Milik Ustaz Adam (Syafiq Kyle)

KUALA LUMPUR – Pelakon drama bersiri Nur 2, Syafiq Kyle mengakui berkawan rapat dengan dramatis Mimi Lana sejak beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, Syafiq menjelaskan, dia tidak mahu hubungan baiknya dengan wanita itu menjadi bualan umum kerana lebih selesa jika perihal karier seninya diberikan lebih perhatian.

“Bukan satu kewajipan untuk saya mendedahkan kisah peribadi kepada masyarakat.

“Hal ini kerana, saya lebih selesa jika berkongsi tentang kerjaya dan halatuju saya dalam bidang seni,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online petang tadi.

Menurut pelakon filem Langsuir itu, walaupun serius dengan perkenalan tersebut, dia dan Mimi Lana mempunyai target tertentu dalam kerjaya yang mahu diberi perhatian berbanding soal peribadi.

“Saya mempunyai jalan cerita saya dan Mimi juga begitu. Jadi, saya rasa biarlah kami fokus pada kerjaya masing-masing terlebih dahulu,” katanya lagi.

Terdahulu, hubungan rapat Syafiq dan Mimi menjadi tanda tanya banyak orang.

Namun, kedua-duanya belum pernah membuat sebarang kenyataan mengenai status hubungan mereka.

Sumber – K! ONLINE via TubeviraI

Kredit: celotehsaje

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *