Nisa kelaparan memeluk jasad bapa. Sikecil ini dijaga bapa bila ibu nya berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki buat keluarga selepas dia habis berpantang dan anak nya nisa berusia 1 tahun ketika itu.

Apa yang berlaku amat memilukan ayah adalah tempat nisa bermanja setelah ibu tiada keluar untuk berkerja tidak disangka ayah nya pergi dijemput ilahi.

Akhbar melaporkan seorang bayi perempuan berusia 15 bulan ditemui dalam keadaan lapar selepas tiga hari terbiar di sisi jenazah bapanya di rumah mereka di Kaliwining Asri, Dusun Bedadung Kulon, Desa Kaliwining, Rambipuji Jakarta.

Lebih menyayat hati mayat Fauzi ditemukan dalam keadaan busuk di bilik tidurnya sementara bayinya kelihatan lemah kerana tidak diberi makan.

Detik News melaporkan, jiran yang mencurigai sesuatu selepas mangsa tidak keluar dari rumah untuk beberapa hari bertindak menghubungi polis.

Ibu nisa baharu lima bulan berhijrah ke Malaysia untuk mencari pendapatan buat keluarga nya.

Ketua Polis Rambipuji, AKP Sutarjo berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa kali terakhir kelihatan pada Ahad lalu.

“Jiran-jiran mangsa cuba mengetuk pintu rumah mangsa selepas terhidu bau busuk tetapi tidak mendapat respon dan kemudian mereka menghubungi polis.

“Dengan bantuan Ketua Rukun Tetangga, kami memecah masuk pintu rumah Fauzi dan mangsa yang ditemukan mati dengan seorang bayi di sisinya,” katanya di sini semalam. Al fatihah buat bapa sikecil.

Sumber: accidentportal

Article Lain

[6 Gambar] Walid Tunggulah Kami Di Syurga

Gua musang : Walid tunggulah kami di syurga. Satu sekeluarga berdepan detik nger1 apabila van yang dinaiki mereka sekeluarga dirempuh Toyata Avanza dalam kejadian awal pagi tadi dalam kemalangan dua kenderaan di Kilometer 15, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, di sini hari ini.

Dalam kejadian itu van jenis Toyata Hiace dipandu Zulfaizan Muhammad bersama isteri Wan Zakiah Wan Abdul Razak, 39, dan 8 anak nya iaitu Siti Fatimah Zulfaizan, 15, Masyitah Zulfaizan, 14, Khaulah Zulfaizan,11, Solehah Zulfaizan, 9, Mawaddah Zulfaizan, 7, Sakinah Zulfaizan,5, Muhammad Saad Zulfaizan, 3, dan Ahmad Zaid Zulfaizan, 1 tahun.

Apa yang paling memilukan Zulfaizan bapa kepada 8 anak ini menghembus nafas di tempat kejadian akibat impak kemalangan manakala isteri dan anak-anak cedera dan dihantar ke Hospital Gua Musang kesemua mereka berasal dari pasir putih.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, kejadian kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 4.50 pagi ketika kenderaan Toyota Avanza dinaiki pasangan suami isteri yang kedua-duanya maut ekoran kemalangan tersebut bersama tiga anak mereka dalam perjalanan dari Kuala Lipis ke Gua Musang.

Katanya, setibanya di lokasi kawasan selekoh, kenderaan yang dinaiki 5 sekeluarga hilang kawalan lalu memasuki laluan kanan sebelum bertembung dengan sebuah van Toyota Hiace yang dinaiki 10 sekeluarga dari arah bertentangan.

“Akibat kejadian itu, pemandu van dan penumpang kereta Toyota Avanza, yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu kereta Toyota Avanza, Che Azmi juga suami kepada Nor Hayati meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Gua Musang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Mohd. Taufik, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang terpaksa dikerah bagi membantu mangsa yang tersepit dalam dua kenderaan itu.

Katanya, kemalangan itu membabitkan bilangan mangsa paling ramai dan tindakan segera dilakukan termasuklah mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan.

“Mayat mangsa kemalangan itu di hantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan,” katanya.

Kes kemalangan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semoga kedua-kedua keluarga ini tabah kehilangan insan-insan yang mereka sayangi dan semoga roh mereka tenang di sana. Al fatihah.

Sumber: accidentportal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *