Pasir Mas : Pengantin baru m4ut terc4mpak dil4nggar. Inai masih merah dijari isteri, suami tersayang pergi selamanya dijemput ilahi akibat dil4nggar.

Sungguh pilu apa yang berlaku ini lah hakikat yang terpaksa di terima Mahani Zakaria , 21, apabila suami yang dinikahi nya april lalu pergi meninggal dunia dalam insiden tragis malam tadi.

Rasydi Rosli, 23, yang bertugas sebagai Polis Bantuan meninggal dunia akibat tercampak bila motosikal yang ditunggang jenis Yamaha LC 135 dirempuh sebuah kereta malam tadi diperjalanan pulang dari kerja.

Manakala bapa arwah Rasydi meluahkan rasa pilu pada Harian Metro apa yang menimpa anak nya, anak saya baru empat bulan berkahwin, tidak sangka hari ini (semalam) dia kemalangan dan meninggalkan isteri serta keluarga buat selamanya,” luah, Rosli Sulaiman, 56, bapa kepada Rasydi.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang bertembung dengan kereta dari arah bertentangan di Kampung Kelapa Wangi, Jalan Pasir Mas – Rantau Panjang, di Pasir Mas, malam tadi.

Rosli berkata, dia menerima berita kemalangan terbabit daripada rakan mangsa yang datang ke rumahnya di Kampung Sena, Meranti, Pasir Mas, sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Kami sekeluarga terkejut namun reda dengan pemergian anak keempat daripada tujuh adik beradik. Arwah sebenarnya ada pasangan kembar dan saya pasti kembarnya lebih terasa dengan pemergiannya ini.

pengantin-baru-m4ut-terc4mpak-dil4nggar-6gambar

pengantin-baru-m4ut-terc4mpak-dil4nggar-6gambar

“Lebih memilukan saya, apabila menantu yang juga isteri arwah, Mahani Zakaria , 21, kehilangan suaminya sekelip mata biarpun baru empat bulan mendirikan rumah tangga. Malah, dia kelihatan sangat sedih namun saya berharap dia tabah dengan ujian ini.

“Arwah seorang anak yang baik, rajin, dan tidak pernah menyusahkan keluarga. Memang setiap hari biasanya dia akan pergi bekerja dengan menunggang motosikal, tidak sangka takdirnya terbabit dengan kemalangan ini,” katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Pasir Mas (HPM), di Pasir Mas, malam tadi.

Rosli yang juga guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Meranti berkata, jenazah anaknya itu akan dikebumikan hari ini, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Senor, Pasir Mas.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Ismail Jusoh ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan itu pada 8.12 malam tadi.

“Hasil siasatan mendapati pemandu Proton Saga daripada arah bertentangan dipercayai masuk ke laluan mangsa sebelum berlaku pertembungan menyebabkan mangsa terpelanting ke bahu jalan.

“Kereta berkenaan terbabas ke dalam gaung namun pemandunya melarikan diri. Polis dalam usaha mengesan pemandu terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

Semoga isteri arwah tabah tiada lagi suami tersayang disisi hanya 4bulan mereka dipuncak bahagia suami tersayang pergi buat selamanya akibat kecuaian orang lain.Al fatihah

Sumber: accidentportal

Article Lain

[6 Gambar] Sayunya Meraung Meminta Tolong Saat Api Marak

Slim River : Sayunya mer4ung minta tolong saat ditel4n api, sampai sekarang masih terngiang-ngiang suara isteri mangsa menjerit meminta tolong ketika dalam kebakaran, kata jiran mangsa.

Robaayah Yunus, 58, yang tinggal bersebelahan rumah mangsa kebakaran membabitkan kematian tiga beranak di Kampung Alah Batu, dekat Slim River, hari ini.

Robaayah berkata, ketika kejadian 3.30 pagi itu, dia baru bangun tidur disebabkan anak dan menantunya mahu pulang ke rumah mereka selepas bercuti di kampung.

Katanya, ketika bangun, dia terdengar bunyi letupan kecil agak kuat lalu membuka tingkap rumah dan ternampak api marak membakar bahagian tengah rumah mangsa.

“Makcik terus kejutkan suami dan anak yang sedang tidur untuk keluar rumah bantu mangsa dan anaknya yang berada dalam rumah itu.

“Ketika sampai di depan rumah, terdengar suara isteri mangsa yang dikenali Idah menjerit minta pertolongan tetapi saya dan suami serta anak tidak mampu berbuat apa-apa kerana api ketika itu marak.

“Api terlalu marak menyebabkan saya bersama suami dan anak berlari ke rumah jiran berdekatan untuk meminta pertolongan,” katanya ketika ditemui di Kampung Alah Batu, dekat Slim River.

Rabaayah berkata, sampai sekarang dia masih terdengar suara isteri mangsa menjerit meminta pertolongan membuatkannya sedih kerana tidak dapat membantu tiga beranak itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Deputi Superintendan Azman Ab Rahman berkata, mangsa, Mohd Sharidan Abdul Aziz dan isterinya, Siti Rafina Mohd Rafiee masing-masing berusia 30-an serta anak mereka, Rafiq Mohd Sharidan berusia satu tahun.

Katanya, polis menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 4.50 pagi tadi.

sayunya-mer4ung-minta-tolong-saat-ditel4n-api-6gambar

sayunya-mer4ung-minta-tolong-saat-ditel4n-api-6gambar

sayunya-mer4ung-minta-tolong-saat-ditel4n-api-6gambar

“Hasil siasatan awal mendapati keseluruhan rumah itu terbakar dan berjaya dipadamkan oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dan BBP Kuala Kubu Bharu.

“Pemeriksaan dilakukan menemui tiga mayat mangsa dalam keadaan rentung di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan yang mempunyai struktur separuh baru dan papan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azman berkata, ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.

“Punca kebakaran masih belum dapat dikenal pasti dan kami masih menunggu laporan dari Unit Forensik Bomba,” katanya.

Manakala abang Sharidan berkata “mereka pasangan yang sangat rapat, pergi ke mana pun tak akan berenggang hingga perniagaan mereka pun diuruskan bersama.

“Semalam, ada kenduri sepupu kami bertunang, mereka menaiki motosikal tiga beranak meronda seluruh kampung dan kami sendiri melihat kemesraan mereka,” kata Sharizal Abdul Aziz, 35.

Sharizal adalah abang kepada Muhammad Sharidan, 29, yang maut bersama isteri, Siti Rafini Rafie, 27, dan anak mereka Rafiq berusia 14 bulan dalam kebakaran rumah mereka di Kampung Alah Batu, dekat Slim River, hari ini.

Menurutnya, adik serta adik iparnya itu sangat rajin bekerja sentiasa mengutamakan keluarga dan bertanggungjawab.

Katanya, kali terakhir dia berjumpa dengan suami isteri itu, semalam dan mereka hanya bersembang kosong sekejap sahaja kerana pasangan itu sibuk menguruskan majlis kenduri pertunangan sepupu mereka.

“Kami mengadakan majlis pertunangan sepupu semalam dan menggunakan katering keluarga mentua arwah adik saya itu. Jadi mereka memang sibuk menguruskan majlis itu semalam.

“Selepas habis kenduri, saya melihat mereka meronda seluruh kampung dengan menaiki motosikal dan tidak menyangka kemesraan mereka itu rupanya petanda mereka akan pergi meninggalkan kami,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Slim River, Slim River. Al fatihah.

Sumber: accidentportal

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *