalan Operasi Daerah APM Mersing menerima maklumat daripada Balai Polis Mersing dan SAR dilancarkan petang semalam.

“Mayat mangsa ditemui di antara jeti kastam dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Mersing.

“SAR dianggotai lima anggota, termasuk seorang pegawai APM, tujuh anggota bomba, lapan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan empat anggota Pasukan Polis Marin (PPM),” katanya ketika dihubungi wartawan Harian Metro, hari ini.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat.

Sementara itu, Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Mersing, Samsi Hasmurin berkata, ketika operasi, pasukan APM menjalankan SAR di Jeti Mersing ke Teluk Seri Pantai, pasukan Bomba dan Penyelamat mencari dari Jeti Mersing ke Pantai Seri Apu sehingga pesisiran pantai Teluk Arung.

“APMM dan PPM membuat pencarian di permukaan pantai dan mangsa ditemui orang awam yang membantu operasi,” katanya.

Semoga roh kedua beranak ini tenang disana, ibu pergi jua teman kan Luq anak kesayang nya. Al fatihah.

Kredit: accidentportal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *