Benarlah, setiap apa yang kita inginkan, mulakan dengan niat dan berdoa. Selesai berdoa, haruslah kita berusaha! Pengacara popular Fara Fauzana berkongsi pengalaman melihat laluan jenazzah ketika sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah.

Cerita Fara, situasi itu dapat dilihat sendiri di hadapan matanya selepas selesai menunaikan solat Isyak semalam.

“Allah maha adil, Allahuakhbar. Semalam ketika Saya selesai bersaie untuk ibadah umrah di bahagian atas lalu terlintas untuk sembahyang Isyak di kawasan dataran sahaja.

“Bila saya turun kebawah, entah laluan mana saya ikut dan membawa saya kepada kawasan yang agak ramai orang menunggu di depannya.

“Then my mind like “mesti ada sesuatu kat sini kalau tidak mereka takkan tunggu ramai2” (sebab usually people akan berpusu-pusu di bahagian depan kaabah).

Tiba-Tiba semua berebut!

“I decided to sembahyang Isyak bersama yang lain dsitu. Selesai je solat Isyak lalu palang dibuka maka kaum lelaki didepan saya meIuru kedalam seperti mahu merebut sesuatu.

“Rupanya itulah laluan jenazzah yang bakal disembahyang oleh ribuan atau mungkin jutaan umat Islam pada satu-satu masa..”

“Allahuakhbar. Inilah pengalaman pertama saya melihat jenazzah lalu didepan mata ketika di tanah suci.

“Saya juga mahu maati disini. Moga Allah mendengar doa kita semua. Ameen,” tulisnya menerusi Instagram.

Sebelum itu, Fara diceritakan sahabat karibnya, Faizal Ismail yang dapat mengusung jenazzah hingga ke tanah perkuburan ketika di Madinah.

“Seronok mendengar cerita @faizalfbi76 dapat mengusung jenaxzah sehingga ke tanah perkuburan ketika di Madinah.

Gembira..

“As a friend mesti saya happy tapi ada sedikit cemburu sebb dia dpt merasai pengalaman itu (fyi only man can experience that),” tambahnya.

Fara bersama beberapa kenalan rapat termasuk Tinie Ariffin telah berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan ibadah umrah sejak akhir Mac lalu.

Sumber : Astrogmpak

Kredit: celotehsaje

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *