8 Mei lalu, penyanyi dan pelakon Linda Rafar membuat permohonan maaf kepada golongan jururawat di atas isu yang timbul sebelum itu yang membabitkan arwah ibunya.

Dalam kenyataan itu, Linda berkata dia memohon maaf dan memaafkan semua pihak yang terlibat dalam isu itu. Rujuk kenyataan Linda pada posting 8 Mei di Instagram:

Bagaimanapun, seorang pengamal perubatan, Dr Rusyainie Ramli pula mempertikaikan cara permohonan maaf yang dibuat oleh Linda itu masih terselit dengan rasa ego dan seolah-olah tidak mahu mengaku bersalah.

“Dia masih punya ego melangit, langsung tak sebut pun spesifik pada jururawat yang difitnahnya!

“Dah bersalah pun masih tak mengaku. Tu macam minta maaf nak sambut hari raya. Saya pasti itu bukan permohonan maaf yang dipersetujui oleh pihak plaintif.” seterusnya baca screenshot di bawah:

Kesal difitnah Dr Rusyainie Ramli di Facebook pada 9 Mei lalu, Linda Rafar mengambil tindakan undang-undang terhadapnya, bersama tiga lagi pihak termasuk PW Community.

Menurut laporan mStar pada Rabu, Linda telah menghantar lima pucuk surat tuntutan berasingan kepada Rusyainie bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka dan juga pampasan sebanyak RM4 juta.

Menerusi tuntutan itu, Linda mendakwa Rusyainie telah menulis dan menerbitkan lima bentuk penulisan (posting) berbaur fitnah dan komen-komen melampau ke atas dirinya di media sosial.

Linda juga telah menghantar tiga pucuk surat tuntutan yang serupa kepada tiga pihak lagi untuk menuntut pampasan sebanyak RM1.5 juta.

Tindakan itu diambil kerana dakwaan fitnah daripada penulisan yang mencalar peribadi Linda dan ia disifatkan sebagai satu bentuk pembunuhan karekter ke atas dirinya.

Ekoran penulisan itu juga, Linda menerima persepsi negatif daripada masyarakat walaupun maklumat yang disebarkan itu adalah tidak benar dan dibuat bagi mempengaruhi netizen untuk percaya dan menunjukkan dia sebagai seorang yang mempunyai moral yang buruk, manipulatif, penipu dan selebriti yang mempunyai niat buruk terhadap semua jururawat di negara ini.

Keempat-empat pihak berkenaan diberi tempoh selama tujuh hari untuk memberi maklum balas sebelum tindakan susulan diteruskan.

Sumber: mStar OnlineIG Linda Rafar via TheReporter

Kredit: gengsembang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *