Secara asasnya nasi lemak di Malaysia mesti ada nasi berlemak, ikan bilis goreng, sambal, hirisan timun dan juga telur rebus. Barulah lengkap rasanya satu hidangan nasi lemak.

Tapi apa yang berlaku pada seorang peniaga nasi lemak ini memang agak pelik. Telur rebusnya tidak mengandungi bahagian kuning!

Menurut Na Noorzieah, dia yang berkongsikan apa yang dialaminya melalui Masak Apa Hari Nibeberapa hari lalu itu pada awalnya dia agak risau kerana ada yang beritahu telur yang direbusnya itu berkemungkinan telur tiruan.

Telur rebus putih

Jika dilihat pada gambar yang dikongsikannya memang telur rebus itu ada putih sahaja.

Tambahnya lagi, selama dua bulan dia berniaga nasi lemak ini adalah kejadian pertama telur rebus putih sepenuhnya.

Disebabkan itu dia membuat pencarian sebab mengapa telur yang direbusnya menjadi sebegitu rupa.

Penjelasan mengapa terjadi telur tanpa kuningnya.

Menerusi pencariannya di internet ada yang menjelaskan bahawa telur tanpa kuning terjadi kerana berkemungkinan ayam terkejut atau stres.

Reaksi netizen.

Perkongsiannya ini menarik perhatian ramai dan berikut adalah reaksi netizen yang dikongsikan di ruangan komen:

Sumber: Na Noorzieah Via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Kredit: mediaviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *